saya cintakan dia ..
bismillahhirrahmanarrahim..
assalamualaikum..
syukur ku panjatkan ke atas Ilahi atas nikmat Iman & Islam utk hari ini & selamanya InsyAllah..
Alhamdulillah, Allah izinkan kelapangan masa untuk aku mencoret sesuatu di belog yg sudah agak usang ini.Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya.
cinta, umum bukan ? cinta pada Allah, manusia atau makhlukNya yg lain. ya, aku juga terasa sangat cinta. akan seorang hamba ini. hamba pada yg Esa. aku tersangat cinta, dari dulu, & insyAllah selamanya & aku sangat cintakan dia, kerana Allah insyAllah. manusia ini sering membuat ku ketawa, menangis, marah, benci, bahagia, rindu & CINTA.
huhu. jiwang plak kali ini. tapi ingin aku ungkapkan di sini, aku sangat cinta, juga sedih sekarang. sedih seperti kehilangan seseorang buat selamanya meskipun itu tidak berlaku. argh! benci sungguh perasaan ini. namun, itulah kebenaran. yang aku sedihkan ialah, aku kehilangan manusia yg aku cinta, yg selama ini sentiasa d sisiku, beri nasihat, tunjuk ajar, peringatan, & macam2 agi. dialah kakak ku. KAKAK!
semalam, tepat jam 8.45p.m waktu malaysia, akak bersama sahabat2 seperjuangannya telah pergi berjuang, ke tanah mesir. aku serta ahli keluargaku yg lain, habis, bermandikan air mata, basah membanjiri airport d kepala batas semalam. kak long & familynya serta makngah sekeluarga turut hadir untuk menghantar kak ah. sedihan aku melampaui batas apabila kak ah bersalaman serta memelukku sambil memberikan nasihat untuk kali yg terakhirnya, di situ. sungguh, air mataku tak tertahan lagi. menangis & terus menangis. menangis kerana sedih, jua rasa bangga, kerana punya kakak yg begini hebat. subhanallah.
~moga Allah jaga kakak, redha kakak, & sayang kakak, buat selamanya. Ya Allah, permudahkanlah segalanya urusannya, sihatkanlah tubuh badannya, rahmatilah dia, sesungguhnya, aku sangat cintakan dia, hanya keranaMu, Ya Allah!~
6 comments:
kamu buat kak long nangis lagi...
=(
to cahaya kelib2 ;
huhu,
jangan la nageh..
satgi tmah pon nageh gak
huhu
assalamualaikum
semoga Allah melindungi kakak ukhtie & sahibah2 lain dari mara bahaya.bestnyer dapat menuntut ilmu hingga ke bumi anbiya'
to ummu masyitah ;
amin, moga Allah makbulkan doa nti~
(:
timah!!!
rndu sgt kat hang!!
nanges aku baca n3 hang ni..
syg hg lillah!
miss Gaza ;
huhu ..
miss u to kakak~
lillahitaala~
Post a Comment