Thursday, May 14, 2009

Al-Fatihah..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang~ alhamdulillah, Allah berikan aku kesempatan utk meng UPDATE blog lagi utk kali ni, alhamdulillah, syukur ku panjatkan atas nikmat iman dan islam utk harini dan selamanya insyAllah, Alhamdulillah~ Ummi Halimaton, guru bahasa melayu merangkap segala guru juga ummi buat keseluruhannya buat warga Maa'had At-tarbiyah Al-islamiyah (matri) telah pergi menyahut seruan Ilahi lebih kurang pukul 6.10 ptg td. Al-Fatihah.. hati mana tak sedih mengenangkan seorang ibu serta guru yg tak henti mengajak anaknya kepada kebaikan , yg tak henti menegakkan kebenaran, telah pergi buat selama-lamanya kerana Allah lebih menyayanginya.. beliau tidak pergi, kerana beliau sentiasa d hati kami semua.. segala ilmu, nasihat & pengorbanan beliau tak akan kulupakan selamanya insyallah. tika "henset" ku berdering menunjukkan ketibaan "msg", aku terus membacanya, lalu, terasa luluh, luruh, lemah, serat bergetar jiwa sanubariku..

" salam , datangnya dari Allah, maka kpd Allah juga dia kembali. sesungguhnya, Allah juga lebih menyayanginya.. ummi halimaton telah kembali ke Rahmatullah pukul 6.10 td. al-fatihah"

lemah, aku terasa tersangat lemah. segala kenangan dengan ummi seperti di playback semula d akalku.. baru kemarin aku pergi menziarahi ummi di hospital kangar, tiba2 harini, berita kehilangan ummi telah ku terima. benarlah , mati itu rahsia Allah yg kita tak tahu bila.

"tiada seorang pun yg akan tahu apa yg akan berlaku esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati." (surah lukman 31;34)

Maha Suci Allah !
p/s; Al-Fatihah buat ummi tercinta.. AL-FATIHAH..

2 comments:

abdullah luqman osman said...

tersentuh hati. alfatihah untuk beliau. sedih lak..

Fatimah Azahra said...

salam ,
huhu. jenazah baru dikapankan td. ana baru balik dr matri.
tersangatlah sedih~
huhu