Yang lurus itu berliku~
Dengan nama Allah, moga hati2 yang membaca kembali bertaut keranaNya..Hidup ini, penuh pancaroba, onak duri yang berliku, nakkan jalan yang lurus, pastinya ditabur duri2, kaca yang penuh bisa, yang mungkin sekali dapat mengoyak hati2 yang masih lemah mengikat janji setia pada penciptaNya..
Kalaulah jalan ini dibentang carpet merah, dilayang dengan kesenangan yang tak sudah, pasti ramai yang meneruskan perjalanan dengan istiqomahnya di jalan ini.
Tidak, jalan menuju redhaNya bukan begitu.
Namun, hidup tak seindah apa yang diidamkan jika segalanya hanya berlandaskan kecintaan dunia semata2, hidup akan lebih bahagia jika keredhaan Allah yang kita damba. Segala pahit manis, susah senang, kita redha kerana keredhaan Allah pujaan kita, dambaan kita, bukan redha manusia, bukan perhatian manusia yang kita mahu.
Ujian persahabatan dirasakan semanis kurma, Ujian kewangan dirasakan secantik bunga, ujian pemelajaran dirasakan seindah alam, segalanya indah jika tahap keredhaan kita pada Allah tinggi, melebihi segalanya. Tawakal kita pada Allah sehebat saidina Ali yang mengantikan tempat tidur Rasul Allah ketika mana kaum quraish mengepung rumah baginda. Ketaatan pada Rasulullah, tawakal Saidina Ali pada Allah yang begitu tinggi, yang tak goyah akibat dunia yang tak sehebat mana. MasyAllah, mampukah kita sehebat itu ?
Di zaman yang penuh jahiliah yang sentiasa menipu?
Bersama dunia yang tak pernah sudah mengoda?
Mampukah kita ?
Saya, dengan kata2 saya ini, sebenarnya khas buat diri saya, Saya, sangat mudah lemah akibat ujian dunia yang tah apa2. Ujian dengan manusia seringkali buat saya mengalirkan air mata, Saya sangat2 lemah. Saya seringkali mengadu pada Allah, agar diberi kekuatan sehebat panglima perang di zaman Rasulullah yang sentiasa kuat akibat kuatnya ikatan ukhwah dan ketaatan pada Allah serta RasulNya. Saya mahu sekuat Fatimah anak Rasulullah yang sungguh tabah dan redha setelah kehilangan ayahdanya yang tercinta, insan yang sangat mulia. Sungguh! saya mahu sehebat itu. Hati secekal itu, jiwa segagah itu.
Tolong doakan saya sahabat, moga Allah campak hati itu buat saya, saya akan berusaha kearah itu, moga usaha saya dalam redhaNya..
p/s; Entry ni untuk peringatan bersama :)
huhu
2 comments:
timah..apa yg timah kt 2 btul..
akak x nafi kan...
ntah la..kdg2 kite mudah ikut dunia berbanding kite duduk and berfikir ttg akhirat...
adakalanye,kite mnta kat Allah agar diberikan ujian yg mudah pdhal kite x sedar yg ujian Allah beri kat kite 2 mampu kite tempuhi..
to kak yana;
huhu
betul,
Allah tahu apa yang kita tak tahu..
Post a Comment