“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.
Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
Hati ini,
Mungkin sudah beku dengan ujian dunia,
Sudah lali dengan gaya manusia,
Atau sudah pergi jauh dari alam nyata..
Hati ini,
Mungkin sudah tiada nama manusia,
Oh, mungkin sementara?
Atau akan menjejak kebiasaan?
Hati, sungguh aku tahu kau raja segala anggota,
Maka hati, tekadlah..
Allah,
Inikah tanda Kau mengambil hati ini untuk dipelihara?
Sungguh aku bersyukur,
Biar Kau teratas dalam tahta hati ini,
Biar tiada siapa apa apa bisa berkongsi,
Agar aku hanya merasa aku punya Kau,
Satu satunya tempat pergantunganku,
Bukan pada manusia perantara,
Bukan pada makhluk dunia,
Aku dengan Kau,
Hanya aku dengan Kau,
Bukan dengan siapa,
Bukan dengan apa..
Sungguh hubungan dengan Allah itu perlu dijaga.
Bila mana terputus hubungan dengan Allah, maka terputuslah rantaian hubungan dengan pegangan kita, Alquran & Sunnah. Haii manusia berdosa, jadilah seperti umar al-khatab, contoh manusia pendosa terbaik, yg mendapat hidayah setelah membenarkan hatinya terbuka menyerap kalam Allah bacaan adiknya..
Alangkah indahnya jika kita boleh menjadi seperti umar, berdiri dengan gah bersama keadilan, kebaikan..
Takutkah kau akan lonjakkan perubahan ke arah yang hak padahal itu fitrah insan mahukan kebaikan?
Manusia, kala kau lemah diuji dengan ujian, tika itulah iman kita turut lemah jika tak dikawal dengan ketaqwaan..
Hati turut akan lemah..
Semuanya akan lemah..
Dan tika jiwa itu lemah juga, syaitan akan mengambil alih hati kita, mengait hati kita, mentarbiyah kita dengan didikan syaitan.. Nauzubillah..
At this time, datang p la ramadhan setahun pun, basuh hati dengan air kolah sejuta masjid pon, tak jadi apa2 kesan kalau hati ni penuh dengan ajaran syaitan dan kita tak bukak hati untuk perubahan..
Tapi, kalau pergantungan kita hanya pada Allah, apa lagi yg bisa melemahkan jika kita punya Allah dihati? Allah tidak bisa berkongsi tahta di dalam hati dengan hal keduniaan yg lain, hanya Allah sahaja, ya, Allah!
Takutlah Allah dalam gelap, juga terang... Sesungguhnya, itulah tanda orang beriman..
Lagi banyak kita lalai dengan benda2 dunia, tak kira apa pun, bermakna, kita makin jauh dari Allah..
Lagi jauh kita merantaukan akal kita dalam harta keduniaan, lagi jauh Allah dengan kita..
Jagalah Allah, pasti, Allah menjagamu..
p/s; Ingat tu Fatimah!! jaga HDA! Huhuhu
Manusia, doakan saya~
Sahabat, jadilah tongkatku kala aku tempang, pimpin aku dan aku jangan biar aku seorang~
huhu
Assalamualaikum..
Banyaknya sawang2 kat blog ni. Sesungguhnya, sudah lama kau tak diupdate wahai blogku tersayang. Maaflah, sekarang macam pilih kasih pulak, asyik update blog satu lagi sampai blog ni diabaikan. FATIMAH! Jangan pilih kasih!
Huhuhu~
Alhamdulillah, dah 3 hari 2 malam saya menapak di UiTM, dan sekarang jadi NR pulak. Setelah itu, banyak sebenarnya perkara yang mengajar saya. Rupanya, memang susah nak senyum dalam suram ya? Banyaknya perkara yg memaksa saya tersenyum, dan saya sedayanya senyum seikhlas hati dan moga diredhaiNya. Actually, The first day kat arau, everything dah jadi macam2. Manusia2 sekeliling saya ni, ah, sukar ditafsir. Dan hakikatnya, saya hanya senyum menangini semua ini. Senyum dan senyum. Ketawa bila terhibur, dan senyap menyejukkan hati. Ya, manusia senang sungguh berubah. Sedangkan laut yang tenang pon boleh berombak, apatah lagi hati manusia. Sahabat2 saya, memang, banyaknya yang lain. Yang berubah menjadi semakin baik, sama ja tanpa perubahan, dan ada juga yang kearah negatif sikit, nauzubillah. Moga Allah jaga dia. Sebetulnya, saya bagai baru mengenali mereka kembali. Macam baru kenal. hailaa, macam2 ragam manusia..
Pelik juga tiba2 saya melakar kisah ini dalam blog, hal peribadi kan, cumanya, saya nak kongsikan, betapa manusia itu rapuh dengan suasana. Suasana memainkan peranan dalam perubahan. Tapi hakikat sebenar dan kekuatan itu, terletak pada diri sendiri untuk mengubahnya. Dan itu saya nampak. Ukhwah itu, memang banyak juga ujiannya. Tanpa henti jika terjalin keranaNya, kerana Allah ingin menguji tahap kecintaan rantaian itu adakah kuat keranaNya. Hai sahabat, bilakan kita boleh hidup sadamainya?
Mahu sungguh aku hidup bersama kalian dengan ketenangan. Tapi bukan apa yang kita mahu itu, adalah yg terbaik untuk diri kita kan? Dan semakin erat hubungan itu, semakin banyaklah ujiannya..
Dan saya tidak mahu kalah!
Sahabat sahabat, sesungguhnya dalam melakukan perubahan itu, banyak yang perlu dikorbankan. Dan dalam pemusafiran itu, kebergantungan pada Allah itu haruslah kuat agar perubahan itu bukanlah separuh jalan. Sahabat, ketahuilah hati ini sangat mencintai kalian kerana Allah. Mahu ukhwah ini kerana Allah agar ia bisa mendapat syafaat kelak. Keegoan itu perlu, tapi haruslah pada tempatnya. Dalam berukhwah, Ego jangan ada. Jika ada, maka ia akan merajai hati, dan rantaian itu akan musnah. Lihatlah sejarah para Sahabat Rasulullah, bagaimana mereka sentiasa menjaga rantaian ukhwah itu. Berprasangka baik, hormat satu sama lain. Saya hanya mahu, kita hidup dalam damai, tenang, dalam redha Allah. Saya mahu itu. Kerana kalian kekuatan saya. Tolong Allah, Makbulkan permintaan ini...
Tolong, aku mahu kuat!
p/s: Hanya lakaran hati, doakan saya, agar letih bukan keluahan saya di medan ini.. huhu