Thursday, August 25, 2011

Ya Allah..

Sejak dari semalam, hujan lebat... Sejuk sangat.. walaupon suasana nyaman, tapi hati ni sentiasa rasa tak sedap hati.. entah kenapa.. rasa tak tenang, rasa gelisah.. Allah, perasaan apa tu?

pagi ni, mendung, hujan renyai2, tiba2 dapat call dari ummi, ya Allah.. ujian bulan ramadhan ni, tak putus.. rasa nak menangis, tapi, ku tahan dengan senyuman keseorangan..

senyum, senyum, senyum, tapi akhirnya lepas solat dhuha td, banjir jugak..
kat mana salahnya ya Allah? dimana harus aku perbaiki? kesian ummi, dia penat..

Tekad.
Sudah aku tekad,
tiada yg bisa lawan takdir selain usaha,
tidur yang nyenyak bukan penentu aman,
masa yang lapang bukanlah penyelamat keadaan,
tapi,
ketaatan dan redha, usaha dan tawakal..
doa supaya kekuatan itu kita yakin hanya dari Dia,
jangan main main,
bukan semua benda percuma dlm dunia,
be grateful.

p/s: takkan ada siapa yg faham entry ni. abaikan TT

Friday, August 19, 2011

pijak pada realiti.

Banyak perkara yg terjadi yg sukar diterima akal kerana masalah diri sendiri yg jauh dari tuhan. Sedarlah dan berpijak pada realiti dan bakar fantasi yg mustahil lagi terjadi. mulakan kehidupan dengan menghidupkan diri dlm alam. bukan sukar kalau kita yakin pada tuhan dan percaya pada qada dan qadar. Allah is nice and He always do. Jangan risau dan senyumlah selalu kerana kesyukuran  itu corak kehidupan bukan hanya ucapan tahmid semata. warnakan kehidupan, masa silam jadikan kenangan yg indah yg harus disyukuri. dibuang bukan bermaksud tak berguna, tapi mungkin masalah diri sendiri yang tidak baik pada manusia. sabar dan redha. usaha dan tawakal. tawakal dan doa. kunci mukmin bertaqwa, berdoa. Allah always there for u fatimah ;)