Sunday, January 25, 2009
Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal Laknatullah!
Urutan waktu peristiwa-peristiwa yang akan berlaku kelak,insyaAllah~
1-Perang Armageddon > 2-Munculnya Mahdi > 3-Perang Semenanjung Arabia > 4-Perang Melawan Persia > 5-Pengkhianatan Rum dan kedatangan mereka untuk memerangi kaum Muslimin > 6-Al Malhamah Kubra 7-Penaklukan Konstantin > 8-Munculnya Dajjal > 9-Turunnya Isa dan terbunuhnya Dajjal > 10-Perang melawan Yahudi > 11-Penaklukan Roma > 12-Peperangan dengan Turki > 13-Keluarnya Ya'jud dan Ma'juj(YM) > 14-Meninggalnya Imam Mahdi > 15-Meninggalnya Isa > 16-Masa-masa Aman > 17-Terbitnya matahari dari Barat > 18-Keluarnya binatang Bumi > 19-Keluarnya Asap > 20-Pembenaman Bumi di Timur > 21-Pembenaman Bumi di Barat > 22-Pembenaman Bumi di Tanah Arab > 23-Keluarnya api > 24-Berdirinya Kiamat!
1-5 > Masa Pengkianatan Rum selama 9 bulan.
2-14 > Masa Menetap Imam Mahdi.
9-15 > Masa Menetap Nabi Isa.
Berakhirnya Umat Islam pada no.19 insyaAllah.
Source:
Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal Laknatullah! - Amin Muhammad Jamaluddin.
Friday, January 23, 2009
alhamdulillah!
Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.
”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..
Thursday, January 22, 2009
Ya Allah , Bantulah Mereka ~
sekali lg , kian deras air mataku mengalir lepas tgk beberapa gambar anak2 & rakyat palestine yg cedera parah selepas serangan ganas zionis xguna 2 . aku terasa lemah sgt sbb xmampu nak bantu secara fizikal . klau diikutkan hati , nak ja p palestine 2, nak join hammas berperang demi Yg Esa & tmpat suci kta. Ya Allah , hanya doa yg mampu ku panjatkan. Dengarlah rintihan ku Ya Allah . aku xsanggup melihat kanak2 menderita kesakitan . XSANGGUP ! sama2 lah kita muhasabah dri . apa yg telah kita lakukan untuk membantu saudara kita d seberang sana ? dgn makan kfc ?
mcd ? bli barang2 yg dah tersenarai boikot !? sedar lah hai umat nabi sekelian alam , Boikot lah apa yg patut . kasihanilah saudara kita nun jauh d gaza . Rajin2 kan la diri bangun merintih dan bertahajud kepada Sang Pencipta . Agar segalanya berakhir secepat yg mungkin . Amiin~
cday lahh !
bantulah mereka ya Allah ,
lagu ni bertajuk WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart). cday lagu ni. tp ni juz lirik dia . nak dgr lagu ? just open link ni k href="http://www.michaelheart.com/Song_for_Gaza.html"> .
ni lirik dia~
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Jadilah Wanita Solehah - Bidadari Mencemburui Kesolehannya.~
Perhiasan yang sentiasa menjadi dambaan ,
"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.
Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?
Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.
Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada
syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.
Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.
Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha
Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.
Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini.
Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.
Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"
muhasabah la diri~
jdilah "bunga Sejati" ,
bunga yg kekal abadi~~
(:
Sunday, January 18, 2009
apa yg dpt kami bantu duhai PALESTINE ?
Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.
Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?
Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian."
(Surah al-Maidah : ayat 21)
Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud :
" Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya.
(Surah al-Isra' : ayat 1)
Firman-Nya lagi yang bermaksud :
" Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah al-Anbia' : ayat 80)
Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
" Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)
Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra'kan.
Allahu... Allah...
Bangunlah Wahai Pahlawan Islam
Bumi ini pernah diperintah oleh Kristian selama beberapa ketika dan akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemuda bangsa Kurdi, bukan berbangsa Arab. (Sesiapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya)
British telah mengisytiharkan penubuhan negara haram Yahudi menerusi Perjanjian Balfour pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.
Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Mesir, PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam, PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Para pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.
Mereka Saudara Kita
Dan kini bumi Palestin telah digemparkan sekali lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sampai ke penghujungnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al-Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.
Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...
1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al-Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaAllah.
2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.
3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai Palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, SMS, MMS, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tentang penderitaan rakyat Palestin.
4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.
5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al-Aqsa dan umat Islam, silalah untuk menulis surat, menulis artikel dan petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berkuasa dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaan dan lebih dari itu, OIC.
6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin web, pereka grafik yang kreatif membuat widget, bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Anda disarankan juga untuk memakai baju "Bebaskan Palestin".
7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga untuk para pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.
Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah.
Sumber Rujukan :
1. Professor Madya Dr Mohsen M Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur.
2. Abdullah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin al-Ayyubi, Cetakan Pertama 1999, Darul Nuqman,
Kuala Lumpur
3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin. Cetakan Pertama 2003, al-Qassam Library, Pahang.
again (:
alhamdulillah. pg td sekali g allah memberi kesempatan untukku mengikuti halaqat kat ma3. BEST !
kali ni ust Yazid yg bg pengisian. tajuknya berkenaan wanita & pendidikan . wahh,
rupa2 nya byk sungguh tangungjawap sbgai sorg wanita ni. even kita2 ni baru abes skolah , tp , start from now da kna tow n blaja camna nak jd sorang ibu seterusnya pendakwah untuk mentarbiayah anak2 kita n org lain pd masa depan.ish, mmg berat tanggungjawap 2, tp, dlm islam. segalanya dipermudah kan. kan? Maha Suci ALLAH ! Dia tau niat kita n Dia akan mempermudahkannya insyallah klo niat kita baik rite ?
moga ALLAH sentiasa mempermudahkan segala urusan kita kerana hanya Dia yg MAHA BESAR lg MAHA MEMBERI ~
:DD
Monday, January 12, 2009
alhamdulillah~
alhamdulillah~ sekali lagi ku panjatkan keatas ilahi kerana dgn limpah && kurniaNya, dpt g aku mengUpdate blog ni, uhuu..
know what?
td, time aku balik kja, agak kalot gak la sbb da koi 7 lbey time 2, aku kalot2 nak balik sbb nak bukak posa, then Allah izin, atas kelalaian aku yg xdan nak baca doa, ada sowang mak cip telanggar aku kat trafic light. MasyaAllah, terkejutt gla aku, benda yg x dijangka2 jd, Alhamdulillah, even motoku loz control 4 a while, tp dgn izin Allah, aku ley stable kan moto 2 balik n aku xjatuh moto pon! maha suci Allah, walaupon aku yg kna langgar, aku xcedera walau sket pon, syukur sgt2. aku tahu, allah sygkan aku. Alhamdulillah. mak cip yg terlanggar aku 2 terjatuh kat tgh2 jalan n tangan dia luka abeh. cian dia, cday aku tgk. moto dia pon abeh tcabut yg lampu kat depan 2. huhu. then aku pon p kat mak cip 2 n tolak moto dia p tepi jalan. aku pon troz kol my mom mnx dia dtg. pas my mom dtg, bincang punya bincang, kitowg pon decide. moto mak cip 2 tggai kat umah aku lu. sok pagi dia dia my amik n p repair kat kdai moto kat depan umah aku ni. huhu.
byk benda yg aku blaja ngn kejadian ari ni..
n yg penting,
pasni, aku kna baca doa naik knderaan b4 nek knderaan.
td b4 xcdent 2, aku xdan nak baca n niat bawak moto keraana Allah, n tgk, pa yg jadi. hehe.
pasni, wajiblah bgku baca d0a b4 btolak. moga aku xlupa.
ya Allah,
permudahkanlah segala urusanKu~
ameen
makin ari mkin aku rasa dkat dgnNya,
nak tow napa?
sbb, tiap ari pasti ada ujianNya yg mkin mencabar n tiap kali ujian tersebut menimpaKu, aku smkin byk mengingati Allah.
syukur Alhamdulillah. moga sinar hidayahNya kekal buatku sampai bila2.
ameen~
:)
Sunday, January 11, 2009
halaqoh? (:
alhamdulillah~ sekali lagi Allah izinkanku untuk mengisi kekosongan yg terdapat dlm bloq ku ini~ syukur~ (: alangkah bahagianya, semalam kawanku nazirah dan beberapa org sahabat yg lain ajak p halaqoh kat ma3. berbunga2 hati ni bla aku pon dijemput sekali. di hati ni dah lama inginkan pengisian rohani mcm dulu2 kat ma3. rindu sgt suasana berhalaqoh. Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku yg telah ku panjatkan sekian lama. Maha Suci Allah! sampai ja kat ma3 td, tenang sgt hati ni rasa. tah la napa. mungkin sebab da lama rindukan suasana ma3 yg merupakan bumi barokah bagiku~ (:
halaqat td bawah bimbingan ustzh KB. dulu beliau ajar ku masa tingkatan 1 dan 2. bla tengok muka dia, asa bedosa sgt. ye laa, dulu kan aku ni agak nakal kat sekolah. hehe. tapi, kedatangan ku dismabut baik oleh ustzh KB. dia macam tekejut j tengok ku. haha. maklumlah, lama menyorok sebelom ni. lepas salam2, halaqat pon bemula. ustzh terangkan dan ceritakan dgn sepenuh hati ttg betapa Allah sayangkan kita xkira betapa jahatnya kita pdNYA~. khilaf dg hati2 yg mendengarnya kerana Allah. cam nak nages j. tp, seb bek leyh tahan lg. hehe. mggu dpn ada lagi. moga2 xda aral melintang yg mengalangku drpd terus mendapat ilmu akhirat ni. Ya Allah, permudahkan la segala-galanya~ ameen.
:)
Thursday, January 8, 2009
:)
Hidup berjalan seperti biasa, tiada yang menarik. Sekarang aku dah kerja. Seronok gak. Keja kat Iqra' Books. Banyak gak yang aku blaja kat cni. Rupanya, ssh nak dpt walau sebutir nasi sebagai rezeki yang halal. Even kja kat cni xberat, tp aku ley rasa sshnya nak mncari rezeki yang halal. Alhamdulillah BIG boss kat cni baik. klo aku wat salah pon dowg cam memahami yg ak msih baru kat cni. hee. Kakak2 yg kja kat sekeliling kedai ni pon byk yg membantu. thax ya! :)) syg korang!
Saturday, December 20, 2008
dirimu tiada PENGGANTI~
wawawawawawa!!! arini aisya pindah! dia pindah p KL~ seday xterkata aku~ xt0w nak ugkapkan camna.. dia mmg rapat gla99 ngn aku~ even kit0wg start rapat time p0m5, tp kit0wg mmg seati sejiwa~ mmg terasa pilu+terharu+terkilan+ter ter ter lah bila dia pindah~ hanya Allah yang tahu~ tp aku tau, setiap pertemuan ada perpisan.. kenalah redha kan? ya Allah, tabahkan la aku.. aku begitu lemah xpa bimbinganMu ya Allah! aku cuma mampu berdoa, m0ga2 persahabatan kami takkan terputus cam 2 ja dek jarak yang memisah.. m0ga chemical antara kami berkekalan fi dunia wa akhirat~ insyAllah~
Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis
Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta
Menunjukkan jalan demi ummat semesta..
biar terpisah bejuta ela..
namun xkan terpisah ukhwah kita~
sayang ag lillahitaala AISYA~
m0ga persahabatan kita sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih sayang dari Allah~
ameenn..~
Sunday, December 14, 2008
pengakuan lelaki terhadap WANITA~
baru tadi~ time aku d0k belek2 1 laman web ni.. tejumpa 1 artikel yg menyentuh hati~asa banyak sgt d0sa yg dah dilakukan sebel0m ni.. YaRAbb, ampunilah aku~
sinarkanlah pancaran cahaya nurr dan hidayahMu kepada ku~ jauhkanlah aku dr fitnah dunia~ ameen~
bacalah dengan nama Allah~
bismillahirrahmannirahim~
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga..."
rupa2nya.. begitu istimewa makhluk bernama wanita yg diciptakan Allah ni.. marilah sama2 kita perbaiki dri agar nilai harga dri kita tidak murah dan lbeyh bernilai dari segala2nya~
cintailah Allah sbelom kamu mencintai hamba Allah kerana jika kamu tidak cintakan Allah, maka tidak bermaknalah cinta kamu terhadap hambaNaya~
renungkan~
ampunilah aku ya Allah..
sesungguhnya hanya engkau yg maha pengampun lagi maha penyayang~
:)
Saturday, December 13, 2008
argh!
bad day!~
arini mmg ari yg t0i3 wat aku cday.. kn0w what?? mcm2 cta cday aku dgr.. aku t0w ALLAH bg suma ni sbb DIA sya aku.. n DIA t0w aku dpt tanggung sume ni..tp aku xtahan.. aku perlukan bimbingan drNYA~ aku takut nak jalani hid0p ni xpa cahaya cinta dr ilahi. aku lemah. kawan2 sekeliling aku da byk berubah. cinta manusia wat d0wg lupa tujuan sbnar sbgai khalifahNYA. aku takut ngn tipu dunia yg sementara ni. aku takut aku akan terikut sbb aku org yg cpt tpengaruh. YaAllah, berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu kepadaku. aku takut sgt ngn suma ni. sem0ga sahabat2ku dapat mmbimbingku ke jln yg benar.. ameen..~
Monday, October 27, 2008
huuuuu
waahh..
xbape ari g j nak spm da..
m0ga2 Allah permudahkan urusanku..
ameen..
t0l0ng2 la d0akan aku eh?
cuaakk ni..
n aku nk mnx maaf kat suma ataz suma salah aku..
m0ga k0wg ampunkan..
huu
ouT~
Subscribe to:
Posts (Atom)