dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang..
alhamdulillah, ku panjatkan setinggi2 rasa syukur kepadaNya atas nikmat iman & islam utk hari ini & selamanya insyAllah~
kemarin, aku telah diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti satu program anjuran JIM PERLIS iaitu program berkenaan dengan "DAKWAH to NON-MUSLIM" by EN. Kamaruzzaman Bin Noor Mohamed yg merupakan naib pengurusi Hidayah centre (penah dengar x hidayah centre tu hape?) , salah seoarang daripada panel pendakwah JAIS, naib pengurusi JK pendakwah JIM centre & juga merupakan seorang guru di sekolah kebangsaan bukit belutong ..betul x aku eja?
program ni melibatkan lebih kurang 50 peserta yg merangkumi semua peringkat umur, pak cik2, kakak2, adek2 & remaja2.. hehe
En. kamaruzzaman banyak memekan kan tentang betapa dunia luar memerlukan PENDAKWAh yg benar2 KENAL apa itu islam sendiri. bukan tahu apa itu islam, tapi KENAL apa itu islam. layakkah kita bergelar seorang da'i kalau soalan remeh mengenai islam pun xboleh jawap.. contohnya,
- awat orang islam sembah kaabah? (objek) padahal dok kata jangan sembah berhala? peke heii nya tuu ?
- awat dok kata kami (agama lain) sesat? padahal, kami pon sembahyang jugak ? hempa pon sembahyang jugak? kita sama ja kan ? so ?
- awat islam ni payah ? semua tak boleh.. makan B**i tak boleh, bukak aurat xboleh, minum arak xboleh, awat payah sgt ? kata islam itu indah lagi mudah ? camna pulak tu ?
- awat kata Allah itu besar? tapi, tak nampak pun ? mana2 ?
bolehkah kita menjawap semua persoalan mudah itu ? walaupun kita dah sememangnya bergelar seorang muslim? seharusnya kita harus mempersiapkan diri kita dengan hujah2 yg bernas bagi menghadapi situasi2 yg berikut. macam aku & sahabat2 lain yg akan menjejak ke dunia IPT suatu hari nanti insyAllah, pastinya akan ada orang NON-MUSLIM yg akan bertanya soalan2 remeh yg mungkin kita sendiri sukar utk menjawapnya kerana kita pon masih tak faham apa itu ISLAM sebenarnya, nauzubillah, amat malu bagi seorang muslim bergelar muslim jika soalan begitu masih "kelabu" di kalbu.. huhu
janganlah kita jadi umpama katak yg sedang berenang di dalam bekas yg direbus. hanya mengharap pada da'i lain yg mengerakkan islam, sedangkan kita hanya duduk lenggang tanpa berbuat apa2 & merasai panasnya dunia setelah segalanya kian parah~ ingatlah,
"sebaik-baik perkataan ialah mengajak manusia kepada Allah"
mengimbau kisah Abu Dzar terlahir dengan nama Jundab. Dulu, ia adalah seorang perompak yang mewarisi dari orang tuanya selaku pimpinan besar perompak kafilah yang melalui jalur itu. Terer di wilayah sekitar jalur perdagangan itu selalu dilakukannya untuk mendapatkan harta dengan cara mudah. Hidupnya penuh dengan kejahatan dan kekerasan. Siapa pun di tanah Arab masa itu tahu, jalur perdagangan Mekkah-Syiria dikuasai perompak suku Ghiffar, sukunya. namun, setelah beliau memeluk islam, biarpun beliau x sepopuler umar al-khatab, othman, abu bakar, & lain2, beliau sangatlah kuat semangat solidaritas sosial, kepedulian kalangan berpunya kepada kaum miskin, bukan hanya dalam ucapan. Seluruh sikap hidupnya ia tunjukkan kepada upaya penumbuhan semangat tersebut. Sikap wara’ dan zuhud selalu jadi perilaku hidupnya. Sikapnya inilah yang dipuji Rasulullah . Saat Rasul akan berpulang, Abu Dzar dipanggilnya. Sambil memeluk Abu Dzar, Nabi berkata “Abu Dzar akan tetap sama sepanjang hidupnya. Dia tidak akan berubah walaupun aku meninggal nanti.” Ucapan Nabi ternyata benar. Hingga akhir hayatnya kemudian, Abu Dzar tetap dalam kesederhanaan dan sangat soleh. abu Dzar juga berusaha mengajak & berusaha untuk berdakwah kepada geng perompaknya dahulu yg amat terkenal dengan keganasannya. beliau sungguh berani menegakkan syiar islam.
bagaimana pula kita? sanggupkah kita pergi ke kawasan ramai orang ( perhimpunan) & menjerit, "sembahlah Allah yg 1, tinggalkan kemungkaran & berbuatlah kebaikan". agak2 apa orang akan buat ? baling batu ? tembak guna machine gun? xlah, habih dasyat pon aku rasa orang akan kata " gila " kan ? takkan dengan perkataan "gila" pon kita dah takut untuk menegakkan kebenaran padahal pada zaman Rasulullah dulu lagi dasyat, baling dengan najis, batu, ugutan bunuh & macam2 lagi.
tapi, mungkin dengan zaman yg dipenuhi dengan kelengkapan hidup yg serba moden ni, banyak lagi cara lain untuk kita menyeru kepada kebaikan selain dari "menjerit" kan ? contohnya melalui media, pergaulan, politik, akhbar, & lain2.
sebagai renungan & peringatan..
"siapakan yg lebih zalim daripada orang2 yg menyembunyikan syahadah dr Allah .. "
"sesungguhnya orang2 yang menyembunyikan ... keterangan & petunjuk.. akan dilaknati Allah.."
(Al-baqarah 2 : 159)
tepuk dada~ tanya iman..
4 comments:
post yang menarik. moga allah meredhai kita.
to abid abdi~
syuron..
insyAllah..
moga kita sentiasa dalam redhaNYA~
alhamdulillah.really nice post. ana dapat banyak manfaat.
to lurv4Allah ;
insyAllah,
sama2 kita manfaatkan
[;
Post a Comment