Tuesday, September 21, 2010

Jangan baca

Aku sakit, kau tahu? 

Faham boleh?
Aku juga punya hidupku,
Jangan tunjuk jari agar aku turuti
kerana aku penat

Faham boleh?
Aku juga mahu bahagia
Bukan kau berkuasa atas aku
Jangan belagak 
Aku juga punya hati untuk dijaga

Faham boleh?
Cerita ini lakaran aku
Bukan kau jemari seni melukis tari
Bukan kau dakwat biru penambah ceria
Kau hanya dakwat merah memangkah langkah
Buat aku hidup tak berarah
Dah
Aku penat

Faham boleh?
kau aku hormati
Jadi aku tolong kau amati
Aku yakin Allah tegur aku
Tak perlu kau bermain kata menambah lagu
Bukan aku buntu
Tapi aku takut aku jadi hantu
Sebab penat dengar lagu hindu

Faham boleh?
Aku penat
Biar aku bukak buku baru
Jangan kacau hidup aku

Faham boleh?
Aku penat


p/s: jangan terasa. Ini hanya jiwa lara berbicara T,T

3 comments:

hamba Ilahi said...

limaza ya sohabati?
ade mslh ke?

Fatimah Azahra said...

sapa anda hamba Ilahi?
hm..
kadang penat diri ni turuti kata manusia berjiwa seni yang tak reti2
huhuhu

Tah apa la aku cakap ni..
):

sRik@ndiKebijaksanaan said...

Allah tak kan uji kita kalau kita tak mampu...
manusia mmg tak pernah puas dngan apa y dia ada..
let it b..hidup kita, hanya Dia y tahu...