Friday, December 4, 2009

Hati saya..


gelap


In The Name Of Allah, The Most Gracious, The most Merciful..

Selamanya syukur kepada Al-Khalid atas nikmat2Nya yg tak terhingga..

Alhamdulillah !

Bicara kali ini, saya sebenarnya punya banyak kisah untuk dikongsi. Saya punya segala cerita, cerita sedih, cerita gembira, cerita biasa, cerita luar biasa dan lain2. Tapi saya tak punya kekuatan untuk kongsikan semuanya. Hanya pada Allah saya kongikan, hanya Dia yang tahu.

Hari-hari saya di UiTM berjalan seperti biasa, seperti yang telah Allah tetapkan buat saya.
Namun, dalam hari-hari itu, hampir tiap hari saya punya kisah sedih. Saya punya hati yang sangat sensitif sebenarnya. Sensitif ke atas apa yang terjadi di sekeliling saya.Hampir setiap hari Allah uji saya dengan ujian persahabatan, ujian kekuatan iman.

Saya,
hampir mengalah, mengalah untuk mengislahkan orang yang saya sayang, mengalah untuk mengislahkan manusia di sekeliling saya. Saya tahu itu adalah tanggungjawap saya, tapi kekuatan saya kian hari makin kurang. Saya menangis, mengeluh!
Sungguh!
Hati saya selalu sakit. Dalam menjaga hati2 sahabat yang lain, hati saya sering terluka. Tapi saya tahu saya memang layak diperlakukan begitu, layak dipersoal apa yang saya buat, layak dikritik, layak dipertikai, kerana saya tidak sempurna.

Saya,

bukan sehebat para sahabat  Rasul Allah, saya bukanlah sekuat Fatimah anak Rasul Allah biarpun nama saya Fatimah, sungguh..
saya tidak kuat.

Di sini, ingin saya nyatakan, jika rakan2 seperjuangan saya yang sedang baca post kali ini, ingin saya luahkan di sini bahawasanya,

saya..

bukanlah seperti yang kalian kenal. Saya tak rasa ada manusia, wujudnya manusia yang benar2 kenal akan diri saya.

Sungguh,

Hanya Allah yang tahu saya, kenal saya. Saya hanya manusia biasa yang ingin sekali menjadi Hamba Allah yang sebenar. Tiap apa yang saya lakukan, cuma redha Allah yang saya damba. Buat sahabat, Saya hanya buat yang terbaik dalam menjaga hubungan persahabatan dengan kalian. Saya minta maaf kalau2 kata2 saya, perbuatan saya, kelakuan saya yang ada mencalar hati kalian.

Maaf!

Moga persahabatan kita kekal selamanya. Moga Allah redha..




YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...

9 comments:

Raudhatul Nadwah said...

Salam. Di kala kita menjadi dagang di kehidupan ini, ana mohon agar Allah sentiasa menetapkan hati anti. Maka, beruntunglah kita yang menjd org yg dagang di akhir zmn. Moga rahmat dan redha Allah bersamamu.

Fatimah Azahra said...

to Raudatul Nadwah ;
syukran atas doanya..
moga Allah tetapkan hati saya,
tetapkan berada di atas saffNya...
(:

N u r ! said...

salam..
kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasih buat hambaNya, jalan dihiasi duri2 luka, tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tapi dihidangkan keperitan sush payah yang tiada sudah..sabar tu indah. ujian tu tarbiah dari Allah. aku doakan moga tabah dan dikuatkan hati.. :)

N u r ! said...

salam..
napa nie ?
:(

Fatimah Azahra said...

to N U R ! ;

wslm..
biasalah sahabta,
kadang iman kita naek,
kadang turun..

macam 2 jugak aku,
lemah weh..
doakan ya sahabat..
moga aku kuat~
:(

abdullah luqman osman said...

kita layari sirah rasul saw.. dia manusia paling allah kasihi. tapi itu bukan bererti hidupnya senang lenang kan?? apatah lagi kita?? manusia biasa yang mengejar redha dan rahmat allah kan.,.. rasanya nti leh faham apa yang ana ingin sampaikan. yang pasti, tekadkan hati , kuatkan semangat.. teruskan perjuangan hingga kita sampai ke matlamat yang utama.. pantang beralah sebelum syahid mengundang nyawa

cahaya kelip-kelip said...

kau terbaik utk diri sendiri. tiada yg faham selain Allah dan kau sendiri.

Fatimah Azahra said...

to abid abdi ;
syukran.
saya akan cuba kuatkan jiwa saya,
perjuangan saya..


syukran atas perkongsian (:

Fatimah Azahra said...

to cahya kelip2 ;

ya kak long ,
tmah redha ja (: