Makhluk tanah, layak ditinggalkan..
Kita manusia, sering rasa sakit bila ditinggalkan manusia. Sering rasa kecewa dengan ketidak endahan manusia terhadap kita. Kita terlupa bahawa kita ada Dia. Tidak kita sedar bahawa kita masih mampu untuk tabah kerana kekuatan-Nya. Tetapi kita tidak mendekati-Nya. Sedikit pun tidak mengingati-Nya. Bayangkan, Dia meninggalkan kita, berpaling dan tidak lagi mahu menghadap wajah kita.
“Berkata mereka, Wahai Rabb, kenapa kau membangkitkan aku dalam keadaan buta? Sedangkan aku di dunia dahulu dapat melihat?”“Berkata(Allah), sebagaimana ketika datangnya ayat-ayat Kami dan kau melupakannya(tidak mengendahkannya), maka begitulah pada hari ini(hari kiamat yang dasyat) kau dilupakan(oleh Allah)” Surah Toha, ayat 125-126.
Dengan siapa pula kita mahu bergantung jika Dia berpaling daripada kita? Dengan siapa kita mahu meminta jika Dia tidak mengendahkan kita?
Tanpamu, tanpaMu
ditinggalkanmu,
aku masih punya harap.
untukmu, pasti punya ganti bagiku
walau dunia kecil seketika
tetap nyawa itu masih berharga
aku masih punya harap.
untukmu, pasti punya ganti bagiku
walau dunia kecil seketika
tetap nyawa itu masih berharga
ditinggalkanMu,
gelap seluruh dunia putus segala harapanku
untukMu tiada wujud ganti
walau dunia seluas semesta
tetap rasa sempit seakan tiada esoknya
tanpamu, aku tetap meneruskan hidup
bersama luka yang terpahat
aku mampu meneruskan perjalanan
walau pahit berselirat,
hingga tiba waktu sakarat
tanpaMu, aku suka memilih kematian
kerna tiada ertinya kehidupan
tanpa redha kasihMu wahai Pencipta Insan
takkanku mampu meneruskan permusafiran
walau nyawa panjang berlimpah kegemilangan
tidak mengapa ditinggalkanmu,
kerna aku bisa lagi punya harapan walau tanpamu.
Tetapi ditinggalkanMu,
tersepit aku di hujung dunia
kerna segalanya menjadi kelam tanpaMu wahai Yang Esa.
Kau kekuatanku
Kau sumber kasih sayangku
Kau nyalaan harapanku
kepadaMu aku bergayut
melutut melukut merayu
ditinggalkanMu adalah mimpi burukku,
tanpa redhaMu, hilanglah makna kewujudanku.
credit to; ms.langitilahi.com
p/s; mood baca blog manusia : excellent
mood menulis entry blog : argh!
maafkan saya, nanti saya update blog ni ya? huhuhu
No comments:
Post a Comment