Tuesday, July 6, 2010

Jangan kata Letih!

Sahabat, jadilah tongkatku kala aku tempang, pimpin aku dan aku jangan biar aku seorang~
huhu
Assalamualaikum..
Banyaknya sawang2 kat blog ni. Sesungguhnya, sudah lama kau tak diupdate wahai blogku tersayang. Maaflah, sekarang macam pilih kasih pulak, asyik update blog satu lagi sampai blog ni diabaikan. FATIMAH! Jangan pilih kasih!
Huhuhu~

Alhamdulillah, dah 3 hari 2 malam saya menapak di UiTM, dan sekarang jadi NR pulak. Setelah itu, banyak sebenarnya perkara yang mengajar saya. Rupanya, memang susah nak senyum dalam suram ya? Banyaknya perkara yg memaksa saya tersenyum, dan saya sedayanya senyum seikhlas hati dan moga diredhaiNya. Actually, The first day kat arau, everything dah jadi macam2. Manusia2 sekeliling saya ni, ah, sukar ditafsir. Dan hakikatnya, saya hanya senyum menangini semua ini. Senyum dan senyum. Ketawa bila terhibur, dan senyap menyejukkan hati. Ya, manusia senang sungguh berubah. Sedangkan laut yang tenang pon boleh berombak, apatah lagi hati manusia. Sahabat2 saya, memang, banyaknya yang lain. Yang berubah menjadi semakin baik, sama ja tanpa perubahan, dan ada juga yang kearah negatif sikit, nauzubillah. Moga Allah jaga dia. Sebetulnya, saya bagai baru mengenali mereka kembali. Macam baru kenal. hailaa, macam2 ragam manusia..

Pelik juga tiba2 saya melakar kisah ini dalam blog, hal peribadi kan, cumanya, saya nak kongsikan, betapa manusia itu rapuh dengan suasana. Suasana memainkan peranan dalam perubahan. Tapi hakikat sebenar dan kekuatan itu, terletak pada diri sendiri untuk mengubahnya.  Dan itu saya nampak. Ukhwah itu, memang banyak juga ujiannya. Tanpa henti jika terjalin keranaNya, kerana Allah ingin menguji tahap kecintaan rantaian itu adakah kuat keranaNya. Hai sahabat, bilakan kita boleh hidup sadamainya?
Mahu sungguh aku hidup bersama kalian dengan ketenangan. Tapi bukan apa yang kita mahu itu, adalah yg terbaik untuk diri kita kan? Dan semakin erat hubungan itu, semakin banyaklah ujiannya..
Dan saya tidak mahu kalah!

Sahabat sahabat, sesungguhnya dalam melakukan perubahan itu, banyak yang perlu dikorbankan. Dan dalam pemusafiran itu, kebergantungan pada Allah itu haruslah kuat agar perubahan itu bukanlah separuh jalan. Sahabat, ketahuilah hati ini sangat mencintai kalian kerana Allah. Mahu ukhwah ini kerana Allah agar ia bisa  mendapat syafaat kelak. Keegoan itu perlu, tapi haruslah pada tempatnya. Dalam berukhwah, Ego jangan ada. Jika ada, maka ia akan merajai hati, dan rantaian itu akan musnah. Lihatlah sejarah para Sahabat Rasulullah, bagaimana mereka sentiasa menjaga rantaian ukhwah itu. Berprasangka baik, hormat satu sama lain. Saya hanya mahu, kita hidup dalam damai, tenang, dalam redha Allah. Saya mahu itu. Kerana kalian kekuatan saya. Tolong Allah, Makbulkan permintaan ini...
Tolong, aku mahu kuat!

p/s: Hanya lakaran hati, doakan saya, agar letih bukan keluahan saya di medan ini.. huhu