Cinta, hanya dirasai, bagi yang mencari, bagi yang memberi, bagi yang menjiwai..
Namun dalam kesempitan waktu ini, saya juga terasa bahagia. Kerana dengan semua ini saya belajar banyak perkara. Sahabat sentiasa juga disisi memberi kekuatan. Test dan kuiz Alhamdulillah terasa ringan. Bantuan dari Allah saya kira. Asalkan niat ikhlas dihati saya pasang. Moga saya istiqomah. Amiin..
Mencari Bahagia
Bahagia,
Aku mencari bahagia
Hampir tiap hari langit aku pandang
Mengharap yang Teratas melontar bahagia
Biar hati yg lara kembali berbunga
Bahagia,
Aku mengejar bahagia
Tapi hanya duka yang menyapa
Aku hanya pencinta
Salahkah aku ingin cinta?
Bahagia,
Aku mahu bahagia,
Hanya bahagia yg Allah redha,
Cinta & bahagia itu kembar
Lalu salahkan aku ingin cinta?
Bahagia,
Aku hanya bahagia,
Bila Allah dihati,
Bila dunia mampu aku benci,
Bila sahabat sentiasa menemani,
Bila jiwa sunyi kembali berseri,
Dengan Nur kasih Ilahi..
Dengan Nur kasih Ilahi..
2 comments:
hanya yang berjiwa sahaja yang merasai bahagia :)
yg bahagia sahaja manusia yg menjiwai jiwa..
hahah
(tatau aku cakap apa wehh)
Post a Comment