Showing posts with label ujian ILAHI. Show all posts
Showing posts with label ujian ILAHI. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Pemergianmu, tiada ganti..

My good friend, as well as my sahabat,
Nurul Jannah Ahmad Sani, telah dipanggil Allah ptg td. 
Sedihnya hati ini mengenangkan pemergianmu yang terlalu mengejut. Saat berita Jannah telah dipanggil Ilahi menyambar hanset saya, msg itu dari maisarah dan sahabat2 lain, jantung berdegup laju, hati x berenti mengucap innalillah hiwainna ilaihirojiun.. Alfatihah.. Akal ini ligat memplay back semua kisah ukhwah kita bersama. Sungguh mati itu tiada sempadan dunia, tiada apa bisa menghalangnya kala waktunya tiba. Maha suci Allah, Maha Kuasa Allah, hanya Dia yang berhak ke atas segala sesuatu. Segala manusia, harta benda, semuanya hanyalah pinjaman semata2. Bila2 masa Allah boleh ambil bila Dia mahu. 
Ready 4 it wahai manusia..
Sesungguhnya mati itu tak kenal waktu, tak kenal usia..

p/s : Moga Allah menempatkan Jannah bersama org2 beriman. Moga Jannah tempatnya. Moga hidup dan matinya dalam redha Allah~ huhuhu...
Alfatihah~
we'll be going to miss you much jannah! Moga Jannah tempat pertemuan kita seterusnya.. wuuuuuu~

Monday, May 31, 2010

Tepuk dada, tanya iman..

Sana sini berita tentang konvoi LL4G. Sana sini meminta doa dilayangkan buat mereka yang berjihad sana.
Namun, apakah tindakan kita ?
Adakah hati kita bergetar menandakan keimanan kita terhadap Allah membuatkan jiwa ini meronta marah pada israel zionis?
Adakah doa sudah diterbangkan ? Solat hajat ditunaikan ?
Apakah usaha kita di sini untuk sama2 membantu saudara kita di sana?
Bangunlah dari mimpi, sedarlah!
Saudara kita dalam kesusahan, adakah kita hanya perlu duduk saja?
Barang boikot pon masih beli, apakah tahap keimanan kita ?
Sensitifkah  kita terhadap saudara kita di Gaza?
Bangunlah muslimin, muslimat, yang merasakan Allah itu Tuhan kita, Gaza itu milik kita, Islam itu jalan kita..
Bangunlah~
Tepuk dada, tanya iman, apakah yang kita lakukan untuk islam hari ini?
Buat saudara kita yang sedang berjihad di perairan Gaza sana, sudahkah doa dilayang buat mereka?
Layangkan~
 
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”
amiinn

Tuesday, May 25, 2010

Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali


Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali


Kau tidak faham

Dan kau tidak mengenali

Aku, aku dan juga diriku ini

Kau hanya memandang dari jauh

Dan mendengar-dengar kisah dari yang lain

Atau kau melihat senyum tawaku yang menjelekkan hati

Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini

Buruk buruk itu sahaja yang kau ulang sehari-hari


Kau tidak faham

Dan kau tidak mengenali

Aku, aku dan juga deritaku ini

Kupalsukan segala sakit dengan senyuman

Menanam segala sengsara dengan tawa kegembiraan

Kejayaan demi kejayaan

Aku capai dengan pengorbanan

Tetapi kau tidak memahami

Kerna kau tidak pernah ingin mengenali

Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini

Hanya nilaian kau dari jauh dan cerita-cerita orang lain


Kau tidak faham

Dan kau tidak mengenali

Aku, aku dan kehidupanku ini

Kau ungkit semua dosaku yang lalu

Kemudian kau maki aku yang kini

Kau lemparkan kepadaku semua kesilapanku yang dahulu

Lalu kau caci aku yang hari ini

Buruk itu buruk ini kau ungkit berkali-kali

Seakan-akan aku ini langsung tidak berubah dan tidak meningkat seinci


Kau tak akan memahami

Kerna kau tidak bergerak untuk mengenali

Itu ini itu ini kau ungkit atas zahirku kini

Hanya nilaian kau dari emosimu sendiri


Ketahuilah

Kalau kau tahu apa yang aku lalui sehari-hari

Maka kau akan sedikit ketawa

Dan banyak menangis di dalam hati

Tetapi kau tidak memahami

Kerna kau tidak bergerak mengenali


Sedang aku

Bergerak mendekatimu

Dan berusaha memahamimu

Walaupun aku gagal hingga ke hari ini..

 credit to ms.langitilahi.com 



p/s; doakan saya Sahabat ....

Sunday, May 23, 2010

Tak aku sisih, cuma berdoa~

saya ingin hati yang baru,
saya ingin hati yang bersih, 
saya ingin hati yang suci dari bintik2 hitam yg ternoda..
tapi saya bukan maksum dari dosa,
namun akan saya cuba akan itu,
supaya Allah redha hidup saya..


Allah,
Ujian yang Kau berikan saban hari makin berat dirasai,
Seperti tiada esok buat diriku, semuanya terasa bagai mencalar sedikit demi sedikit nyawaku.
Allah,
Manusia diberikan hati dan perasaan untuk apa selain mencintaiMu ?
Aku seakan akan salah menembak cintaku,
PadaMu Allah, aku memohon kemaafan~


Hari demi hari di LKM perak terasa semakin berat untuk dilalui. Banyak sungguh kawan2 baru kat sini. Bila nak tidur ditemani nyamuk yang banyak, lebah, cengkerik, semut merah dan macam2 lagi. Tapi tu semua lah kemanisan kat sini. Kemanisan yang memarut di dalam ingatan. Terima kasih buat kawan kawan kat sini. Banyak perkara yang kami buat bersama yang membuatkan saya tak rasa keseorangan. Syukran kawan2! (:

Buat diri ini yang sentiasa lupa,
Suka untuk saya ingatkan kamu wahai Fatimah,
Kuatkanlah diri dalam menempuh tsunami ujian yang mendatang,
tahajud jangan tinggal, supaya ingatan kpd Allah bisa menguatkan,
kalau terasa hati dirasuk nafsu amarah,
Ingat pesan Rasulullah,
Jangan kamu marah, jangan kamu marah, dan jangan kamu marah~
Sekali lagi dingatkan,
Jangan kamu marah,
sesungguhnya Allah bersama orang2 yang bersabar~

Buat kau yang bernama mad'u,
Kau mungkin akan rasa tersisih,
Seperti aku buang dari hidupku,
tapi sesungguhnya,
Kau takkan pernah aku sisih,
Cuma aku lelah, Lelah!
Penat, Penat!
Letih, Letih!
Dalam usahaku aku seperti sudah letih dalam cubaan,
Penat dalam harapan,
Mati dalam ingatan..
Namun,
Sungguh!
Buatmu doa tak putus aku layangkan,
Supaya kau kuat dalam perubahan,
Supaya kau kuat dalam ujian,
Tanpa aku manusia sampingan,
Yang hanya sebagai barang pinjaman..
Aku sayang kau keranaNya,
Moga kita Ukhwah ini atas keimanan~


p/s: SAHABAT, doakan saya!

Thursday, January 29, 2009

Technical Problemsss!

Admin disini ingin meminta maaf kepada visitor kerana link-link download yang di sediakan menghadapi sedikit mnasalah.
"We are the regular soldiers of Allah,our path is a reserved path.InsyaAllah!"