"We are the regular soldiers of Allah,our part is a reserved path.InsyaAllah"
Thursday, January 29, 2009
Kelebihan Umat Rasulullah S.A.W Menurut Pandangan Nabi Adam A.S
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah
S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan
yang tidak diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi
Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka
kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W
membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Who ever you are, keep on fighting for Islam.
Wassalam.
http://samwansambadie.blogspot.com
Post a Comment