Monday, April 19, 2010

Compound?

Aadakah ikatan itu suci ?

Dingin
Sedingin air yang membeku,
Sedingin angin berlarun lembut

Dingin
Antara manusia dengan manusia
Pastinya ada yang ketiga
Yang sentiasa cuba untuk mencuka
Kala ukhwah Islamiyah tercipta

Namun engkau tetap angkuh
Atau aku yang binasa
Antara ukhwah atau ego
Hasutan syaitan jadi jaguh

Persahabatan itu bisa menjadi sekuat ikatan ionic,
Persahabatan itu bisa menjadi selemah ikatan covelent
Antara syurga atau neraka
Kenapa mesti kita pilih neraka ?

Tolong Allah,
Bukakan hati,
Satukan jiwa,
Ikatkan hati,
Lapangkan dada,
Agar aku dan dia,
Kembali bertaut,
Sebagai sahabat,
Dalam redhaNya~


Jalan itu, penuh liku~

Yang lurus itu berliku~
Dengan nama Allah, moga hati2 yang membaca kembali bertaut keranaNya..

Hidup ini, penuh pancaroba, onak duri yang berliku, nakkan jalan yang lurus, pastinya ditabur duri2, kaca yang penuh bisa, yang mungkin sekali dapat mengoyak hati2 yang masih lemah mengikat janji setia pada penciptaNya..
Kalaulah jalan ini dibentang carpet merah, dilayang dengan kesenangan yang tak sudah, pasti ramai yang meneruskan perjalanan dengan istiqomahnya di jalan ini.
Tidak, jalan menuju redhaNya bukan begitu.

Namun, hidup tak seindah apa yang diidamkan jika segalanya hanya berlandaskan kecintaan dunia semata2, hidup akan lebih bahagia jika keredhaan Allah yang kita damba. Segala pahit manis, susah senang, kita redha kerana keredhaan Allah pujaan kita, dambaan kita, bukan redha manusia, bukan perhatian manusia yang kita mahu.
Ujian persahabatan dirasakan semanis kurma, Ujian kewangan dirasakan secantik bunga, ujian pemelajaran dirasakan seindah alam, segalanya indah jika tahap keredhaan kita pada Allah tinggi, melebihi segalanya. Tawakal kita pada Allah sehebat saidina Ali yang mengantikan tempat tidur Rasul Allah ketika mana kaum quraish mengepung rumah baginda. Ketaatan pada Rasulullah, tawakal Saidina Ali pada Allah yang begitu tinggi, yang tak goyah akibat dunia yang tak sehebat mana. MasyAllah, mampukah kita sehebat itu ?
Di zaman yang penuh jahiliah yang sentiasa menipu?
Bersama dunia yang tak pernah sudah mengoda?
Mampukah kita ?

Saya, dengan kata2 saya ini, sebenarnya khas buat diri saya, Saya, sangat mudah lemah akibat ujian dunia yang tah apa2. Ujian dengan manusia seringkali buat saya mengalirkan air mata, Saya sangat2 lemah. Saya seringkali mengadu pada Allah, agar diberi kekuatan sehebat panglima perang di zaman Rasulullah yang sentiasa kuat akibat kuatnya ikatan ukhwah dan ketaatan pada Allah serta RasulNya. Saya mahu sekuat Fatimah anak Rasulullah yang sungguh tabah dan redha setelah kehilangan ayahdanya yang tercinta, insan yang sangat mulia. Sungguh! saya mahu sehebat itu. Hati secekal itu, jiwa segagah itu.

Tolong doakan saya sahabat, moga Allah campak hati itu buat saya, saya akan berusaha kearah itu, moga usaha saya dalam redhaNya..

p/s; Entry ni untuk peringatan bersama :)
huhu

Friday, April 16, 2010

Tak payah baca~

please take me away from here.. 

Allah, tolong buangkan dunia dari hatiku !!
Saya memang manusia lemah~
huhuhu

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini   
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi 

p/s: Lirik Nasyid sahabat sejati by unic. 
wujud ke sahabat sejati ?

Thursday, April 15, 2010

Terbang..

Lari, bukan penyelesai masalah..

Allah, aku tahu ujianMu bisa datang setiap sudut, segenap penjuru. Allah, aku tahu ujianMu tanda aku mampu, tapi mengapakan aku rasakan hatiku kian hancur ? Adakah aku bukan hamba yg bersyukur?..
Allah, aku mahu terbang, sejauh mungkin, sepantas pantasnya, agar aku hanya berharap padaMu, bukan pada manusia, untuk terus hidup di bumi fana..

Puisi ni saya buat lama dah, time kat bilik study awal sem. Tiba2 rasa nak share, sebab saya memang mean it. I wanna fly, away from people.. Boleh x?


Aku mahu terbang,
Tinggal fizik, tinggal chemistry,
Pergi mengucup Abi,
Pergi mengadap Ilahi

Aku mahu terbang,
Bersama sepi membawa diri,
Namun dosa menggunung tinggi,
Bisakah bahagia nanti ?

Aku mahu terbang,
Tanpa dosa, tanpa noda,
Tapi aku manusia biasa,
Bukan Nabi kekasih Ilahi,
Bagaimana jika Jahannam kukunjungi ?

Aku mahu terbang,
Tapi biar mizanku ringan di bahagian kiri,
Berat kanan amalan suci,
Biar hutang tiada lagi,
Biar amanah laksana mungkin,
Mampukah aku terbang tinggi?

p/s: plis pray 4 me, can u? huhu

Friday, April 9, 2010

Sendiri..

Sesungguhnya Allah ada bersama-sama hambaNya..

Kenapa mesti rasa tidak dihargai? Sungguh, manusia hanya dapat mengejar kesempurnaan, tapi takkan pernah sempurna.
Allah, janganlah Engkau jauhkan pandanganMu dariku, cukuplah manusia mengoyak hatiku, asalkan Engkau ada denganku..

Sendiri
biar aku sendiri
biar aku terluka
semakin hari mencalar hati

Sendiri
pergilah kau wahai abdi
kerana aku mahu sendiri
melapangkan dada dengan Ilahi

Sendiri
kau xkan pernah memahami
kerana egomu memakan diri
biar aku sendiri
melayan kerenah dirimu lagi

Sendiri
biar sayangku Allah yg mengetahui
betapa kau aku sayangi
kerana Ilahi jambatan persahabatan ini terjalin

Sendiri
biar aku makan hati
biar kau makan pekerti
asalkan ukhwah ini masih berfungsi
sebagai tarbiyah dari Ilahi..

p/s: Feeling pulak pasal kawan2 & sahabat. huhu
Doakan saya sahabat!

Wednesday, April 7, 2010

syukurlah..

Senyuman itu, penawar duka


Ada orang cakap, dah 3 entry saya dok wat ayat sedih ja. Huhuhu, yelah, hari2 asyik sedih, tp syukur gak, sebab sedih tu la yang merapatkan lagi saya dengan Allah. Rasa nak nangis puas2 ngn Allah, rasa nak merintih sungguh2 ngn Allah. Bestnya.. Alhamdulillah, sekarang dah semakin baik kot kondisi hati saya. Even ada jugak sedih2nya tu, tp rasanya macam hati dah makin cekal, nampak semuanya pasti ada hikmah, nampak semuanya Allah dah susun secantiknya. Allah, terima kasih atas segalanya. Nikmatnya rasa ditarbiyah dengan ujianMu, thanks Allah ferr everything!

I seek refuge in You O Allah!

From a heart that is complacent

and from a mood that is not patient

I seek refuge in You O Allah!

From a soul that is not grateful

and from a thought that is not lawful

I seek refuge in You O Allah!

From a limb that is not humbled

and from conviction that begins to stumble


I seek refuge in You O Allah!

From hoarding every pence

and slowness in obedience


I seek refuge in You O Allah!

From love of material life

and from ignorance of Eternal life


I seek refuge in You O Allah!

From the trials of life and death

and from the punishment of the grave


I seek refuge in You O Allah!

From the trials of Ad-Dajjal

and from the torment of the blaze


Grant me wisdom, O Most High!

And understanding and strength


Grant me fortitude, O Magnificent!

And humility to repent


Grant me light, O Most Merciful!

To penetrate my heart


Grant me your Love O Creator!

For the Greatest Thou art.

p/s; Syukran pd sahabat yg banyak bagi semangat. Syukran kakak atas dorongan. Tmah dah kembali bersemangat, insyAllah (:
THANKS ALLaH!

Saturday, April 3, 2010

Ditinggalkan ?

Makhluk tanah, layak ditinggalkan..

Kita manusia, sering rasa sakit bila ditinggalkan manusia. Sering rasa kecewa dengan ketidak endahan manusia terhadap kita. Kita terlupa bahawa kita ada Dia. Tidak kita sedar bahawa kita masih mampu untuk tabah kerana kekuatan-Nya. Tetapi kita tidak mendekati-Nya. Sedikit pun tidak mengingati-Nya. Bayangkan, Dia meninggalkan kita, berpaling dan tidak lagi mahu menghadap wajah kita.
“Berkata mereka, Wahai Rabb, kenapa kau membangkitkan aku dalam keadaan buta? Sedangkan aku di dunia dahulu dapat melihat?”
“Berkata(Allah), sebagaimana ketika datangnya ayat-ayat Kami dan kau melupakannya(tidak mengendahkannya), maka begitulah pada hari ini(hari kiamat yang dasyat) kau dilupakan(oleh Allah)” Surah Toha, ayat 125-126.
Dengan siapa pula kita mahu bergantung jika Dia berpaling daripada kita? Dengan siapa kita mahu meminta jika Dia tidak mengendahkan kita?

Tanpamu, tanpaMu
ditinggalkanmu,
aku masih punya harap.
untukmu, pasti punya ganti bagiku
walau dunia kecil seketika
tetap nyawa itu masih berharga

ditinggalkanMu,
gelap seluruh dunia putus segala harapanku
untukMu tiada wujud ganti
walau dunia seluas semesta
tetap rasa sempit seakan tiada esoknya

tanpamu, aku tetap meneruskan hidup
bersama luka yang terpahat
aku mampu meneruskan perjalanan
walau pahit berselirat,
hingga tiba waktu sakarat

tanpaMu, aku suka memilih kematian
kerna tiada ertinya kehidupan
tanpa redha kasihMu wahai Pencipta Insan
takkanku mampu meneruskan permusafiran
walau nyawa panjang berlimpah kegemilangan

tidak mengapa ditinggalkanmu,
kerna aku bisa lagi punya harapan walau tanpamu.
Tetapi ditinggalkanMu,
tersepit aku di hujung dunia
kerna segalanya menjadi kelam tanpaMu wahai Yang Esa.

Kau kekuatanku
Kau sumber kasih sayangku
Kau nyalaan harapanku
kepadaMu aku bergayut
melutut melukut merayu
ditinggalkanMu adalah mimpi burukku,
tanpa redhaMu, hilanglah makna kewujudanku.
credit to; ms.langitilahi.com

p/s; mood baca blog manusia : excellent
       mood menulis entry blog : argh!
       maafkan saya, nanti saya update blog ni ya? huhuhu

Tuesday, March 30, 2010

Sendiri..

 
Adakah sendiri itu lebih baik ?
Manakah kau wahai SAHABAT?
huhuhuhuhu....

senyumku itu

takkan difahami pembenci

takkan mampu diteka pencela

jauh sekali dierti pencari kesalahan diri



senyumku itu

sedikit sahaja memahami

amat kurang yang menghargai

kerana berapa ramai sahaja yang mendalami



senyumku itu

pendamai diriku

penyembunyi dukaku

penghilang nestapaku

membuatkan aku terus berdiri

walau luka beribu di hati



yang tidak mengerti tidak kupinta perhatiannya

yang memahami tidak kupanggil pengorbanannya



biar aku dengan senyumanku

bahagia walau sendiri di hujung dunia.
credit to;
ms.langitilahi.com

Monday, March 29, 2010

Adilkah ?

Bawa aku pergi, tolonglah..
Adakah sifat adil pada manusia?
Sungguh!
Saya tidak nampak..
Saya tidak nampak mana2 keadilan dalam hidup ini. Adil dalam berkeluarga. Adil dalam persahabatan. Adil dalam perhubungan. Adil dalam perniagaan. Adil dalam pembelajaran. Adil dalam organisasi. Adil dalam politik. TIDAK!
Saya tidak nampak adil itu.

Sebenarnya, hati saya sudah diremuk. Diremuk akibat keadilan yang tiada dalam diri manusia juga pada saya sendiri. Saya rasa tidak cukup atas banyak benda. Saya rasa gusar atas banyak perkara. Rasa putus asa dalam musibah. Allah..
Adakah aku bukan hamba yang bersyukur ?
Meski, Saya selalu dibelai Allah dalam solat, rasa disayangi ketika membaca quran serta tafsirnya saya teliti. Saya rasa dicintai olehNya ketika ujian datang, namun, kebergantungan saya pada Allah masih bukan 100% saya kira. Allah, kenapa mesti ada kebergantungan aku pada makhluk tanah selainMu? Tolong Allah,
buangkan dunia dari hatiku, lingkarilah akhirat dalam sanubariku, agar tidak aku rasa goyah, resah dan gelisah, atas sifat manusia yang tak kan pernah sempurna..

Ketika ujian Allah mendatang, di hati saya ada terlintas,
"kalaulah aku boleh pilih nak jadi manusia atau binatang, aku nak jadi binatang, sebab, kalau jadi binatang, boleh makan atau bunuh ja binatang lain kalau tak puas hati, kalau jadi manusia, susah nak selesai masalah!"

Lihatlah, sampai begitu sekali lemahnya manusia bernama fatimah ni, sampai pernah saya terfikir begitu, kerana kebergantungan saya pada Allah tidak 100%. Lemahnya saya tika ujian Allah berikan. Allah.. Maafkan aku.. Aku bersyukur menjadi manusia. Aku akan cuba yang terbaik untuk membawa amanahMu ini, kerana inilah yang terbaik yang telah Engkau tetapkan buatku~
Ampuni aku Allah..

Pada saya, adil hanya ada pada Allah. MAHA ADIL. tiada adil selain Dia. Tiada selain Dia.
Allah, tolong.. hanya redha Engkau aku damba, hanya cinta Engkau aku pinta, buangkan dunia dari hatiku, agar dunia mampu aku tawan, bukan aku ditawan. Tolong Allah, kabulkan permintaanku ini~
aminn..

Persahabatan, memang mampu membunuhku.. huhuhuhu

p/s: TOLONG doakan saya manusia tanah, moga saya kuat!

Sunday, March 28, 2010

Hargailah..

Mencari arah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur setingginya hanya kepada Tuhan sekalian alam, Allah, atas nikmat iman, islam, kesihatan, kehidupan, dan segalanya. Alhamdulillah hanya kepadaMu, ALLAH!

Semakin hari, saya semakin rasakan, umur saya semakin pendek..
Pendek untuk memperbanyakkan amalan, singkat untuk menepati janji2 yang masih banyak, kurang untuk berjasa pada islam, dan kekangan masa untuk mencapai redhaNya..
Saya takut, kalau2 saya mati dalam keadaan munafik, Allah x redha saya, saya takut.
Entah kenapa, tahun ni saya rasakan masa sangat singkat. Masa berlalu bagaikan air. Mengalir dengan deras. Tak sempat saya perbuat apa2. Saya takut, saya tidak dapat perbuat apa2 untuk islam.
Ya Allah, tenangkan aku~

Sem ni,
sejujurnya, saya dapat rasakan betapa Allah uji saya sesungguh2nya. hampir setiap hari saya menangis. Saya rasakan bagai ujian yang Allah berikan itu tidak mampu saya tanggung. padahal, Allah ada berfirman,

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
surah Al-Baqarah: 286

Sejujurnya, saya amat bz sem ni. Mungkin dengan jawatan yang saya sandang di Kolej. Kadang2 saya rasa ujian Allah itu bagaikan beban. Nauzubillah, sedangkan ujian itu semua tanda kasih sayang Allah pada saya. Dan saya sangat bersyukur dengan ke"bz"an saya sekarang ni, kerana, dengan mem"bz"kan diri dengan kerja2 islamlah yang membuatkan saya terasa bagai dunia itu mampu saya pegang, saya control, agar tidak dunia mengawal saya. Saya teringat kata2 seorang senior saya di MATRI,
"fatimah, jika kita tidak sibukkan diri kita dengan islam, diri yang lalai ini pasti akan sibukkan kita dengan dunia"
 Kata2 itu, masih tergiang2 di telinga saya. Dan hikmah yang paling saya nampak apabila saya bz ni, saya lebih menghargai masa yang saya ada, saya kurang membuang masa (mungkin), kurang borak2 kosong (ye ke?), kurang mengadap komputer (huh ?), kurang tidur (err ?), semuanya kurang.. Atas kekurangan inilah yang membuatkan saya makin rasa syukur kpd Allah, kerana nikmat masa itu saya hargai sebaiknya,
ya,
SEBAIKNYA~

P/s: Doakan saya sahabat!

Sunday, February 21, 2010

Cukuplah mati itu sebagai peringatan..


kematian itu pasti..

Sejak awal pagi, henset saya bergetar dimasuki SMS. Saya bangun agak lewat , sekitar jam 9 kerana tidur pada selewat jam 4 pagi semalam, (lepas subuh tidur balik. huhu). Ketika bangunnya dari tidur, ada 3 msg dan 1 misscall dari ika. Saya nak reply, tapi kredit zero sen. So saya mandi dulu lepastu terus keluar sebab nak ambil adek saya di matri. Sedang saya memandu, tiba2 henset saya bergetar menandakan sms masuk. Butang read terus saya tekan..

" Slm, adik ika/zulaikha, siti fatimah binti annuar 15 thn, disahkan meninggal jam 10.25 pg td. Mohon korg sedekahkan al-fatihah kpd arwah. Semoga dia dtmptkn brsama2 org2 yg soleh dan soleha. Amin.."
Siti Fatimah bt Annuar ?
Gulp! Innalillahiwainnailaihirojiunn~
Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT jugalah kita semua pasti akan kembali buat selama-lamanya…
Speechless. Saya seolah2 mati akal, bisu seketika. 
Hati saya terdetik,
"kalau yang mati itu aku macam mana ? adakah aku dah bersedia untuk menghadapinya?"
 “ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” Surah An-Nahl ayat 61
Baru semalam saya msg dengan ika perihal adiknya. Ya, memang adik dia dah nazak dari semalam. Tapi, siapa duga insan yg disayangi, tiba2 pergi meninnggalkan kita buat selamanya? Sungguh! Allah bisa mengambil apa yg Dia mahu kapan waktu~
Firman Allah,
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Dan seharusnya kita yang masih hidup di bumi Allah ni, beringat, dan bersyukur kerana orang2 yg kita sayang masih ada di sisi kita, zahirkan rasa sayang itu, biar mereka tahu, kita sangat menghargai dan menyayangi mereka. Manalah tahu, Allah ambil mereka tiba2, kerana kematian itu bila2 saja boleh terjadi.
 Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Surah Ali-Imran ayat 185.
Bermain di fikiran saya, tentang keluarga arwah. "Kuatkah mereka untuk harungi ujian ini? Kehilangan insan tersayang setelah 15 tahun hidup sebumbung, makan semeja, tidur sekatil.. Ya Allah, besar sungguh ujian ini, moga keluarga arwah tabah dan sabar.. huhuhuhu" Maka bersedihlah seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepada ALLAH SWT. Tabahkan diri ya ika!
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" surah Al-Baqarah: 286
Ya, keluarga arwah mampu menghadapinya, insyAllah, Allah jugalah yang maha mengetahui sesuatu yg terbaik buat mereka.
“ …. Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu, dan boleh jadi perkara yang kamu sukai itu buruk bagi kamu. Dan ALLAH itu Maha Mengetahui, dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.       
Mati, 
Takut. Memang menakutkan.. 
Teringat saya ketika kematian abah, saat itu, dunia terasa gelap. Saya menangis dan menangis. Tak tertahan rasanya kehilangan abah pada usia seawal 10 tahun. Sakit, memang sakit. Namun, saya amatlah bersyukur kerana masih punya ummi yang amat memahami, tabah, penyabar, penyayang, dia ibu, dia bapa. Saya sangat2 bersyukur. Saya harap, Allah tak ambil orang2 yang saya sayang saat saya masih merangkak ini dan saat ketidak bersedian saya, saya butuh mereka, mereka tulang saya, mereka sayap saya..
Saya sayang Ummi, ahli keluarga saya, teman, kawan, sahabat, dan kamu yg pasti~
Saya tidak mahu cakap panjang.Cuma, saya rasa yang kasih sayang Allah itu terlalu banyak buat saya sampai tak terhitung. Allah tunjukkan saya kematian supaya saya sentiasa beringat akan nikmat hidup dunia yang sementara ini boleh ditarik bila2 masa saja. Moga ladang dunia ini mampu saya semai sebanyak banyaknya untuk dituai di akhirat nanti.
“ Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya” Al-Hadith
Semoga arwah siti fatimah annuar ditempatkan bersama para  a'limin..
Layangkanlah sebanyak2nya doa, moga dia selamat di alam 'sana'..

P/S:
Saya masih terkedu. Siti Fatimah Annuar? Siti Fatimah Adnan ? hum..
        Moga Amanah kesihatan dan kehidupan ini mampu saya pelihara sebaiknya. 
        Jika ajal saya seterusnya, moga saya dapat siapkan bekal sebanyakkan sebagai bekalan di "bumi" sana..

Sunday, January 31, 2010

Test dan Quiz~

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk menghirup udara iman dan islam pada hari ini dan selamanya insyAllah..

Saya masih di UiTM. InsyAllah next week pada hari rabu saya ada quiz fizik dan test plant pathology..
Saya mohon doa kalian. Mohon doakan saya agar saya dapat buat sehabis baik test dan quiz ini semata matanya kerana Allah dan buat islam tercinta. Saya harap saya kuat untuk membawa subjek ini dengan jayanya kerana Allah. Saya harap ini bukan omong kosong atau omongan yang tak bermakna yang hanya saya katakan di lidah semata mata. Saya harap saya dapat aplikasikannya. Buat yang terbaiknyaaa..
ya. Sehabis baik!


Sungguh!
Biarpun hanya quiz dan test, debaran dan cabaran yang saya rasa seperti final exam. Entah la kenapa.
Susah sangat saya rasa. Tapi tiap kali terasanya susah di hati saya, ada saja benda yang menyenangkan yang Allah berikan kepada saya. Mesti ada. Allah memang dengar luahan hati saya. Rasa cinta saya pada Allah makin hari makin membuak. Allah..Moga rasa cinta ini mekar selamanya..

p/s; Sahabat, kawan, teman, rakan..
      Saya mohon doa kalian. Dan saya harap, kalian sentiasa menyokong saya dari belakang.
      Kerana kalian adalah tulang belakang saya~
      Uhibbukifillah jiddan !

Tuesday, January 12, 2010

Topup.

Assalamualaikum..,

Alhamdulillah Allah masih beri saya ksempatan untuk mengisi kekosongan blog ni buat kali ini, Alhamdulillah.

Saya, masih berada di UiTM. Saya, agak bz skarang. Banyak kerja2 yang saya harus bereskan. Tapi saya curi2 masa juga untuk topup entry di blog usang ini.

Saya punya banyak cerita. Tapi saya x punya masa untuk cakap panjang.
Cukuplah saya katakan di sini bahawa, saya baik2 saja. Saya hanya perlukan doa dari kalian semua. Doakan agar saya tidak hanyut ditelan kehalusan jahiliyah. Doakan agar saya terus kuat di jalan Dakwah & tarbiyah. Doakan agar saya terus menerus menegakkan kalimah Lailahaillah.. Doakan agar iman saya lebih baik dari semalam. Doakan saya agar saya terus kuat melakukan kerja2 islam..
Tolong doakan saya..

Doakan saya sahabat,
Moga Allah redhai kita semua~