Wednesday, August 8, 2012

Peringatan apakah ini?

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"



Keriangan hari ini, rezeki yg Allah bagi, saya berniat hendak iftar bersama sahabat saya yati dan nana (geng diploma dulu) jua bersama kaklong dah adik saya suhaibah :)

Sana sini saya kisarkan pada kawan kawan yg lain bahawa saya hendak iftar bersama nana dan yati. Gaya macam syok habis la. Mana taknya, lama dah xjumpa depa ni ^^

Kami plan nak makan kat steamboat dekat repoh, perlis. Kira dlm 5 minit dr rumah saya, dan dlm 20 minit dr arau (nana dan yati). Sesampainya di sana, kami makan dgn bahagianya. Sungguh saya rasa sangat bahagia :)
Nilai ukhawah itu bukan sekadar masa diploma, tapi sampai akhir dunia. Sampai zaman syurga iAllah. kami makan bersulamkan sembang sembang perihal masing masing.

Sungguh Allah itu sangat pengasih, Maha pemberi ingatan, Maha segalanya.
kami makan sampai dekat pukul 9. Kira dah bye bye la kat terawih surau. Dalam hati niat nak trwh kat rmh ja dgn adk n kak long. Punya ngalik sembang sembang n makan, gelak tawa skit sebanyak, tiba tiba terdengar letupan yg agak kuat momentumnya. Apakah itu? Tergerak hati nak terus memandang ke jalan tar.
Terlihat oleh kami kelibat seekor kucing yg agak femiliar bergolekkan di depan mata. Saya yg telah Allah susun berada dikawasan plg dekat dgn jalan, sangat jelas melihat tregedi itu. Terasa tersirap darah naik ke kepala. Sungguh!
Nyawaku bagai terbang bersama. Saya kira, Innalillah dah kucing tu sbb bunyi badan dia explode! Tapi, dia masih boleh bergerak. Then Allah hantar seorang kanak2 mulia terus ambil kucing itu dr jalan dan dibawa ke tepi jalan. Subhanallah. Allah ja yg tahu betapa degupan jantung saya menggegar menggegar seluruh tubuh ini.

Saya dan adik saya lantas pergi ke arah makhluk indah ini. Dalam hati ini tidak sanggup nak tgk, sbb tak kuat. Takot nages. And thats it, banjir terus perlis. Matanya terkeluar, mulutnya berdarah, dan ada sesuatu organ keluar dari duburnya. Ya Allah!!! saya.... manusia. Saya.. manusia yg sangat mencintai makhluk terindah ini. Memberontak hati ini mahu ditukar nyawa dgn makhluk indah ini andai mampu. Si ibu kucing yg sarat ini hanya berdiam diri bagai tiada apa berlaku. Adikku ibah terus mengusap kepalanya. saya lantas mengucap kalimah syahadah. Biar nampak sampah, tapi saya terasa bagai nyawa dia sedang mengelegak mahu keluar. Dan dia si ibu kucing, berdiam diri menanti waktu. Ibah dan saya, sudah tak mampu untuk melihat, kami lantas beredar.. Allah, peringatan apakah ini?

kala manusia itu lupa,
Sedang dia sebuk asyik dengan keseronokan dunia,
Dia Allah,
Sentiasa memberi peringatan bagi hambaNya,
Sentiasa beri,
tapi hanya disedari oleh mereka yg berfikir.
bagi mereka yg berfikir.

Mungkin tadi saya sudah terleka,
solat isyak dan teraweh yg terlambat,
lalu dia menyedarkan aku dgn tretegi air mata,
yg tidak saya sangka akan terjadi pd hari bahagia ini.

Mati itu,
kapan waktupun.
tiada sesaat lambat,
tidak sesaat awal.
mati itu,
pada waktunya,
tepat saatnya,
pasti harinya.
pada sesiapa sahaja,
binatang, manusia mahupun makhluk dunia,
yg namanya ciptaan Dia,
semua dalam gengamaNya.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

fenomena kematiaannya, masih seperti wayang dihadapan mata sy,
tiada butang off,
mahupun pause.
petanda apakah ini?
T.T

Sayang macam mana kita pada makhlukNya,
kelak didalam perkuburan,
kita ttp keseorangan.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

Allah.. berikan aku ketenangan..... T.T

Friday, August 3, 2012

manusia.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa,
Kadang aku menyemarakkan semangatmu,
Kerana aku sayang kau melebihi diriku.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa,
Selalu aku mendengar ceritamu,
Kerap aku menasihatimu,
kerana aku kasih akan kamu.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa.
Aku bukan capai iman malaikat.
yg tiada buruknya.
bukan jua bidadari,
yg sempurna pd zahirnya.
aku bukan siapa siapa.


Jadi jangan pandang aku aneh,
andai aku keluar dgn masa,
pergi jauh sebentar,
untuk menyedut udara segar,
dari masalah2 jiwa,
yg kau sendiri lakarkan.

aku manusia, yg punya sifat putus asa.
jadi kekalkan namaku manusia.
kerana aku tak sempurna,
utk menjadi teman yg sedia mendengar,
segala sampah cinta yg kau sendiri sedar
tiada guna.
tidak berguna.
kerana tiada Illah dalamnya.

maka aku,
hanya manusia,
yg ada sifat putus asa,
beredar.
dr duniamu wahai manusia

aku manusia,
yg ada sifat putus asa dgn manusia
jd yg termampu aku hanya doa.
Doa.

Wednesday, August 1, 2012

Program.

this friday im going to kajang to attend a program. hihi.
bajet je speaking kan. tp kali ni sy risau dan takot. entah kenapa mcm berat ja program kali ini. ialah, smbil conduct manusia ia akan jd proses dlm membentuk diri kita gak kan?
tau.. tp. entah. rasa tak mampu kali ini.
ramai yg berhajat. jd sy kena turun padang juga.
ilmu itu ukurannya bukan pada kata2 shj,
tp kena praktikkan. betul?
try and error la beb.
salah sure ada yg membetulkan.
jom bentuk diri jd muslim. muslim saja bukan pd nama, tp pada kehidupannya :)

doakan saya.

Kehidupan.

Salam alaik :)
Apa khabar kalian dlm version ramadhan? Harapnya sedang bz menperkasakan iman dlm bulan barakah ini :)
Hari ini, bg saya hari penuh rahmat. bukan hari2 lain itu tiada makna, cuma hari ini terasa benar rahmat Dia. Alhamdulillah :)

Dan hari ini sy terasa rindu. rindu pd mereka yg pernah menjadi mereka yg bermakna dlm hidup sy. saya cinta? ya. sangat sangat.
Tapi kerana perkara2 tertentu, cinta itu bagaikan sampah. walaupun sy menganggapnya sahabat.
pelik kan? org kata, sahabat tu till jannah. so apa halnya dgn sahabat sy ni? :)
entah. mungkin sy belum master dlm ilmu ukhwah ini. dan pengalaman itu mematangkan. right?

amat menyedihkan bila kita nak follow up keadaan sahabat kita, tp kita tak mampu. knp? entah. ada jua kekadang km berbalas sms, biasa biasa sja. kadang tak tertahan rindu, sy call n sms katakan rindu :)
saya pernah juga berniat nak usha profile fb dia, tp rupanya dia block kita. sad isnt it? tp hikmahnya mungkin sy tak dpt lihat perkara menyedihkan di profile dia. mungkin sy lbh sdih kalau usha wall dia. gitu? maybee :)

saya manusia.
saya bukan anak yang baik pd keluarga.
masakan sy mampu jd sahabat yg baik.
no way.
but i try..

sy cinta,
tp sy serik
serik what?
serik berkawan.
bukan salah org lain, but slh sy
sbb sy xreti berkawan.
smpai ada manusia boleh block kat fb.
lawak kan? haha. sure la weh.
sedih? haruslah.
standard la sedih kan.
tp utk apa panjangkan? useless.
Allah beri kehidupan ini penuh warna.
knp nak bazirkan?
hargai yg lain.
^^

sy tak lupa. sy selalu igt.
tiap kali sy ingat, sy akan doa
"Allah, pelihara dia kat mana pon dia ada, berikan kehidupan terbaik buatnya, dan jangan tinggal dia."
knp? sbb kalau Kau tinggalkan dia, aku takot dia terjumpa lg manusia macam aku.
im useless ^^

saya selalu doa, semoga sy lupa. sbb sy selalu igt. manusia2 yg menjadi makna dan warna hdup sy. sy syukuri, dan sy teladani. whatever happen with a reason. belajar la beb.
kalau semuanya indah then apa makna hidup kan? :)