Wednesday, February 11, 2015

Egois

Aku tau aku ni diciptakan dengan ego yang menggunung.
Selalu ja aku susah nak mengalah dalam perbalahan (dulu2)
Makin aku dewasa makin aku suka dengan argument. Yelah. Sebab aku manusia yg suka dengan logic dan science. Keturunan kot.
Sampai sekarang, bila dah kawen.. kadang terbawak2 sifat aku yg susah sikit nak terima arahan orang.
Memang jenis aku. Aku terima ja tp tak ikhlas pon selalunya bila buat. Rugi kan? Free2 ja xdapat pahala. Penat ja selalu.

Ingat senang nak berubah?
Selalu aku doa.. supaya aku sabar.
Aku selalu doa supaya aku dapat abafikan diri utk keluarga.. dan agama.
Selalu ja terkorban aku rasa. Tapi jarang2 aku mencapai ikhlas.
Masalahnya hati ni. Allah ja yg tahu.
Aku selalu cari ikhlas merata2. Dlm solat. Dlm quran. Dalam bicara2 si tua. Dalam video2 alim ulama. Temporary semuanya. Susahnya nak istiqamah.
Payahnya mengucup ikhlas.

Prof muhaya cakap tu sebab masalah nk penghargaan manusia. Hm.
Kadang aku rasa aku macam tu. Tapi selalunya aku doa supaya aku dibayar dgn ganjaran pahala ja. Tapi entah hati ni sapalah yg tahu kan.
Bebolak balik. Xketahuan 😕

Sabarlah fatimah.

Tuesday, February 3, 2015

2nd trimester

Alhamdulillah, harini dah 17 weeks and 6 days. How time flies fast!
Kejab ja dah tunang, then kawen, and iAllah kalau Allah izin, tak lama lagi jadi seorang ibu. Kalau Allah izin.. iAllah. Ready? Tak tau.. Tiap hari fikir nak buat apa.. Utk penuhkan ilmu didada. Nak jadi ibu bukan senang. Tgk ummi dan mak sudah. Pergh memang tabah and hebat. tatau mampu jadi mcm tu tak..

In this second trimester, alhamdulillah alahan dah kurang compared to 1st trimester yg mana range muntah 6 7 kali sehari. Huhu.. Parah lg sebab tak leh bau minyak, bawang and apa apa yg busuk. yang wangi ja boleh bau. Hehe. Baguslah. Sentiasa wangi la aku.. tak caya tanya encik suami :p

Tapi sampai sekarang pergerakkan baby masih tak kuat. i mean tak rasa lagi la. Sebab 1st pregnancy selalunya memang lambat sikit, dekat2 5 bulan kot. Tapi kan kadang2 memang rasa ada benda gerak2 dlm perut. Especially masa menerap. hehe. Excited sangat! Allah ja yg tau perasaannya macam mana.. Kalaulah adil ada kat sini.. Nak ja bagi dia pegang perut and rasa anak dia gerak2. Huhu

Tadi check up Allah izin my hb low gila. 9.8.. Doc risau gila takot anemia la kan. Boleh tumpah darah and baby lahir tak cukop bulan. Nauzubillah. So aku tengah gigihkan makan benda kaya zat besi terutamanya bayam. ikang bilis, hati ayam, kerang and semua benda hijau2 la kan. IAllah, for you baby ummi will work hard. Sambil2 tu nak hatamkan quran ni haa. Tah la kenapa.. aku rasa macam.. lain macam ja badan ni masa pregnant. Orang cakap normal la tu preggy, tapi.. erm. tah. IAllah tak ada pape. Doa doakan la ye.

Ummi harap yan dapat balik masa ummi deliver baby. I need you sayang. huhu

Dilema

In the Name of Allah, The Most Gracious, The most Merciful..

Tengs Allah untuk nikmat iman dan islam, aku masih bernafas dalam keimanan, alhamdulillah.

Dari tajuk tu, memang aku tengah dilema. Dilema nak buat keputusan. I know, i should ask Allah to show me the way how to solve this problem. Tapi aku sendiri masih ta tahu macam mana nak buat keputusan. Even sebenanrnya memang aku berat utk stay kat Perlis to take care my adik and ummi rather than pergi India for trip with makyan. Aku kesian kat mak yan yang dh tua dan susah payah sponsor utk tiket and semuanya dalam rangka nak ke India. Tapi, dalam masa tu jugak, aku tahu.. ummi perlukan aku untuk bantu dia uruskan ibah. Tau.. susah nak handle semua tu sorang2 nanti. Allah.. tau.. memang sakit. Selalu ja nampak mata ummi merah2 dok tak dok sebab fikir pasal ibah letewww tapi depan ibah sure lah pretend to be strong la kan sebab xnak anak dia sedih.
Even aku sendiri pon, tak payah la tanya.. memang asyik fikir ja pasal ni. Aku tau Allah akan bg kesembuhan. Aku tau ada jalan. Aku tau.. Allah ni bagi ujian berat utk orang hebat. Sebab tu ibah the chosen one. Kalau la aku.. tah la.. dok keja cakap merapu and give up on life dah agaknya. huhu

IAllah.. buat masa sekarang, aku rasa kena solat istikharah and hajat moga Allah tunjuk jalan. Kalau aku p india, mungkin dalam 10 hari p. Lama kot. Rasa macam berat ummi nak tanggung sorang2. Huhu.. Allah.. tunjukkanlah aku jalan :(

Sunday, February 1, 2015

New start.

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Lamanya tak update blog. been a while sejak last masa sem 4 ke 5. Zaman bujang dan sekarang dan kawe alhamdulillah. Selalu teringat dan berhajat nak update tapi tak dapat2 nk ada rezeki start writing balik. Allah izin 31 Julai 2014 dan selamat nikah dengan seorang pejuang agama pilihan hati, Adil.. Alhamdulillah. Terima Kasih sebab sentiasa jd suami yg sangat baik dan bersabar.

My life in Sarawak totally changed lps nikah. Dah tak stay dengan kawan2. Duduk dengan suami kat rumah suami di sana. Alhamdulillah atas segala nikmat. Even tak payah sembang la bab ujian tu.. non stop rasanya. Tp Allah sentiasa bg kekuatan dr pelbagai sudut utk terus kuat bernafas dalam iman. Huhu.. alhamdulillah..

I wish to change this blog privacy to private la. sebab rasanya nk share smua benda kat sini. patut tak ye?

Esok la sambung. May Allah ease everything
i love u sayang and family.

Saturday, October 5, 2013

Bismillah.
Allah The Greatest, Alhamdulillah im still breathing till now.
With the emaan and islam spirit in me, syukur.

Still in sarawak sekarang. Part 4 iAllah tinggal lg setahun lepas ni to graduate iAllah.
Sarawak best? Pretty good la. Pengalaman baru. Tak habis2 cerita best tak sarawak dlm every single post. Haha. Sebab tiap kali mai sarawak mmg sentiasa rasa first time mai sini. Its always new, new experience for me. Setiap hari ada new things yg dipelajari. Good huh? :)

This sem agak berat skit tanggungjawap bertambah. Jawatan dalam uitm so do halaqah and diri sendiri yg dahhh makin "tua". But 22 still easy to be count, yes? Muda lg. Tp time ni Fatih dah takluk Constantinople. Hang? Takdak apa fatimah. Sobsob.

Scroll down kat FB timeline td tebaca ni,
" Belum pernah aku berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwaku sendiri, yang kadang-kadang membantu aku,dan kadang-kadang menentangku "
# Imam Al-Ghazali 

I Always fighting with myself for being a better muslim. Yelahhh media massa and benda2 dunia ni bukan senang nak lawan. Tengoklah imam Ghazali kata apa. Beliau sendiri payah nak handle jiwa. Apatah lg diri ni yg iman tahap entah apa lg. But at least im so grateful i still ada sensitivity dlm dosa dan pahala. Baik dan buruk. Kalau hilang sensitivity ni, donno what to say. Maybe lain element dlm post ni dah. Huhu.

What ever it is, bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang. Bukan semata2 ucapan syukur, tp dr perbuatan jugak.
Know what i mean? :)

Stay tuned :)
 
 

Friday, June 7, 2013

Belajar.

Harini agak bz. Lepas balik dari masjid  (meeting kursus pra perkahwinan), terus begegas balik rumah sebab ada urusan lagi kat luar.

Bz camna pon saya selalunya akan curi-curi gak usha fb, haha! (even ujie selalu marah, sori sis, aku memang ketegaq). Jalan jalan kat fb, tiba tiba rasa nak update status,

Kehidupan ini satu pembelajaran. 
Tak ada org terlepas dari kesilapan. So dont put any high expectation kat sesiapa.
We all learners. Dan sebaik baik pelajar adalah yg belajar dari kesilapannya ^^
Saja tulis camtu. Cos sometime people do expect me like an ustazah. Tanya ja nak gak jawapan tu on the spot. Walhal im still a learner. Sometimes bila depa tnya usually mesti kena bagitau,

Bagi aku masa skit boleh? Nak Tanya ustazah or ustaz ustaz aku dulu.
Hehe. Memang selalunya camtu. Saya akan Tanya lec or ustaz atau ustazah utk pastikan jawapan. Nobody perfect. Bukan semua org islam tau semua fasal islam even dia dr kecik dah syahadah. Why? Sebab every single  human ada turning point utk spiritual journey masing masing berbeza. Right?
----------------------------------------------------------------------------------------
Dan saya masih meneruskan journey kat fb, jalan jalan.. baca apa apa yg boleh bg jiwa kenyang skit. Tiba tiba terbaca isu ust Don yg mana beliau tersalah cakap fasal Sultan itu bayangan tuhan.

Hm.. saya bukan pakar hal hadis. Dan kalau xsilap saya ust don pon macam tu. Mungkin dia tersalah. Boleh jadi dia betul. What ever it is, kalau dia salah pon adakah bermakna dia salah selamanya?

Tegurlah dengan hikmah. Bukan caci maki macam dia maksum sebelum ni. At least ust don ni ada kesedaran yg tinggi utk berdakwah dalam bumi Malaysia yg sangat mencabar ni (because we Malaysian ni suka kutuk bukan kritik. Maki bukan tegor. Don’t know why)
Kehidupan ini satu pembelajaran. 
Tak ada org terlepas dari kesilapan. So dont put any high expectation kat sesiapa.
We all a learners. Dan sebaik baik pelajar adalah yg belajar dari kesilapannya ^^
We all a learner. Jangan take over kerja Allah dalam menghakimi somebody itu sesat so what ever. Kita buat kerja kita dalam berusaha menjadi hamba Allah yg muslehah. Ok?


Monday, May 20, 2013

Islam dalam perlembagaan.

Bismillah..

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pd Allah Talla atas segala nikmat yg telah diberikan selama ini, Alhamdulillah!

Apa yg old school tajuk kat atas tu? Hm. Ramai yg beranggapan kerja dakwah, tarbiah ni kerja orang orang lama. Orang orang yg bertudung labuh. Orang orang yg BAIK kononnya. Walhal telah Allah sampaikan bahawa kita semua manusia ni diciptakan utk menjadi khalifah, menyampaikan perkara kebaikan. Meninggalkan kemungkaran.

Saya, to be honest, sangat sedih dengan statement saya yg diatas ni. Kerana ini memperlihatkan betapa kita, masyarakat malaysia masih sakit tenat yg ubatnya kita sendiri taknak makan.

Semua orang tahu, islam itu agama selamat. Tapi kita sendiri yg menolak dengan jayanya. Contoh?
Sistem demokrasi tempang negara kita yg telah dicontrol oleh rejim tertua Malaysia, Umno. (kasarnya!)
Apa perkaiatannya demokrasi dengan islam? Demokrasi sebenarnya berasal dr perkataan yunani. Bukan dr islam tu sendiri khususnya. Tapi sistem ini telah ditanamkan dlm perlembagaan Malaysia sejak zaman ayahanda kita, Tun Abd Rahman. There is no wrong jika demokrasi ini kita seratkan dlm pemerintahan Malaysia. Yg menjadi permasalahannya adalah apabila rakyat yg sepatutnya menjadi raja dalam memilih pemimpin negara kini menjadi pak turut kepada politik kotor kerajaan khususnya.

Dimana islam dalam menyelamatkan situasi ini? Ya, masih ada sebilangan rakyat Malaysia yg berusaha dalam menegakkan Haq dalam rangka memilih islam sebagai corak hidup mereka di Malaysia. tapi, hal ini ditentang oleh pihak kerajaan sendiri (mereka islam ok). Lihatlah betapa parahnya enyakit kita muslim berwarga negara Malaysia khususnya.

Takmau cakap panjang, Tapi kalau balik balik pd sirah zaman Rasululllah SAW memerintah Madinah, Sultan Ahmad AlFatih perintah Constantinople, dan lain lain pemerintahan dahulu, menjadi simbolik betapa islam itu digeruni oleh manusia seluruh perusuk dunia.

Tapi kita Malaysia? Islam hanya dalam perlembagaan. Sistemnya sistem kronism.
Sick.

Cinta.

Bismillah dgn Rahman serta Rahim dr Dia Pencipta Bumi..

Ni sebenarnya nk test ja. Hee. Baru download application blogger dr google play. So saja la nk update guna phone. Try rasa apalah rasanya. Haha :)

Semalam usai konvensyen wanita anggun, km terus balik rumah. Penat. Penat buat apa? Entah.. Nk jimat duit sbnrnya. Sebab semalam km p unimas guna kereta sewa. So bila dah hbs talk akhi Hilal Asyraf, maka bergegaslah km keluar. Hee.
Km xp sesi petang. Sebab kekangan masa dan sebagainya. Esoknya ada test. So kita knalah pandai bahagikan masa kan? :)

Akhi ada buat sedikit perkongsian semalam, bahawa betapa tinggi nya martabat seorang wanita itu yg telah islam angkat. Sbg contoh, even dlm sesebuah peperangan masa zaman nabi dulu tidak ada wanita y menghunus pedang, namun wanitalah yg menjadi ajen penyelamat bilamana ada tentera islam y tercedera tubuhnya akibat dr serangan musuh. Wanitalah y mencuci luka dan sebagainya. Fatimah r.a serta khansa antaranya. How great they are kan? Ada juga hadith yg menyatakan, pabila nabi melihat kanan ternampak khansa. Tgk kiri dia lg. Belakang, depan semua terlihat khansa. Why? Lihatlah betapa aktifnya khansa dlm medan perang. Even sbg seorang ahli PBSM ketika itu tp pahalanya subhanallah, seperti mereka y menghunus pedang menegakkan islam jugak :)

Itu belum lg bukak kisah khadijah ibunda kita y telah 360° membantu nabi dr segenap sudut hidupnya demi islam agama selamat. Beliaulah yg mengiyakan dann menerima agama islam tika mana org lain menidakkan islam. Khadijah juga y ada bersama Nabi saat yg lain cop Nabi sesat. Hebatkan bonda kita Khadijah? Jangan sangkal. Wanita memang Allah ciptakan hebat ^^

Siapakan kita pd saat ini pd masyarakat? Mungkin bukan shiapa shiapa sekarang tp kalau lg 5 tahun? Lg 10 tahun? Ask urself.

Bukanlah glamor dimulut manusia y kita kejar. Tp glamor dlm kalangan malaikat, glamor kat akhirat y kita impikan. Biaq malaikat penat mncatit kebaikan kita. Jgn sampai malaikat kanan bosan xda kerja.
Hidup ini dedicated to Allah. Bukan utk menjadi hamba manusia. Menjadi hamba media dan sebagainya. Tunjuk sana. Bukak aurat sini. Cerita aib sana. Tebukak bekung sendiri. Hey, ini bukan apa y PBUH ajar kita.

Baginda diciptakan bg menyempurnakan ahklak manusia. Bukan saja saja. Tp menyempurnakan y mana hina. Memberi rahmat pd sekalian manusia. Look, how great Allah right? Maha Pengasihnya Dia ingin menyelamatkan kita dr azab neraka. Allah akbar!

Moral of the story, dalami sirah. Jika tidak, sejarah boleh berulang kembali. Kita nakkan wanita yg hebatnya mereka bukan disebabkan beraninya dia dedah aurat sana sini, tp kita nak wanita yg hidupnya diwakafkan pd akhirat sana. Wanita yg mana islam pandang sungguh mulia. Wanita y mana tanpanya membuatkan dunia bagai hilang warnanya.
Ingat.. Life is dedicated to Allah. Siapa kita tanpa islam? We r nothing.
Be proud and grateful as Muslim :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, May 18, 2013

Rezeki dipagi hari ^^

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim ..

"Fatima, pukul 820 tunggu kat bus stop depan tu ye. Ada adik amik kita :) "

Hehe, Alhamdulillah. pagi td ada manusia misteri text. Dan tersenyum simpul saya membacanya.
Actually harini ada konvensyen wanita kat unimas, kuching. Dan kami kami geng semenanjung ni mmg selalunya ada msalah transpot la nak p sana. Haha. Fitrah la mengaji kan..

Tapi Alhamdulillah Allah mudahkan. Around pukul 7 pagi tu saya dan Adawiah dah siap sebenarnya. Tapi lepas baca text tu kami pon on laptop. Then, buat la apa yg patut. Hehe

The point is, nk ceritanya adalah kerana betapa kasihnya Allah pada hambanya yg ingin berbuat kebaikan ^^
Pagi tadi lepas siap siap (Pukul 7am) tu sebenarnya dok terfikir, "Sempat ke tak eh nak dhuha dulu?"
Pastu bila fikir2 balik, dhuha satgi la kat unimas masa tea break. And subhanalla, tu baru terniat tu,
Terus text mysterious person reach my phone :)
"Fatima, pukul 820 tunggu kat bus stop depan tu ye. Ada adik amik kita :) "
Petanda, Allah suruh dhuha dulu :')
Well, Dhuha ni antara sebab kenapa pintu rezeki kita semakin murah. Antara sunat yg Rasulullah tak pernah tinggai ^^
So jom amalkan sunnah nabi demi cinta nabi :)


So then, Allah as we all know, Dia memang Maha Mengetahui segalanya.
Tak payah kalot serabut bila hand phone tak ada creadit. Call Allah free saja.
Mengadu kat Allah. IAllah Allah akan hanta penyelesaian ASAP ^^

Friday, May 17, 2013

Everyday is a new day ^^

Bismillah..

Dah lama tak menaip kat blog ni. Bersawang. Berhabuk. Semua ada.
Hanpir arwah. Mungkin kena bacakan yassin utk buang jin ifrid atau jin jin yg dah bersarang kat sni. Haha!
Joke ^^

Jujurnya memang sengaja tak update. Bukan sebab apa, sebab rasa sentiasa tak cukup masa. Walhal Allah dah bagi 24 jam tu lebih dari cukup kan? ALASAN memanjang fatimah!

Ini satu platform. Medah dakwah. Blog juga satu tanggungjawap yg kita kena laksanakan. Penuhi dengan juadah berfaedah. Bukan sampah bermasalah ^^

IAllah. Trying to istiqamah dalam jalan ni. Doakan saya.
Wa ana, mendoakan moga Allah sentiasa merahmati anda semua.
^^

Assalamualaikum :)

Wednesday, November 14, 2012

Bergerak!

Kita bukan lg anak kecil yg terus bergantung pd gula2 utk terus tersenyum.

Telah disampaikan pd kita, akan cabaran dunia yg sukar utk kita perangi, tapi roh kita menjawap dgn keyakinan, yg kita mampu dan cuba utk menjadi khalifah di muka bumi ini suatu ketika dahulu, tika mana kita masih dlm tanggungan seorang ibu yang mengusung kita selama 9 bulan. Janji kita. Semuanya Allah catat, semua dlm tangan Dia.

Dan bilamana dewasanya umur, mencecah puluhan tahun, mengembaranya jiwa jua jasad ke seluruh perusuk dunia, melihat indahnya dunia yg penuh warna warni, suara suara indah yg menjadi melodi jiwa, wajah wajah tampan juga cantik yg menjadi igauan siang dan malam, dengan bangganya kita lupa akan janji, membuatkan kita leka akan amanah, yg telah kita tandatangani saat masih angka angka kecil. Manusia, inilah yg telah Rasulullah serta Allahurobbi peringatkan, suatu zaman dahulu, yg sering kita lupakan.

Hebatkah kita dengan melanggar perjanjian, melanggar hukum Tuhan yg menciptakan daun berwarna hijau, menjadikan ayam itu berkokok, dengan kuasa segala kuasa, dengan tiada segan kita menconteng arang diwajah agama. Ya, agama tidak pernah mengecewakan kita, truly is kita yg mengecewakan agama.
Allahuakbar.. Ampuni aku.

Saya juga manusia yg tagihkan peringatan. Saat sampainya jiwa ke bumi borneo ini, telah saya yakini bahawa Allah itu menghantar aku dengan perutusan yg penting. Kerja yg berat, usaha yg perlu aku tekuni. Ya saya yakin akan semua itu mampu dilakukan kerana Dia hanya mengujiku dgn kemampuanku sahaja.

Dan hari ini saya yakini, peringatan dan perutusan ini sangat penting seperti pentingkan air hujan perlu mengalir membasahi bumi menghilangkan dahaga pandan juga padi, sepenting perlunya seorang ayah mencari nafkah buat keluarga. Ya, ini serius.
Dan kaki ini harus terus bergerak, mata ini harus terus segar dlm mendalami ilmu, jiwa ini perlu tetap cekal dlm mehnah dan tribulasi, dan wajib berhenti bermimpi tanpa mencampak ini menjadi realiti.
Ayuh, bergerak!


Wednesday, August 8, 2012

Peringatan apakah ini?

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"



Keriangan hari ini, rezeki yg Allah bagi, saya berniat hendak iftar bersama sahabat saya yati dan nana (geng diploma dulu) jua bersama kaklong dah adik saya suhaibah :)

Sana sini saya kisarkan pada kawan kawan yg lain bahawa saya hendak iftar bersama nana dan yati. Gaya macam syok habis la. Mana taknya, lama dah xjumpa depa ni ^^

Kami plan nak makan kat steamboat dekat repoh, perlis. Kira dlm 5 minit dr rumah saya, dan dlm 20 minit dr arau (nana dan yati). Sesampainya di sana, kami makan dgn bahagianya. Sungguh saya rasa sangat bahagia :)
Nilai ukhawah itu bukan sekadar masa diploma, tapi sampai akhir dunia. Sampai zaman syurga iAllah. kami makan bersulamkan sembang sembang perihal masing masing.

Sungguh Allah itu sangat pengasih, Maha pemberi ingatan, Maha segalanya.
kami makan sampai dekat pukul 9. Kira dah bye bye la kat terawih surau. Dalam hati niat nak trwh kat rmh ja dgn adk n kak long. Punya ngalik sembang sembang n makan, gelak tawa skit sebanyak, tiba tiba terdengar letupan yg agak kuat momentumnya. Apakah itu? Tergerak hati nak terus memandang ke jalan tar.
Terlihat oleh kami kelibat seekor kucing yg agak femiliar bergolekkan di depan mata. Saya yg telah Allah susun berada dikawasan plg dekat dgn jalan, sangat jelas melihat tregedi itu. Terasa tersirap darah naik ke kepala. Sungguh!
Nyawaku bagai terbang bersama. Saya kira, Innalillah dah kucing tu sbb bunyi badan dia explode! Tapi, dia masih boleh bergerak. Then Allah hantar seorang kanak2 mulia terus ambil kucing itu dr jalan dan dibawa ke tepi jalan. Subhanallah. Allah ja yg tahu betapa degupan jantung saya menggegar menggegar seluruh tubuh ini.

Saya dan adik saya lantas pergi ke arah makhluk indah ini. Dalam hati ini tidak sanggup nak tgk, sbb tak kuat. Takot nages. And thats it, banjir terus perlis. Matanya terkeluar, mulutnya berdarah, dan ada sesuatu organ keluar dari duburnya. Ya Allah!!! saya.... manusia. Saya.. manusia yg sangat mencintai makhluk terindah ini. Memberontak hati ini mahu ditukar nyawa dgn makhluk indah ini andai mampu. Si ibu kucing yg sarat ini hanya berdiam diri bagai tiada apa berlaku. Adikku ibah terus mengusap kepalanya. saya lantas mengucap kalimah syahadah. Biar nampak sampah, tapi saya terasa bagai nyawa dia sedang mengelegak mahu keluar. Dan dia si ibu kucing, berdiam diri menanti waktu. Ibah dan saya, sudah tak mampu untuk melihat, kami lantas beredar.. Allah, peringatan apakah ini?

kala manusia itu lupa,
Sedang dia sebuk asyik dengan keseronokan dunia,
Dia Allah,
Sentiasa memberi peringatan bagi hambaNya,
Sentiasa beri,
tapi hanya disedari oleh mereka yg berfikir.
bagi mereka yg berfikir.

Mungkin tadi saya sudah terleka,
solat isyak dan teraweh yg terlambat,
lalu dia menyedarkan aku dgn tretegi air mata,
yg tidak saya sangka akan terjadi pd hari bahagia ini.

Mati itu,
kapan waktupun.
tiada sesaat lambat,
tidak sesaat awal.
mati itu,
pada waktunya,
tepat saatnya,
pasti harinya.
pada sesiapa sahaja,
binatang, manusia mahupun makhluk dunia,
yg namanya ciptaan Dia,
semua dalam gengamaNya.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

fenomena kematiaannya, masih seperti wayang dihadapan mata sy,
tiada butang off,
mahupun pause.
petanda apakah ini?
T.T

Sayang macam mana kita pada makhlukNya,
kelak didalam perkuburan,
kita ttp keseorangan.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

Allah.. berikan aku ketenangan..... T.T

Friday, August 3, 2012

manusia.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa,
Kadang aku menyemarakkan semangatmu,
Kerana aku sayang kau melebihi diriku.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa,
Selalu aku mendengar ceritamu,
Kerap aku menasihatimu,
kerana aku kasih akan kamu.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa.
Aku bukan capai iman malaikat.
yg tiada buruknya.
bukan jua bidadari,
yg sempurna pd zahirnya.
aku bukan siapa siapa.


Jadi jangan pandang aku aneh,
andai aku keluar dgn masa,
pergi jauh sebentar,
untuk menyedut udara segar,
dari masalah2 jiwa,
yg kau sendiri lakarkan.

aku manusia, yg punya sifat putus asa.
jadi kekalkan namaku manusia.
kerana aku tak sempurna,
utk menjadi teman yg sedia mendengar,
segala sampah cinta yg kau sendiri sedar
tiada guna.
tidak berguna.
kerana tiada Illah dalamnya.

maka aku,
hanya manusia,
yg ada sifat putus asa,
beredar.
dr duniamu wahai manusia

aku manusia,
yg ada sifat putus asa dgn manusia
jd yg termampu aku hanya doa.
Doa.