Sunday, May 31, 2009

rezeki wa nikmat~

dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang~ Assalamualaikum wth,

syukur ku panjatkan ke atas Yang Teratas , dengan nikmat Iman & islam untuk hari ini & selamanya , insyAllah..

:23:
lama juga rupanya aku tak update. kejab update, kejab2 tinggal macam tu jaa. bukan apa, sekarang ni kan cuti sekolah, so adek beradek aku semua dah cukup kat rumah. yg dok asrama pakat balik. jadinya, PC or lattop jadi rebutan laa. aiyakk. payah jugak adek beradek ramai no ? tp itu sebenarnya rezeki Allah yg patut kita syukuri, Alhamdulillah (:

:24:

jumaat lalu, dalam pukul 2.30 p.m, aku diamanahkan ummi untuk ambil ibah ( adek aku ) di MATRI sebab MATRI start cuti sekolah pada hari yg tersebut. jadi, aku pon pergi lah ambil ibah naik kereta mak aku. Allah izin, aku terlewat sket keluar dari rumah, dalam pukul 2.33 cam tu baru aku betolak dari rumah, jadinya, lambat sket la sampai kat MATRI nanti. risau & kesian kat adek aku kena tunggu lama2. jadi, aku pon drift la kereta mak aku dari kangar ke beseri. laju sgt. tengah aku speed2, kat depan tu ada lampu isyarat , nampak cam dah merah.. so aku slow la kereta. slow punya slow, tengok2 dah hijau. apalagi, laju laa aku.. elok sampai kat MATRI, ibah dah mmg dok tunggu , lepas letak brg dalam bonet, aku terus balik rumah. aku pon terfikir sejenak, lampu hijau kat traffic light td ni pon rezeki jugak kan ? Alhamdulillah (:

:18:

sabtu ( kemarin) , aku ikot mak aku pegii Padang Besar ( bebas H1N1 insyAllah ) sebab nak teman pak su aku yg datang dari selangor untuk membeli belah di sana. perjalanan mengambil masa lebeh kurang 35 minit dari rumah aku (kangar-padang besar). jadi, selepas 35 minit lebih kurang perjalanan, kami pon sampailah di bumi masyarakat siam. hehe. kat sana, pakat rambang mata habis. lagi2 aku. macam nak beli semua barang. murah2 & sangat cantik. subhanallah. walaupon barangan kat situ banyak yg cetak rompak, tp, memang sebijik macam tulen. cuma harganya saja yg murah terlajak. keh2. sebenarnya, tujuan aku ikot pegii padang besar tu sebab nak beli seluar trek untuk minggu orentasi di UiTM nanti. tapi, bukan seluar trek ja aku beli, macam2 beli. ummi nak belanja. aku ok je la kan. rezeki Allah lagi.. Alhamdulillah (:

:30:

hari ini (ahad) , kami sekeluarga diundang ke salah sebuah kenduri di arau, perlis. pengantin lelaki tersebut merupakan abang kepada mak su aku yg kawen ngn pak su ku. hehe. bagai pinang di belah 2. sama cantik, sama padan. subhanallah.. nasik kenduri, SEDAP SANGAT ! makan nasik kenduri pon, rezeki jugak kan ? alhamdulillah (:

:06:

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:

“...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah aku redhai Islam sebagai agamamu...” (Surah Al-Maa’idah, ayat ke-3)

:12:

nikmat Allah, Alhamdulillah (:

subhanallah, begitu banyak rezeki & nikmat Allah buat kita sehari2..

:24:

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Monday, May 25, 2009

hari-hari..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
blogger-emoticon.blogspot.com
Alhamdulillah, Allah berikan aku lagi dan lagi kesempatan untuk meng Update blog aku buat kali ni, Alhamdulillah~
syukur juga kupanjatkan atas nikmat iman & islam buat hari ini & selamanya insyAllah, Alhamdulillah..
blogger-emoticon.blogspot.com
sebenarnya, aku tak lah bz sangat sampai xda masa nak update, masalahnya cuma satu. MALAS! bila time rajin, rajin sungguh. bila malas, masyAllah, malas nak mampos. Alhamdulillah xmampos lagi. huhu..
blogger-emoticon.blogspot.com
Alhamdulillah, bulan ni, aku xbanyak perkara yg perlu aku lakukan. aku banyak tdo, makan, main dengan kucing, outing dengan kawan, pegi matri duduk rumah, berehat , & meluangkan masa bersama keluarga tercinta. hati aku juga terasa kosong kerana kurangnya makanan buat hati ini. rasa macam makin gelap ja hati. Alhamdulillah, aku punya kakak & sahabat yg sering mengigatkan & membimbingku takkala diri lemah & longlai akibat tipu daya syaitan & dunia yg sudah tua ini.
blogger-emoticon.blogspot.com
baru2 ini, aku telah dijemput untuk menghadiri satu walimah yang diadakan di arau perlis. moga2 pasangan mempelai itu diberkati Allah hidupnya & dapat menjalankan amanah masing2 sebagai suami, isteri, anak & juga HAMBA. insyAllah.
para pengantin
blogger-emoticon.blogspot.com
macam best jaa kawen kan ? haha
blogger-emoticon.blogspot.com
dalam kesibukan sehari hari tak sebuk pon la aku juga agak bz mempersiapkan diri untuk menerjah ke UiTM arau perlis lagi.. pada 27/6 ni. buku2 biologi, kimia, fizik & juga matematik perlu ku cari semula dalam bilik stor untuk diulangkaji sebagai persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran tidak lama lagi. Moga Allah permudahkan segalanya buatku untuk berjihad bersama DennNya. Moga Allah tetapkan aku dengan Islam.
blogger-emoticon.blogspot.com
“ Barangsiapa yang mencari jalan hidup selain ISLAM, maka tidak akan diterima daripadanya segala sesuatu, dan dia di akhirat kelak tergolong di kalangan orang yang rugi” Surah Ali-Imraan ayat 85.
blogger-emoticon.blogspot.com
apatah lagi setiap dari kita adalah hamba Allah yg memikul perbagai tanggungjawap sebagai anak, pelajar, pemimpin & juga hamba. masyAllah. kuatkanlah aku ya Allah.. kat U nanti, macam2 jenis manusia kita akan jumpa. & mereka itu merupakan tanggungjawap kita untuk cuba membawa mereka ke arah yang diredhaiNya.
blogger-emoticon.blogspot.com
Rasulullah SAW berpesan dalam sabda baginda: “ Setiap kamu merupakan pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan atas apa yang dipimpin” Al-Hadith
blogger-emoticon.blogspot.com
“ Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu, cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu juga maka cegahlah dari hati, dan itulah selemah-lemah iman” Al-Hadith.
Moga Allah permudahkan segalanya buat kita..
blogger-emoticon.blogspot.com
sudah laa buat takat ni. ada masa nanti aku sambung celoteh lagi. nak pegii makan jab. assalamualaikum & jumpa lagi~~

Tuesday, May 19, 2009

KMK ke13

:12:
salam buat semua, insyAllah, tahun ni Allah beri kesempatan lagi untuk HALUAN mengadakan program KMK yg ke13. sebenarnya, KMK telah diambil alih oleh KeARAH tahun ni. KMK dianjurkan khas untuk pelajar2 berumur antara 13-17 tahun insyAllah.
detail;
*9, 10 dan 11 June 2009.
*di Pendang Lake Resort, Kedah.
*Yuran RM 60.
Pendang Lake Resort
p/s; berminat ? blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, May 14, 2009

Al-Fatihah..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~ alhamdulillah, Allah berikan aku kesempatan utk meng UPDATE blog lagi utk kali ni, alhamdulillah, syukur ku panjatkan atas nikmat iman dan islam utk harini dan selamanya insyAllah, Alhamdulillah~ Ummi Halimaton, guru bahasa melayu merangkap segala guru juga ummi buat keseluruhannya buat warga Maa'had At-tarbiyah Al-islamiyah (matri) telah pergi menyahut seruan Ilahi lebih kurang pukul 6.10 ptg td. Al-Fatihah.. hati mana tak sedih mengenangkan seorang ibu serta guru yg tak henti mengajak anaknya kepada kebaikan , yg tak henti menegakkan kebenaran, telah pergi buat selama-lamanya kerana Allah lebih menyayanginya.. beliau tidak pergi, kerana beliau sentiasa d hati kami semua.. segala ilmu, nasihat & pengorbanan beliau tak akan kulupakan selamanya insyallah. tika "henset" ku berdering menunjukkan ketibaan "msg", aku terus membacanya, lalu, terasa luluh, luruh, lemah, serat bergetar jiwa sanubariku..

" salam , datangnya dari Allah, maka kpd Allah juga dia kembali. sesungguhnya, Allah juga lebih menyayanginya.. ummi halimaton telah kembali ke Rahmatullah pukul 6.10 td. al-fatihah"

lemah, aku terasa tersangat lemah. segala kenangan dengan ummi seperti di playback semula d akalku.. baru kemarin aku pergi menziarahi ummi di hospital kangar, tiba2 harini, berita kehilangan ummi telah ku terima. benarlah , mati itu rahsia Allah yg kita tak tahu bila.

"tiada seorang pun yg akan tahu apa yg akan berlaku esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati." (surah lukman 31;34)

Maha Suci Allah !
p/s; Al-Fatihah buat ummi tercinta.. AL-FATIHAH..

Sunday, May 10, 2009

gambar jaa..

p/s; aku sempat upload gambar HIMEGA yg ni ja. nnt bila diizinkan Allah lagi, aku upload lagi ya ?blogger-emoticon.blogspot.com

ISLAM 4 all~

dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang..
alhamdulillah, blogger-emoticon.blogspot.comku panjatkan setinggi2 rasa syukur kepadaNya atas nikmat iman & islam utk hari ini & selamanya insyAllah~
kemarin, aku telah diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti satu program anjuran JIM PERLIS iaitu program berkenaan dengan "DAKWAH to NON-MUSLIM" by EN. Kamaruzzaman Bin Noor Mohamed yg merupakan naib pengurusi Hidayah centre (penah dengar x hidayah centre tu hape?) , salah seoarang daripada panel pendakwah JAIS, naib pengurusi JK pendakwah JIM centre & juga merupakan seorang guru di sekolah kebangsaan bukit belutong ..betul x aku eja?blogger-emoticon.blogspot.com
program ni melibatkan lebih kurang 50 peserta yg merangkumi semua peringkat umur, pak cik2, kakak2, adek2 & remaja2.. hehe
En. kamaruzzaman banyak memekan kan tentang betapa dunia luar memerlukan PENDAKWAh yg benar2 KENAL apa itu islam sendiri. bukan tahu apa itu islam, tapi KENAL apa itu islam. layakkah kita bergelar seorang da'i kalau soalan remeh mengenai islam pun xboleh jawap.. contohnya,
  • awat orang islam sembah kaabah? (objek) padahal dok kata jangan sembah berhala? peke heii nya tuu ?
  • awat dok kata kami (agama lain) sesat? padahal, kami pon sembahyang jugak ? hempa pon sembahyang jugak? kita sama ja kan ? so ?
  • awat islam ni payah ? semua tak boleh.. makan B**i tak boleh, bukak aurat xboleh, minum arak xboleh, awat payah sgt ? kata islam itu indah lagi mudah ? camna pulak tu ?
  • awat kata Allah itu besar? tapi, tak nampak pun ? mana2 ?
bolehkah kita menjawap semua persoalan mudah itu ? walaupun kita dah sememangnya bergelar seorang muslim? seharusnya kita harus mempersiapkan diri kita dengan hujah2 yg bernas bagi menghadapi situasi2 yg berikut. macam aku & sahabat2 lain yg akan menjejak ke dunia IPT suatu hari nanti insyAllah, pastinya akan ada orang NON-MUSLIM yg akan bertanya soalan2 remeh yg mungkin kita sendiri sukar utk menjawapnya kerana kita pon masih tak faham apa itu ISLAM sebenarnya, nauzubillah, amat malu bagi seorang muslim bergelar muslim jika soalan begitu masih "kelabu" di kalbu.. huhu
janganlah kita jadi umpama katak yg sedang berenang di dalam bekas yg direbus. hanya mengharap pada da'i lain yg mengerakkan islam, sedangkan kita hanya duduk lenggang tanpa berbuat apa2 & merasai panasnya dunia setelah segalanya kian parah~ ingatlah,
"sebaik-baik perkataan ialah mengajak manusia kepada Allah"
mengimbau kisah Abu Dzar terlahir dengan nama Jundab. Dulu, ia adalah seorang perompak yang mewarisi dari orang tuanya selaku pimpinan besar perompak kafilah yang melalui jalur itu. Terer di wilayah sekitar jalur perdagangan itu selalu dilakukannya untuk mendapatkan harta dengan cara mudah. Hidupnya penuh dengan kejahatan dan kekerasan. Siapa pun di tanah Arab masa itu tahu, jalur perdagangan Mekkah-Syiria dikuasai perompak suku Ghiffar, sukunya. namun, setelah beliau memeluk islam, biarpun beliau x sepopuler umar al-khatab, othman, abu bakar, & lain2, beliau sangatlah kuat semangat solidaritas sosial, kepedulian kalangan berpunya kepada kaum miskin, bukan hanya dalam ucapan. Seluruh sikap hidupnya ia tunjukkan kepada upaya penumbuhan semangat tersebut. Sikap wara’ dan zuhud selalu jadi perilaku hidupnya. Sikapnya inilah yang dipuji Rasulullah . Saat Rasul akan berpulang, Abu Dzar dipanggilnya. Sambil memeluk Abu Dzar, Nabi berkata “Abu Dzar akan tetap sama sepanjang hidupnya. Dia tidak akan berubah walaupun aku meninggal nanti.” Ucapan Nabi ternyata benar. Hingga akhir hayatnya kemudian, Abu Dzar tetap dalam kesederhanaan dan sangat soleh. abu Dzar juga berusaha mengajak & berusaha untuk berdakwah kepada geng perompaknya dahulu yg amat terkenal dengan keganasannya. beliau sungguh berani menegakkan syiar islam. blogger-emoticon.blogspot.com
bagaimana pula kita? sanggupkah kita pergi ke kawasan ramai orang ( perhimpunan) & menjerit, "sembahlah Allah yg 1, tinggalkan kemungkaran & berbuatlah kebaikan". agak2 apa orang akan buat ? baling batu ? tembak guna machine gun?blogger-emoticon.blogspot.com xlah, habih dasyat pon aku rasa orang akan kata " gila " kan ? takkan dengan perkataan "gila" pon kita dah takut untuk menegakkan kebenaran padahal pada zaman Rasulullah dulu lagi dasyat, baling dengan najis, batu, ugutan bunuh & macam2 lagi. tapi, mungkin dengan zaman yg dipenuhi dengan kelengkapan hidup yg serba moden ni, banyak lagi cara lain untuk kita menyeru kepada kebaikan selain dari "menjerit" kan ? contohnya melalui media, pergaulan, politik, akhbar, & lain2.
sebagai renungan & peringatan..
"siapakan yg lebih zalim daripada orang2 yg menyembunyikan syahadah dr Allah .. "
"sesungguhnya orang2 yang menyembunyikan ... keterangan & petunjuk.. akan dilaknati Allah.."
(Al-baqarah 2 : 159)
tepuk dada~ tanya iman..
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, May 5, 2009

kerana DIA pemilik cinta~

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~
:19:
tiba2 aku terasa diri terlalu lemah,
lemah dengan godaan dunia,
yg terlalu indah pd pandangan mata,
yg selalu menjerumuskan aku ke kancah angan2 yg bisa membahayakan iman,
hati yg makin sakit,
nafsu pula yg bersuka ria,
baru sedikit diuji sudah lemah,
lalai dr mengingati Allah tiap detik,
memang, remaja, inilah ujianNya,
namun sesungguhnya,
Allah itu Maha mendengar,
Dia sentiasa menanti dan sabar menunggu tangisan dan bicara rindu hambanya
yang cintakan Allah dan takutkan api nerakaNya,
marilah kita kembali kepada fitrah iaitu mencintai Allah & dicintai Allah..
insyAllah~

rumah~

  • Alhamdulillah~
  • kenapa?
  • atas nikmat iman & islam untuk hari ni & selamanya insyAllah~
  • aku hanya duduk rumah harini. buat perkara2 wajib di rumah. tido, makan, basuh pinggan, sapu sampah, sidai kain & lain2. bukan selalu dapat dok rumah lama2. sat2 keluar, aiyak. baru harini nak pecah record duduk rumah xpa keluar.aku sayang rumah aku.
..................................................................
  • kemarin ,
aku pegi iqra books (tempat kerja lama aku), jumpa kawan aku ( faiza & che pah). kami sembang2 banyak sebab lama xjumpa. tiba2, datanglah 1 pasangan couple. aku kenal mereka. & blogger-emoticon.blogspot.comAKU TERKEJOT SANGAT! nak tahu sebab apa? sebab mereka merupakan antara pelajar yg dihormati di sekolah aku! sebab depa nampak "baik+alim+sweet+pengawas+"anak cikgu"+pandai+lain2 sifat yg baik". aku sangat2 terkejot sebab mereka juga merupakan antara pelajar yg kelihatan seperti ANTI COUPLE yg tiba2 di depan mata aku seperti sepasang suami & isteri. ya Allah, kenapa dunia seakan2 terbalik? blogger-emoticon.blogspot.comperubahan mereka berdua membuatkan aku betul2 takot untuk menjejak kaki ke dunia ipt nnt. takat dah habis spm ni pon yg putih jadi hitam, yg hitam jadi kelabu, apatah lagi kat ipt nnt. suasana bebas di sana sini. xpa kawalan, xpa jagaan. cuma yg benar2 merasai ada malaikat di kanan kiri, yg merasai adanya Allah yg Maha Melihat sahaja yg akan kuat. Moga aku tergolong dalam golongan itu. yg sentiasa dipelihara Allah dari kemungkaran. ya Allah, bukakanlah hati mereka untuk menerima kebenaran. moga kita semua sentiasa d bawah rahmat kasih sayang Allah, amiin~
blogger-emoticon.blogspot.com
p/s; aku masih lagi TERKEJOT ! huhu

Monday, May 4, 2009

pengkaderan?

dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyanyang,
dengan izin Allah sekali lagi Allah beri aku kesempatan untuk aku mengUPDATE blog ku, setinggi2 syukur ku panjatkan, Alhamdulillah~ (:
entry kali ni, aku saja nak share, sbb aku rasa perlu share, sbb apa aku rasa perlu share? sbb benda ni perlu share lah. haha. actually, benda yg aku nak share ni berkaitan dengan sunnah terbesar junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, that is, Dakwah~
bukan nak cerita detail2 bab dakwah ni (sbb aku sndiri mmg xlayak nak becerita),cuma nak kongsi, pagi tadi sepatutnya aku ada halaqah bersama2 sahabat2ku, tp diCANCELkan sebab shabatku & aku dijemput untuk menghadiri 1 program kat taski ummu aiman (kat matri). program 2 merupakan program latihan pengkaderan calon matrikulasi/ipt 2009. slot2 semua bersama sir nasir, dr nik, pak cik nawawi, & lain2. bila dah dengar perkongsian dari orang2 yg berpengalaman ni, makin gerun aku nak p ipt. bukan apa, dugaan & cabaran kat luar tuu banyak sgt. tp tuu la peluang kita untuk meluaskan medan dakwah & jihad kita. bila aku pikir2 balik, apalah yg aku dah buat & berbakti untuk islam selama hampir 18 tahun aku hidup ni. rasa macam selama ni hidup aku kosong & useless. huhu. tp xpa, sekurang2nya aku dah makin sedar yg kehidupan ni kian bermakna bila kita dapat merasai Allah ada d hati kita. thax Allah!
bila difikirkan sekali lagi, bila aku mula mengimbas kembali, kata2 sir nasir kat program pagi tadi, benar juga kata2 beliau, ISLAM DI HUJUNG TANDUK. dengan melihat cara hidup & kehidupan manusia sekarang, hanya mengejar kemewahan xpa sedar yg dunia ini dah tua & xakan kekal lama. para siswa & siswi hanya belajar untuk mendapatkan segulung ijazah & bukan menjadikan medan belajar itu sebagai medan dakwah & jihad. mereka x menggunakan sebaik2nya peluang untuk berdakwah d ipt. kebanyakannya, pelajar dari sekolah agama, mereka yg sudah 5 tahun (di sek men) direndam dengan tarbiyah, sudah bosan hidup dalam tarbiyah wa dakwah. bila dah masuk ipt, kehidupan bebas dan tiada sekatan. jd mereka hanya nak focus 4 their study or kerja sosial & xlarat dah nak terima tarbiyah & xnak meneruskan dakwah yg dulu berapi2 mulut menyuarakannya. haruskan begitu ? nauzubillah, minta Allah jauhkan. aku takut jadi macam tu. bila dengar ada senior2 aku sendiri jadi cam tu, rasa sedih sangat. kerana makin kurang permata yg kuat untuk menegakkan islam yg kini seperti rumah yg sedang terbakar. jika pun islam itu seperti rumah yg sedang terbakar, berjuanglah bermati matian untuk memadamkan api itu & jangan dengan melihat saja & berharap orang lain yg akan memadamkannya. begitu juga dakwah & tarbiyah. kita seharusnya mengerakkannya & xboleh hanya mengharapkan orang lain kerana kita merupakan salah 1 dari percikan air yg seharusnya memadamkan api jahiliyah sekarang. bukan dengan prgi berperang di GAZA, tp, perangilah jahiliyah halus yg sedang menyerap masuk ke dalam jiwa orang islam dari segi ILMU, MAKANAN, MEDIA, SISTEM & HIBURAN. seperti sabda Rasulallah,
"akan ada 1 zaman di mana islam akan digayang oleh musuh seperti binatang buas mengadap makanan"
sedarlah haii umat Muhammad~
buat sahabat2 yg akan berjuang di medan ipt, ingatlah, ini merupakan cara2 untuk meningkatkan potensi diri~
  • *jadilah cermin pada agama ( jd contoh buat yg lain)
  • *cubalah cari & kaji kejayaan para pejuang islam terdahulu ( contohi cara mereka membawa islam)
  • *perbanyakkan rasa syukur kepada yg memciptakan segala sesuatu (dari segi hati, lisan & perbuatan insyAllah)
  • *berani mencuba ! ( gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya)
ketaq lulut nak masuk ipt, tp bila yakin dengan Allah. insyAllah semuanya akan berada dalam keadaan baik. tapi, bila hati tak dapat rasa Allah ada, mulalah maksiat & zina hati berleluasa, ingatlah Allah selalu, nescaya Allah tak akan tinggal kita. perbaikilah diri, serulah yg lain

Saturday, May 2, 2009

tak ada title~

~dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyanyang~
uwah wah.. lamanya xupdate blog. bukan xmo update, cuma masa terlalu mencemburui aku. sebenarnya, xlah bz bekerja, cuma bz wat benda len. dulu ni xdan nak update blog sbb bz bekerja, skarang, bz ngn benda lain lak. outing ngan kawan2, p makan2, tdo, baca komik, tgk tv, bla bla bla. uhuh, sebenarnya, aku nak update lama dah pas balik dr KL dulu ni ( p HIMEGA TUU), tapi xdan gak pas2 sbb kna p merbok ada kem solat 4 adek2. ingatkan pas balik dr merbok dan la nak update, tgk2 bila nak update, internet kat rumah plak rosak, (aku xda lappy+brodband sendiri lg laa). && penyebab akan ke tidak bolehkan aku meng ONLINE kan diriku adalah atas sebab,
  • *izin Allah yg pasti~
  • *telefon kat umah xda ringging bla kta angkat gangang tuu. (so secara automatikkknyaa strmx xleh nak connect. huhuhu)
  • *cabel telefon dah reput kot. haha
pas dah tow dah rosak, aku pon tros p serang TM. p la amik no giliran n wait kna panggil untuk wat report. dah elok aku kna panggil, aku wat la report bla bla bla. n org TM tuu kata, akan hantar orang depa secepatnya. aku pon balik lahh rumah dengan hati yg berbunga2.ngeh3
seminggu kemudian, orang TM xmai2 gak. adoiii. berapi2 dah aku tunggu. rindu aku terlalu mendalam kat internet ni dan membuatkan aku macam hilang arah. then aku p TM 4 da 2nd time. p la wat report yg sama n aku kata ni dah kali ke2. depa kata "ok" depa akan hantar orang depa secepatnya. (kali ni hati aku kurang berbunga)
3 hari berlalu, xmai2 jugak TM ni. Oi ! xreti buat kja kot. mmg trok toii service depa ni.mmg xtahan ni. aku p serbu TM lg. depa kata, "adek, kawasan adek kangar kan ? um, area situ mmg cabel telefon rosak, sabar la yaa, kami sedang dalam proses baik pulih" ish depa ni, habaq la awai2 kata kat area umah aku ni mmg "K.O". xpayah aku penat2 tunggu macam orang mengindam. ok ok, yaa, aku masih bisa bersabar tp dah dekat 2 minggu pastu, aku xtahan, aku tros p TM walaupun time tuu ujan agak lebat. geram+xtahan punya pasai. elok aku masuk TM, orang kat TM tuu mmg da knai muka aku. dia tros bagi no orang yg sepatutnya dah mai umah aku tu ( repair cabel telefon) aku pon pulang dengan hati yg agak berbunga.
alhamdulillah, pas call org tuu, 2 3 ari pas2 bawu internet umah aku ok. LEGA. alhamdulillah sgt2! tp aku tow, pasti ada hikmahnya internet umah aku ni rosak. mungkin sebab aku ni agak lalai (lambat solat sbb layan PC aku ni), so, better rosak lama2 kan ? baru hubungan aku dengan ALLAH lebih rapat, akrab && penuh kecintaan. hehe.
tp jangan lah rosak lagi wahai telefon a.k.a best friend internet, aku xtahan lahh. xlarat nak p CC. dah la kat CC banyak laki. erk! menyampah toii. kan best kalau ada CC yg dibuka 4 gurl only. sure blog aku ni di update selalu. ngeh3
p/s; 2 all friend yg dok tertunggu2 gambar2 kat HIMEGA, akan aku bg secepatnya. internet aku baru jaa sembuh. kna belai2 dulu PC ni, kang dia wat hal lg, nayaa kita. wait ya? akan aku bg secepatnya, insyAllah~
thanx Allah 4 everything! (: