Mengintai kau suka, aku turut bahagia..
Hati jangan luluh,
Jiwa jangan sakit,
Jasad jangan lemah..
Setiap persahabatan ada ujiannya,
Setiap milik kita akan diambil kerana semuanya hanya pinjaman semata,
Maka bersedialah dan redhailah,
Kasih sayang Allah itulah yg kekal selamanya,
Dan pengorbanan itu asam,
Kesakitan itu garam,
Yang hanya akan sembuh setelah dilapah,
Setelah ditambah sedikit gula kehidupan,
Yang hanya bisa dirasai bagi menusia yg bersyukur,
Bagi mereka yang berfikir,
Bagi mereka yang berakal..
Oh jangan bersedih,
Mereka tak faham jua tak cuba memahami,
Mereka tidak salah lagi tak berdosa,
Yang harus dimuhasabah itu diri,
Jangan mengharap pada yg lain untuk mengisi,
Kerana sahabat itu bukan untuk mengisi kekosongan hati,
Tapi mengisi kekurangan diri..
Hai diri,
Laa takhaf wa laa tahzan inna Allahu ma`ana..
No comments:
Post a Comment