Sunday, November 22, 2009

Ujian itu.. Kemanisan iman..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui.. Lagi Maha Penyayang~


Selamanya, saya panjatkan kesyukuran atas nikmat Allah yang tak terhingga.. Nikmat iman wa islam.. 
Alhamdulillah!!


Alhamdulillah, saya telah selamat sampai kembali ke UiTM terbenci tercinta...
Semalam, beberapa teman seperjuangan saya datang berkunjung ke kamar saya,
Tujuan mereka ke mari yang sebenarnya ialah ingin menempah makanan dekat roomate saya yg nak keluar beli makanan di luar, ini kerana kami di sini kekurangan makanan akibat kedai2 di sekitar dalam UiTM yang tutup kerana semua student UiTM lain yang sedang nyenyak menikmati cuti sem, melainkan kami2 student DPIM yang menjalani praktikal di ladang. Jadi terpaksalah kami keluar dari UiTM untuk mencari makanan sendiri. huhu..


Sesudah mereka menempah makanan pada roomate saya, saya mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan mereka. Saya kurang rapat dengan mereka. Ini kerana si fulan dan si fulan berlainan group dengan saya jadi kami kurang rapat. Saya mula bertanyakan khabar, keadaan mereka, family mereka, dan lain2. 
Mereka mula menceritakan kisah hidup mereka. 


Subhanallah!

Saya saya terkejut dengan kisah mereka. Salah seorang dari mereka telah kehilangan ibunda tercinta ketika berumur 7 tahun. Ya Allah, sungguh tabah dia. Saya tidak dapat membayangkan jika saya berada di tempatnya. Setelah kematian ibu, ayahnya mengikat ikatan perkahwinan dengan seorang wanita lain. Ya, ibu tiri baru. Hatinya berbunga takkala berita akan mendapat ibu baru menerjah di telinga. Namun, setelah beberapa bulan hidup sebumbung, dia tahu yang ibunya agak memilih kasih. Ibunya juga sering cemburu jika si fulan rapat dengan ayahnya, walaupun itu ialah ayah kandungnya sendiri. Aneh kan ? Sahabatku itu juga ada menyatakan, dia kurang bersemangat untuk belajar selepas apa yang berlaku dalam hidupnya. Sungguh, kisah hidupnya amat menyayat hati jika didengari sendiri. 


Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..
Al-Baqarah : 284


Saya,
hanya bisa berdoa. 
Moga Allah memudahkan hidupnya, melembutkan hati ibunya, mendekatkan dia dan keluarganya. 
Moga Allah makbulkan doa saya.


Sudah hal itu, melihat dia, saya sering terfikir akan diri ini. Diri yang sangat lemah, tanpa sahabat yang benar2 memahami diri ini, yang bisa selalu memperingati, membaiki diri ini. 
Sungguh! 
Kadang jiwa saya terasa amat kosong, amat  kaku, beku, sambil dikait benang2 jahiliah yang halus. Saya rasa bagai xpunya siapa di UiTM ketika dalam musim praktikal ini. Tapi, saya amat bersyukur atas pemberian Ilahi, saya punya juga kawan di sini yang agak memahami. 
Ya, saya cintakan mereka.
Sangat2 cinta. 
Tanpa mereka, entah! Saya tak tahu apa yang akan terjadi. Saya amat berharap saya dapat membawa mereka & diri saya sama2 berpimpin tangan ke syurga, meredah onak duri dunia yang menipu, saya mahu mereka ada bersama saya, 
ya , sentiasa ada, 
sentiasa..
Walaupun kami sering berselisih faham, bertikam lidah, terlanjur kata, saya tetap cintakan mereka, dan cinta saya hanya keranaMu ya Allah..

Saya takut, saya takut kehilangan mereka, bagi saya, mereka adalah matahari, 
yang menyinari hari2 saya, 
siang dan malam,
tanpa mereka, mungkin hidup saya gelap, sunyi sepi, tanpa tawa riang mereka, tanpa warna2 cinta kehidupan..

Tapi,
saya tahu, Allah sentiasa ada dengan saya, 
sentiasa ada.. 
Kasih sayangNya, cintaNya, Redhanya, itulah yang saya dambakan siang dan malam...
Itulah yang menguatkan saya, 
Takkala terasa keseorangan, Allah ada,
kesedihan, Allah tahu,
Ujian mendatang, Allah sayang,
itu kekuatan saya..
Janji Allah itu, 
Pengangan saya...


Ya Allah yang membolak balikkan hati ini, tenangkanlah hati2 ini bila bertemu, eratkanlah hubungan kami, permudahkanlah jalan dakwah kami, moga semua yang kami lakukan dalam redhaMu ya Allah..

Ketatkanlah persahabatan kami, 
menuju RedhaMU~





Doakan sahabat, moga Allah redha kita ..

2 comments:

N u r ! said...

insya Allah..
moga Allah eratkan hati2 yg ingin ke jalan-Nya..
moga Allah mudahkan segala ujian yg mendatang..
moga Allah tabahkan hati2 yg dirundung resah..
moga Allah redha segala2nya..
insya Allah :)
sabar itu indah..
susah itu tarbiah..
:)

Fatimah Azahra said...

to N U R !

insha Allah..
ya,
dunia ini ibarat penjara bg org muslim,
dan syurga bg org kafir~

moga kita tabah..
moga Allah redha..