Showing posts with label Sahabat~. Show all posts
Showing posts with label Sahabat~. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Nightmare.

Langit yang menjadi saksi suara hatiku yg tiada manusia fahami.
 
Teringat masa mula mula masuk uitm, part one.Kami satu dorm. me, her and her.
Setiap hari penuh dengan kecerian. Setiap hari penuh dengan cerita cerita. Almost everyday jugak kami suka sembang bab kahwin (mood gatal). kalau sedih share sama sama. Menangis sama sama jarang sbb one of us akan buat yg lain ketawa bla mood sedih dtg :) HAHA! but, mengarot2 pon, Setiap hari jugak diselang selikan dengan sembang tarbawi :)
I really miss all those memory. Memories  yg selalu saya kongsikan bersama yg saya rapat.
Sebab, they are special. Till now :')

Mungkin Allah tarik semuanya kerana sifat kita manusia yang tak reti appreciate dgn apa yg kita ada :) Rasa menyesal? not really :) saya belajar redha. walaupun saya sangat cintakan mereka sampai sekarang. whatever it seem like  we r nothing but shes always in my duaa.  Tak percaya? Its up to you :)

It been just like a sweetdream. It gone when i was in part3 to be. Best words, HARD! Being such a nightmare to me everyday. its killing me day and night. Macam mana rasanya, macam hilang kaki, macam hilang sayap? Rasa macam breathing yg sekat sekat mcm sesak nafas but keep trying to live as usual bcos i know Allah never left me when i have no one :)

Kita manusia tak pernah rancang perpisahan :) tapi itu semua rahsia Allah :) and kita hambanya kena redha, right people? :) Berdosalah kalau kita memarahi takdir, sama ja mcam kita marah pada Allah.. nauzubillah. Taknak tergolong dalam golongan begitu :(

And you, kalau you the one that reading this, are the one that i mentioning without name there, just remember that,  janji saya, kita nak jadi sahabat sampai syurga kan? Sama sama mengingatkan, sama sama mendoakan, saya jatuh, awak bantu, awak jatuh, saya tolong. kan?

mungkinkah kalau nanti kau hampir jatuh ke neraka, dan aku pula menuju kesyurga,
akan aku undurkan langkahku menarikmu bersama aku,
walau sakitnya menerpa neraka itu, aku akan tarik tanganmu,
agar kita sama sama berpimpin tangan kesyurga Dia.

Uhibbukifillah :)

P/s; I never regret of what i have choose :) Walaupon sejak itu kita jadi renggang. For me we still in the right way kalau kita benar2 bumikan niat kita yg sama dalan paksi diri kita, hati :) just pemikiran yg mungkin berbeza membuatkan oleh kerana hal yg demikian kita jadi BEZA :) bukan pada aku :)
Nilaian itu pada Allah bukan pada manusia. Sadness killing me then after i had decide what tanzim im going to be with :) bcoz what? sbb rasa kehilangan sahabat. rasa terbuang. rasa terbiar. rasa kena campak taik dr semua org. tau rasanya macam mana? rasa macam family sendiri pulaukan. sakit? of cos! tapi itu hanya sebisan tak sampai 1% sakit perjuangan Rasulullah dulu. i learned from that. try to be strongest then. :) TQ. Aku tidak membenci kamu, cuma aku mahu Allah cintakan aku.

Monday, October 11, 2010

Just you..

You are my only, my only one..

Walau apa pun,
Bestfriend tetap Bestfriend,
Sahabat tetap Sahabat,
Mereka adalah satu,
Dan satu itu hanya Kamu!

Tak banyak aku minta,
Aku minta hanya satu,
Harap kau tak tinggal aku,
Walau sampai hujung waktu!

Sunday, October 10, 2010

O Allah..

My Lord I've hurted
A dear one
Someone I love
And always have respected
I pray you to take care of her
And that her sorrow you'll take away
Illuminate her steps
And the cold of her years
I supplicate you to bless her
Give peace to every single one of her days
Kiss her way
Coz I couldn't make her happy
This is the only thing I pray to you for
I beg you..

I love you my bff..
Sorry 4 everything i have done
pecayalahh kat aku!
huhuhu
May Allah bless our friendship..
Amin..

Tuesday, September 21, 2010

Jauhh?

Aku mahu bersama kamu, JAUHH menuju syurgaNYA (:

Rasa ini jiwa aku kata
Hanya aku yang merasa
Bila bahagia mekar dalam jiwa
Maka Dia istimewa aku kira

Biar doa menjadi jambatan
Agar kasih sayang ini berpanjangan
Biar ukhwah jadi tautan
Agar diri dalam jagaan Tuhan

Allah,
Sahabat itu bungaku,
Tanpa Dia bagai tiada seri
Dia juga duriku,
Yang mencucuk jiwa menjadi berani

Allah,
Aku mahu kesyurga bersama Dia
Tidak mahu berdosa dalam bercinta
Kerana aku mahu cinta ini membawa kesyurga
Bukan ke neraka durjana
Cinta ini biar dalam redha
Yang menjadi nadi pembawa bahagia
Bahagia dunia, akhirat jua,
Tolong Allah,
Moga kasih ini terpelihara..
Uhibbukifillah SAHABAT! (:

Monday, August 9, 2010

Senyum..

Saya sayang sahabat saya (:

Saturday, August 7, 2010

Tak ada apa pon..

Tiada nilaikah hatiku padamu sahabat? 
 

Wednesday, August 4, 2010

Kakiku tempang..

Mampukah aku terbang tanpa sayap jua berkaki tempang?

Tidak aku impikan sahabat segagah Umar Al-Khatab,
Kerana aku bukan selembut kasih Abu bakar As-Siddiq,
Bukan jua bak Hamzah yang tegar dalam perjuangan,
Yang mampu mengharung ranjau hidup dengan pengangan kalimah Lailahaillah..

Aku hanya manusia berdosa yang mengejar angin terbang,
Tidak ku lihat dengan mata,
Tapi aku punya rasa..

Oh kau manusia,
Berapa kali mahu aku kata,
Kau manusia yg aku cinta,
menjadi Mata buatku yg buta,
Menjadi kaki buatku yg tempang,
Menjadi sayap buatku terbang..

Apa aku bukan hamba bersyukur yg melangar aturan tuhan?
Aku tidak ingin banyak hanya itu,
Itu yg aku pinta,
Cinta dan kasih dari hamba tak sempurna,
Dari hamba bergelar sahabat untuk buatku terjaga,
Dari lena panjang gelapnya dunia,
Yang bisa melambung aku ke neraka,
Aku buntu kau menegurku,
Aku buntu kau baiki silapku,
Aku buntu kau membetulkan kataku,
Sungguh! aku butuh kamu..

Kau manusia berdosa,
Kau jua manusia tak sempurna,
Jua aku manusia alpa,
Bukankah kita sama?

Penuhi kekuranganku dengan kelebihanmu,
Penuhi kegelapan hidupku dengan cahaya dariMu melaluimu,
Kerana Allah ciptakan manusia harus berukhwah,
Bukan seorang menangung susah..

Sahabat,
Ana uhibbukifillah!

Tuesday, August 3, 2010

Sabar sabar sabar..

"Sesiapa yg mencintai Allah, pasti semakin sunyi dengan manusia, 
Ditengah keramaian dia merasa keseorangan, saat kesukaan dia berduka, 
jika orang tertawa dia menangis, jasadnya dengan manusia, hatinya kepada Allah. 
Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman. Mereka tetap berhati teguh di kala insan lain mengalami kegoncangan"
Sayyid Qutb-

p/s : Buat kau sahabat yg sedang berhati cuka, berjiwa luka, sabarlah..
Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang2 yg bersabar..

Monday, August 2, 2010

;)

"Eh, kenapa monyok ni? Putus cinta ke?"
Senyuman mengaris..

"Tak ada apa pon, hati ja kurang tenang,
enti ada resepi nak bahagiakan hati yang gundah tak ?"
Garu garu kepala..

"Enti ada masalah hati ke? Hum, masalah hati ni,boleh dirawat oleh Si Pencipta hati ja.. Enti tau tak siapa?"

"0h, Allah ya?"

"Ya, Hanya dengan connect dengan DIA, hati kita akan dirawat.."

"Ana sebenarnya, rindukan biah solehah macam dulu, barulah rasa tenang sikit, sekarang ni, kat sini, jahilliah sana sini, sikit-sikit hati ana kena jait, ana takot hati ana lama lama jadi hitam"

"Jagalah Allah sahabatku, InsyAllah, Allah akan menjagamu, menjaga hatimu.. Hati itu, tahta di hatimu itu, tidak boleh dikongsi siapa, hanya Allah, dikalbumu itu sahabat.."


"Ana cuba.. Enti, doakan ana kuat ya? Ana takut, ana tersungkur.. Ana butuh sahabat untuk menjadi tongkat buat ana yg tempang ni.."
Mata macam nak betakung..

Peluk..
"Ana ada, sentiasa buat enti.. tapi ingatlah, Allah, sentiasa, every second, tiap detik, tak pernah lepas pandang pada enti.. Yakinlah dengan Allah yg sentiasa bersama hambanya.."

"insyAllah, ana uhibbukifillah ya sohabati.."

"Wa ana aidhan.. Uhibbukifillah! "

-Allah, peliharalah ukhuwah ini, rantaian ini, agar aku dan dia, menjadi penegak SyahadahMu, sampai akhir nanti..-

Wednesday, July 28, 2010

Sahabat itu, bagaimana ?

Tiada batas waktu..

Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Credit tooo ;
Khalil Gibran  by Qalam Khairunnisa (:

Friday, July 23, 2010

tua tua

Bersahabat hingga ke hujung usia, wujudkahh ???

T,T

Aku rindu, rindu hangat kasih sahabat~

Persahabatan itu, adakah selamanya begini?
Allah, sungguh aku tak merasainya, 
Berulang kali aku menjeling cermin,
Adakah salahku?
Sahabat, mana janjimu?
Fatimah, mana peganganmu?

Sunday, July 11, 2010

Selamat Hari Lahir Zulaikha (:

Akan ku pegang kata itu, sampai ke akhirnya, ya,ke akhirnya~

Oh,

Allah, selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan, Zulaikha Annuar..

Allah, selamatkan kamuu..

Allah, jaga Zulaikha Annuar ketat2 ya?



Dear Zulaikha,

Selamat hari lahir yang ke 91 ;P

Moga panjang umur dalam iman, rezeki semakin murah, semakin dekat dengan Allah & berbahagia dalam redhaNya~

p/s: deeply in my heart, i really2 hope, ukhwah kita sekuat ionic bond, seteguh fibrous roots mencengkam tanah, seerat kembar siam.. huhu~

 uhibbukifillah ika!

Sunday, May 30, 2010

Terima kasih..

Alhamdulillah,
Saya dah sampai perak. Drive 5 6 jam mmg meletihkan. tp, best!
Terima kasih buat mas, fzah n noorma yg tk berenti bercakap membuatkan saya tak mengantuk! hee..
Terima kasih Allah, Alhamdulillah kerana memudahkan urusan dan perjalanan sepanjang Perlis-Perak. Alhamdulillah!
Yang berhak menerima segala kasih, hanya padaMua Allah..

Buat sahabatku, amirah,
Terima kasih atas doamu.
Terima kasih jugak atas layanan 1st class kat rumah awak haritu.
Terima kasih kerana menjadi sahabat saya.
Terima kasih kerana tk pernah meninggalkan saya.
Terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya tak kira senang @ susah.
Terima kasih atas segala cinta, pengorbanan, kasih sayang dan doa awak terhadap saya.
Terima kasih kerana sentiasa membuat saya tenang tika hati saya gundah, saya bahagia tika saya sedih, menjadi bantal saya tika saya letih, sebagai pendamping tika saya sunyi, bagai suami yang sentiasa memberi, Terima kasih..
Moga ukhwah ini sampai ke syurga, dalam redhaNya..


Allah,
Yang layak selayaknya menerima TERIMA KASIH,
Terima kasih atas pemberian sahabat kepadaku,
jangan Kau ambil dia kala aku membuntukannya,
jangan ambil dia kala sayangku padaMu terjalin bersama rantaian ukhwahku dengannya,
jangan ambil dia kala dia sangat memerlukan diriku kerana aku mahu sentiasa berada disampingnya tika senang dan susah.
Allah,
Terima kasih atas segala pemberian ini,
segala pinjaman ini yang menjadikan jihad ini terasa ringan atas bantuan sahabat..
Terima kasih Allah..
terima Kasihh~

Monday, April 19, 2010

Compound?

Aadakah ikatan itu suci ?

Dingin
Sedingin air yang membeku,
Sedingin angin berlarun lembut

Dingin
Antara manusia dengan manusia
Pastinya ada yang ketiga
Yang sentiasa cuba untuk mencuka
Kala ukhwah Islamiyah tercipta

Namun engkau tetap angkuh
Atau aku yang binasa
Antara ukhwah atau ego
Hasutan syaitan jadi jaguh

Persahabatan itu bisa menjadi sekuat ikatan ionic,
Persahabatan itu bisa menjadi selemah ikatan covelent
Antara syurga atau neraka
Kenapa mesti kita pilih neraka ?

Tolong Allah,
Bukakan hati,
Satukan jiwa,
Ikatkan hati,
Lapangkan dada,
Agar aku dan dia,
Kembali bertaut,
Sebagai sahabat,
Dalam redhaNya~


Monday, December 21, 2009

BFF !


What are friends for ??

Dengan NamaMu Ya Rabb, Tuhan sekalian Alam, Yang Maha menciptakan sesuatu, yang Bisa mengambilnya kapan waktu~

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan terutamanya nikmat iman wa islam.. (jangan Kau ambil ia Allah..)

Assalamu’aalaikum..

Saya agak feeling2 sekarang. Bukan apa, semenjak dok rumah 4 this cuti sem, rasa macam lemah ja..
Tapi Alhamdulillah Maisarah ada kat rumah. She is my LOVER, sahabat dunia akhirat insyAllah..
Saya sangat sayangkan dia,
Ya, dialah yang banyak menperingati saya, menguatkan diri saya tika saya lemah,
memberi saya kata2 semangat yang amat menyusuk kalbu kala saya perlukan, menjait hati saya takkala luka, namun segalanya dengan izin Allah yang semestinya..
Thank You Allah 4 giving me such a good friend!
uhibbukifillah maisarah~

Saya ingin luahkan di sini, betapa sahabat itu adalah penguat saya..
Bagai gula dalam teh tarik, bagai irama dalam lagu, bagai email dalam yahoo messenger,
bagai butter dalam kek..
Bagi saya, sahabat umpama tulang belakang saya, betapa saya perlu mereka,
betapa penting mereka dalam kehidupan saya..
Sungguh!
Saya terlalu damba sahabat sejati, tapi saya tahu, kalau saya mahu seorang sahabat yang betul2 sejati, yang boleh membawa saya, berpimpin tangan ke syurga, saya harus jadi begitu dahulu.
Barulah saya layak mendapat Sahabat sebegitu, kann ?

Dan ingatlah..

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya,
kerana,
mungkin dengan 1 kelemahan kita akan menjauhinya.
Jangan pula kerana kebaikannya,
kerana,
mungkin dengan 1 keburukan, kita akan membencinya.
Andai ingin sahabat yang 1, janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan menfitnahnya.
Janganlah juga kerana keceriannya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
kita mungkin akan menyalahkannya.
Andai kita ingin bersahabat, biarlah yang apabila kita memandangnya,
kita teringat akan Allah...
apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan tentang islam bertambah,
apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kehidupan akhirat,
dan terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang sahabat..
yang hanya manusia biasa,
kerana...
kita juga tidak sempurna,
maka yakinlah dengan Allah, kerana Dia Maha Sempurna Atas Segalanya..

Benar.. Saya benar2 cintakan sahabat2 saya hanya keranaMu ya Allah..
Terutamanya yang amat dekat dengan saya sekarang,
Maisarah, Amirah terutamanya.. Syukur saya panjatkan, punya teman seperti mereka..
Jangan Kau ambil mereka ya Allah.
kerana,
Sahabatku itu, adalah Buah Hatiku~

Sunday, December 20, 2009

Hold My Hand My Friends..


 Why don’t we share the same love? Tell me why not?



In The Name Of Allah, The Most Gracious, The most Merciful..

Syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi yang tak terhingga banyaknyaa..
Alhamdulillah..

Kali ini, saya nak hanya nak share dengan anda semua lirik nasyid yang sangat menyentuh hati.
Hakikatnya, nasyid ni banyak menyentuh hati saya dan membuatkan saya terkenangkan memory lampau bersama sahabat2 saya dahulu dan sekarang. Rindunyaaaa.....

Hold My Hand By Maher Zain

I hear the flowers gonna crying loud
The breeze is sounding sad
Oh no!
Tell me when the breeze would calm
So cold and and empty side
Lost the way long time ago
They were really turn them blind
We don’t see that we keep hurting each other
No, all we do we just fight
Now we share the same rise sun
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On their new bloody playgrounds
Oh no!
How could we ignore?
Heart breaking crying sounds
And we still going on
Like nobody really cares
And we just stop feeling all the pain
Because like it’s a daily basic affair
Now we share the same rise sun
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you
No matter how far I’ll might be
I’m always gonna be your neighbour
It’s only one small planet we’re to be
So I’m always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can’t deny
That we always gonna be neighbours
Your neighbour
My neighbour
We’re neighbours
So hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind..
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009