Tuesday, August 24, 2010

Kebahagiaan..

Cinta, hanya dirasai, bagi yang mencari, bagi yang memberi, bagi yang menjiwai..

Semenjak dua ni, macam-macam perkara terjadi pada saya. Saya bz sana sini, Aktiviti kolej teratur menunggu masa untuk dijalankan. Ah, kadang terasa penat, letih, bosan dan malas dengan tanggungjawap. Memang hakikatnya saya letih dengan semua ini. Benar, saya memang manusia lemah. tanggungjawap terasa beban pulak. Oh diri, sucikan hati, update  niat. Moga segalanya dipermudahkan Ilahi.

Namun dalam kesempitan waktu ini, saya juga terasa bahagia. Kerana dengan semua ini saya belajar banyak perkara. Sahabat sentiasa juga disisi memberi kekuatan. Test dan kuiz Alhamdulillah terasa ringan. Bantuan dari Allah saya kira. Asalkan niat ikhlas dihati saya pasang. Moga saya istiqomah. Amiin..

Mencari Bahagia

Bahagia,
Aku mencari bahagia
Hampir tiap hari langit aku pandang
Mengharap yang Teratas melontar bahagia
Biar hati yg lara kembali berbunga

Bahagia,
Aku mengejar bahagia
Tapi hanya duka yang menyapa
Aku hanya pencinta
Salahkah aku ingin cinta?

Bahagia,
Aku mahu bahagia,
Hanya bahagia yg Allah redha,
Cinta & bahagia itu kembar
Lalu salahkan aku ingin cinta?

Bahagia,
Aku hanya bahagia,
Bila Allah dihati,
Bila dunia mampu aku benci,
Bila sahabat sentiasa menemani,
Bila jiwa sunyi kembali berseri,
Dengan Nur kasih Ilahi..

2 comments:

N u r ! said...

hanya yang berjiwa sahaja yang merasai bahagia :)

Fatimah Azahra said...

yg bahagia sahaja manusia yg menjiwai jiwa..
hahah
(tatau aku cakap apa wehh)