Bestkan nasyid ni? Sangat la mendalam maknanya bagi yg ingin memahami.
Bukanlah saya disini nak buat kesimpulan untuk lagu ni. Saja nak share ja kot? :)
Entah kenapa semenjak dua ni, banyak memikirkan perihal kehidupan. Bagaimana nak bagi hidup ni lebih bermakna, macam mana nak buang perangai2 kurang soleh dalam diri..
Yang paling ingin saya pupuk, Sabar~
Nak bagi diri ni jadi seorang yg penyabar, ada tips tak ?
Sungguh masa yang berlalu itu hakikatnya satu ujian. Sedar tak sedar, bila kita fikirkan masa masa yang dah berlalu, ia menjadikan getaran hebat dalam diri untuk mengubah yg buruk jadi baik. atau yg baik di istiqomahkan.
Bukan senang? Kadang kadang hal lama menjadikan kita hilang semangat hidup kerana terasa berdosa atau jauh dari tuhan, tapi, apa yg kita lakukan untuk mengubahnya?
Semuanya terletak pada diri,
Jangan salahkan orang sekeliling atas kesilapan diri kita. Kita tidak punya hak untuk membenci orang lain, kerana kita masing masing tak sempurna, dan setiap diri yg berdiri perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, sweet kan?
Allah jadikan manusia yg tak sempurna supaya semua manusia saling melengkapi yg lain,
bukan menghukum yg lain kerana ketidak sempurnaan yg takkan pernah sempurna.
Haii fatimah,
kena sedar ni..
Walau apa pun yang terjadi, kena lah hadapi dengan tabah. Masakan Allah zalim nak bagi kita berduka sepanjang masa? Mesti ada hikmah yg tak terlihat dengan mata kasar, yg perlu dilihat dengan mata hati..
Jadi, hati itu perlulah dibuka untuk menerima apa pun yang terjadi dengan rela hati. Kerana sungguh, Allah tahu diri kita lebih dari kita kenal diri kita kan?
Moga hati yg cekal jadi milik kita. amin :)