syukur ku panjatkan ke atas Yang Teratas , dengan nikmat Iman & islam untuk hari ini & selamanya , insyAllah..
lama juga rupanya aku tak update. kejab update, kejab2 tinggal macam tu jaa. bukan apa, sekarang ni kan cuti sekolah, so adek beradek aku semua dah cukup kat rumah. yg dok asrama pakat balik. jadinya, PC or lattop jadi rebutan laa. aiyakk. payah jugak adek beradek ramai no ? tp itu sebenarnya rezeki Allah yg patut kita syukuri, Alhamdulillah (:
jumaat lalu, dalam pukul 2.30 p.m, aku diamanahkan ummi untuk ambil ibah ( adek aku ) di MATRI sebab MATRI start cuti sekolah pada hari yg tersebut. jadi, aku pon pergi lah ambil ibah naik kereta mak aku. Allah izin, aku terlewat sket keluar dari rumah, dalam pukul 2.33 cam tu baru aku betolak dari rumah, jadinya, lambat sket la sampai kat MATRI nanti. risau & kesian kat adek aku kena tunggu lama2. jadi, aku pon drift la kereta mak aku dari kangar ke beseri. laju sgt. tengah aku speed2, kat depan tu ada lampu isyarat , nampak cam dah merah.. so aku slow la kereta. slow punya slow, tengok2 dah hijau. apalagi, laju laa aku.. elok sampai kat MATRI, ibah dah mmg dok tunggu , lepas letak brg dalam bonet, aku terus balik rumah. aku pon terfikir sejenak, lampu hijau kat traffic light td ni pon rezeki jugak kan ? Alhamdulillah (:
sabtu ( kemarin) , aku ikot mak aku pegii Padang Besar ( bebas H1N1 insyAllah ) sebab nak teman pak su aku yg datang dari selangor untuk membeli belah di sana. perjalanan mengambil masa lebeh kurang 35 minit dari rumah aku (kangar-padang besar). jadi, selepas 35 minit lebih kurang perjalanan, kami pon sampailah di bumi masyarakat siam. hehe. kat sana, pakat rambang mata habis. lagi2 aku. macam nak beli semua barang. murah2 & sangat cantik. subhanallah. walaupon barangan kat situ banyak yg cetak rompak, tp, memang sebijik macam tulen. cuma harganya saja yg murah terlajak. keh2. sebenarnya, tujuan aku ikot pegii padang besar tu sebab nak beli seluar trek untuk minggu orentasi di UiTM nanti. tapi, bukan seluar trek ja aku beli, macam2 beli. ummi nak belanja. aku ok je la kan. rezeki Allah lagi.. Alhamdulillah (:
hari ini (ahad) , kami sekeluarga diundang ke salah sebuah kenduri di arau, perlis. pengantin lelaki tersebut merupakan abang kepada mak su aku yg kawen ngn pak su ku. hehe. bagai pinang di belah 2. sama cantik, sama padan. subhanallah.. nasik kenduri, SEDAP SANGAT ! makan nasik kenduri pon, rezeki jugak kan ? alhamdulillah (:
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:
“...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah aku redhai Islam sebagai agamamu...” (Surah Al-Maa’idah, ayat ke-3)
nikmat Allah, Alhamdulillah (:
subhanallah, begitu banyak rezeki & nikmat Allah buat kita sehari2..
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
4 comments:
best kn paksu my umah!
leh jumpakk aniss lg..
tp sat saja.
waaaa
=(
er,
sgt jeles sama kamoo sbb bleh p mkn knduri.
to miss Gaza ;
rezeki Allah di mana2~
(;
waaa...mne nak dpt emoticon2 hijau neh..cutenyehhh....
miss comot;
ouh,
xigt la nak amik kat na,
nnt sy dah jumpa, sy gtow ya?
(:
Post a Comment