Wednesday, August 8, 2012

Peringatan apakah ini?

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"



Keriangan hari ini, rezeki yg Allah bagi, saya berniat hendak iftar bersama sahabat saya yati dan nana (geng diploma dulu) jua bersama kaklong dah adik saya suhaibah :)

Sana sini saya kisarkan pada kawan kawan yg lain bahawa saya hendak iftar bersama nana dan yati. Gaya macam syok habis la. Mana taknya, lama dah xjumpa depa ni ^^

Kami plan nak makan kat steamboat dekat repoh, perlis. Kira dlm 5 minit dr rumah saya, dan dlm 20 minit dr arau (nana dan yati). Sesampainya di sana, kami makan dgn bahagianya. Sungguh saya rasa sangat bahagia :)
Nilai ukhawah itu bukan sekadar masa diploma, tapi sampai akhir dunia. Sampai zaman syurga iAllah. kami makan bersulamkan sembang sembang perihal masing masing.

Sungguh Allah itu sangat pengasih, Maha pemberi ingatan, Maha segalanya.
kami makan sampai dekat pukul 9. Kira dah bye bye la kat terawih surau. Dalam hati niat nak trwh kat rmh ja dgn adk n kak long. Punya ngalik sembang sembang n makan, gelak tawa skit sebanyak, tiba tiba terdengar letupan yg agak kuat momentumnya. Apakah itu? Tergerak hati nak terus memandang ke jalan tar.
Terlihat oleh kami kelibat seekor kucing yg agak femiliar bergolekkan di depan mata. Saya yg telah Allah susun berada dikawasan plg dekat dgn jalan, sangat jelas melihat tregedi itu. Terasa tersirap darah naik ke kepala. Sungguh!
Nyawaku bagai terbang bersama. Saya kira, Innalillah dah kucing tu sbb bunyi badan dia explode! Tapi, dia masih boleh bergerak. Then Allah hantar seorang kanak2 mulia terus ambil kucing itu dr jalan dan dibawa ke tepi jalan. Subhanallah. Allah ja yg tahu betapa degupan jantung saya menggegar menggegar seluruh tubuh ini.

Saya dan adik saya lantas pergi ke arah makhluk indah ini. Dalam hati ini tidak sanggup nak tgk, sbb tak kuat. Takot nages. And thats it, banjir terus perlis. Matanya terkeluar, mulutnya berdarah, dan ada sesuatu organ keluar dari duburnya. Ya Allah!!! saya.... manusia. Saya.. manusia yg sangat mencintai makhluk terindah ini. Memberontak hati ini mahu ditukar nyawa dgn makhluk indah ini andai mampu. Si ibu kucing yg sarat ini hanya berdiam diri bagai tiada apa berlaku. Adikku ibah terus mengusap kepalanya. saya lantas mengucap kalimah syahadah. Biar nampak sampah, tapi saya terasa bagai nyawa dia sedang mengelegak mahu keluar. Dan dia si ibu kucing, berdiam diri menanti waktu. Ibah dan saya, sudah tak mampu untuk melihat, kami lantas beredar.. Allah, peringatan apakah ini?

kala manusia itu lupa,
Sedang dia sebuk asyik dengan keseronokan dunia,
Dia Allah,
Sentiasa memberi peringatan bagi hambaNya,
Sentiasa beri,
tapi hanya disedari oleh mereka yg berfikir.
bagi mereka yg berfikir.

Mungkin tadi saya sudah terleka,
solat isyak dan teraweh yg terlambat,
lalu dia menyedarkan aku dgn tretegi air mata,
yg tidak saya sangka akan terjadi pd hari bahagia ini.

Mati itu,
kapan waktupun.
tiada sesaat lambat,
tidak sesaat awal.
mati itu,
pada waktunya,
tepat saatnya,
pasti harinya.
pada sesiapa sahaja,
binatang, manusia mahupun makhluk dunia,
yg namanya ciptaan Dia,
semua dalam gengamaNya.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

fenomena kematiaannya, masih seperti wayang dihadapan mata sy,
tiada butang off,
mahupun pause.
petanda apakah ini?
T.T

Sayang macam mana kita pada makhlukNya,
kelak didalam perkuburan,
kita ttp keseorangan.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

Allah.. berikan aku ketenangan..... T.T

No comments: