Tanah merah itu aku pijak lagi,
Tanah yg mana berbau tanah,
Busuk dan hina..
Tanah yg mencantum kulit melilit tubuh manusia..
Sungguh..
Aku terasa hina..
Tanah itu aku pijak lagi mencari arah dibumi ini,
Tanpa aku sedar betapa hina aku manusia tanah yg menghentam tanah setiap hari,
Aku umpama menindas diriku sendiri,
Tanah dan manusia,
Sangat sinonim,
Tiada pisah manusia dan tanah,
Namun manusia masih angkuh berjalan di atas bumi,
Tanpa sedar ada yg Teratas memandang dia,
24 jam sehari tanpa tinggal,
dan manusia itu tegar melangkah menuju jalan tak berarah,
yang tanah itu menjadi bukti telapak kaki bergerak ke mana,
halal atau haram,
Suci atau hina,
Destinasi itu,
Dia diatas melihat segala..
Dan berjalan lagi manusia,
Angkuh tanpa mengingatiNya,
Lidah lincah menari mengatur tari rentak music tah apa-apa,
Ya dia manusia lupa,
Manusia tanah tak sedar diri,
manusia tanah busuk dan kotor..
Hai kau manusia,
Sedarlah diri,
Kelak kau akan dipanggil Ilahi,
Berada di dalam tanah seorang diri,
Sepi, gelap, sunyi,
Ditemani malaikat menyoal diri,
Apa kau bersedia membela diri?
Monday, August 16, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan kareem (:
Ramadhan, madrasah menyucikan diri..
Ramadhan datang lagi..
Moga Allah sampaikan aku pada penghujung Ramadhan agar hati ini bisa dicuci dari noda hitam ukiran dunia..
Allah,
Maafkanlah bila hati tak sempurna MencintaiMU,
Dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertahta..
Akan aku tahtakan Kau dalam hati lemahku ini inshAllah..
Moga Ramadhan kali ini menjadi lonjakan amalan yang bisa aku istiqomah hingga ke akhirnya..
Bersama aku kau sahabat yg bisa menguatkan kakiku menuju redha Ilahi..
Allah, kuatkan aku, kuatkan aku!
Monday, August 9, 2010
Saturday, August 7, 2010
Wednesday, August 4, 2010
Kakiku tempang..
Mampukah aku terbang tanpa sayap jua berkaki tempang?
Tidak aku impikan sahabat segagah Umar Al-Khatab,
Kerana aku bukan selembut kasih Abu bakar As-Siddiq,
Bukan jua bak Hamzah yang tegar dalam perjuangan,
Yang mampu mengharung ranjau hidup dengan pengangan kalimah Lailahaillah..
Aku hanya manusia berdosa yang mengejar angin terbang,
Tidak ku lihat dengan mata,
Tapi aku punya rasa..
Oh kau manusia,
Berapa kali mahu aku kata,
Kau manusia yg aku cinta,
menjadi Mata buatku yg buta,
Menjadi kaki buatku yg tempang,
Menjadi sayap buatku terbang..
Apa aku bukan hamba bersyukur yg melangar aturan tuhan?
Aku tidak ingin banyak hanya itu,
Itu yg aku pinta,
Cinta dan kasih dari hamba tak sempurna,
Dari hamba bergelar sahabat untuk buatku terjaga,
Dari lena panjang gelapnya dunia,
Yang bisa melambung aku ke neraka,
Aku buntu kau menegurku,
Aku buntu kau baiki silapku,
Aku buntu kau membetulkan kataku,
Sungguh! aku butuh kamu..
Kau manusia berdosa,
Kau jua manusia tak sempurna,
Jua aku manusia alpa,
Bukankah kita sama?
Penuhi kekuranganku dengan kelebihanmu,
Penuhi kegelapan hidupku dengan cahaya dariMu melaluimu,
Kerana Allah ciptakan manusia harus berukhwah,
Bukan seorang menangung susah..
Sahabat,
Ana uhibbukifillah!
Jangan takut jangan sedih, Allah bersama kita..
Mengintai kau suka, aku turut bahagia..
Hati jangan luluh,
Jiwa jangan sakit,
Jasad jangan lemah..
Setiap persahabatan ada ujiannya,
Setiap milik kita akan diambil kerana semuanya hanya pinjaman semata,
Maka bersedialah dan redhailah,
Kasih sayang Allah itulah yg kekal selamanya,
Dan pengorbanan itu asam,
Kesakitan itu garam,
Yang hanya akan sembuh setelah dilapah,
Setelah ditambah sedikit gula kehidupan,
Yang hanya bisa dirasai bagi menusia yg bersyukur,
Bagi mereka yang berfikir,
Bagi mereka yang berakal..
Oh jangan bersedih,
Mereka tak faham jua tak cuba memahami,
Mereka tidak salah lagi tak berdosa,
Yang harus dimuhasabah itu diri,
Jangan mengharap pada yg lain untuk mengisi,
Kerana sahabat itu bukan untuk mengisi kekosongan hati,
Tapi mengisi kekurangan diri..
Hai diri,
Laa takhaf wa laa tahzan inna Allahu ma`ana..
Faham.
Oh, Aku sudah faham.
Banyak rupanya salah faham dalam hati.
Ya, betul kata kakak, juga sahabat,
Pergantungan hanya pada Allah bukan pada manusia,
Manusia hanya makhluk perantara yg leka lagi tak sempurna,
Semua kesempurnaan hanya pada Dia,
Ya, Aku sudah faham.
Oh,
Rupanya air oren selama ini dibancuh orang lain,
Rupanya lipat baju salama ini juga bukan dia,
Oh, aku silap.
Oh, aku salah.
Hati, maaflah, tersilap duga, tersalah sangka..
Oh, aku dah faham.
Aku rupanya tidak punya siapa,
Aku rupanya hanya dipandang sebelah mata,
Aku rupanya hanya pandai2 perasaan saja.
Oh, aku sudah faham.
Allah,
Hanya kau yg aku punya,
Yang kekal sampai bila bila.
Allah,
Jaga aku, lindungi aku, pelihara aku,
Hanya Kau tempat pergantunganku~
Tuesday, August 3, 2010
Sabar sabar sabar..
"Sesiapa yg mencintai Allah, pasti semakin sunyi dengan manusia,
Ditengah keramaian dia merasa keseorangan, saat kesukaan dia berduka,
jika orang tertawa dia menangis, jasadnya dengan manusia, hatinya kepada Allah.
Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman. Mereka tetap berhati teguh di kala insan lain mengalami kegoncangan"
Sayyid Qutb-
p/s : Buat kau sahabat yg sedang berhati cuka, berjiwa luka, sabarlah..
Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang2 yg bersabar..
Monday, August 2, 2010
;)
"Eh, kenapa monyok ni? Putus cinta ke?"
Senyuman mengaris..
"Tak ada apa pon, hati ja kurang tenang,
enti ada resepi nak bahagiakan hati yang gundah tak ?"
Garu garu kepala..
"Enti ada masalah hati ke? Hum, masalah hati ni,boleh dirawat oleh Si Pencipta hati ja.. Enti tau tak siapa?"
"0h, Allah ya?"
"Ya, Hanya dengan connect dengan DIA, hati kita akan dirawat.."
"Ana sebenarnya, rindukan biah solehah macam dulu, barulah rasa tenang sikit, sekarang ni, kat sini, jahilliah sana sini, sikit-sikit hati ana kena jait, ana takot hati ana lama lama jadi hitam"
"Jagalah Allah sahabatku, InsyAllah, Allah akan menjagamu, menjaga hatimu.. Hati itu, tahta di hatimu itu, tidak boleh dikongsi siapa, hanya Allah, dikalbumu itu sahabat.."
"Ana cuba.. Enti, doakan ana kuat ya? Ana takut, ana tersungkur.. Ana butuh sahabat untuk menjadi tongkat buat ana yg tempang ni.."
Mata macam nak betakung..
Peluk..
"Ana ada, sentiasa buat enti.. tapi ingatlah, Allah, sentiasa, every second, tiap detik, tak pernah lepas pandang pada enti.. Yakinlah dengan Allah yg sentiasa bersama hambanya.."
"insyAllah, ana uhibbukifillah ya sohabati.."
"Wa ana aidhan.. Uhibbukifillah! "
-Allah, peliharalah ukhuwah ini, rantaian ini, agar aku dan dia, menjadi penegak SyahadahMu, sampai akhir nanti..-
Senyuman mengaris..
"Tak ada apa pon, hati ja kurang tenang,
enti ada resepi nak bahagiakan hati yang gundah tak ?"
Garu garu kepala..
"Enti ada masalah hati ke? Hum, masalah hati ni,boleh dirawat oleh Si Pencipta hati ja.. Enti tau tak siapa?"
"0h, Allah ya?"
"Ya, Hanya dengan connect dengan DIA, hati kita akan dirawat.."
"Ana sebenarnya, rindukan biah solehah macam dulu, barulah rasa tenang sikit, sekarang ni, kat sini, jahilliah sana sini, sikit-sikit hati ana kena jait, ana takot hati ana lama lama jadi hitam"
"Jagalah Allah sahabatku, InsyAllah, Allah akan menjagamu, menjaga hatimu.. Hati itu, tahta di hatimu itu, tidak boleh dikongsi siapa, hanya Allah, dikalbumu itu sahabat.."
"Ana cuba.. Enti, doakan ana kuat ya? Ana takut, ana tersungkur.. Ana butuh sahabat untuk menjadi tongkat buat ana yg tempang ni.."
Mata macam nak betakung..
Peluk..
"Ana ada, sentiasa buat enti.. tapi ingatlah, Allah, sentiasa, every second, tiap detik, tak pernah lepas pandang pada enti.. Yakinlah dengan Allah yg sentiasa bersama hambanya.."
"insyAllah, ana uhibbukifillah ya sohabati.."
"Wa ana aidhan.. Uhibbukifillah! "
-Allah, peliharalah ukhuwah ini, rantaian ini, agar aku dan dia, menjadi penegak SyahadahMu, sampai akhir nanti..-
Thursday, July 29, 2010
Pelangi..
Kesenangan itu, selepas pahitnya kesusahan..
Jika kesusahan adalah hujan,
Dan kebahagiaan adalah mentari,
Kita tetap membutuhkan keduanya,
Untuk Melihat indahnya pelangi..
Dan kebahagiaan adalah mentari,
Kita tetap membutuhkan keduanya,
Untuk Melihat indahnya pelangi..
Allah..
Sinar pasti ada buat yang yakin denganNya..
“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.
Wednesday, July 28, 2010
Sahabat itu, bagaimana ?
Tiada batas waktu..
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
Credit tooo ;
Khalil Gibran by Qalam Khairunnisa (:
Tuesday, July 27, 2010
Hati beku ?
Tenang, sungguh tenang..
Hati ini,
Mungkin sudah beku dengan ujian dunia,
Sudah lali dengan gaya manusia,
Atau sudah pergi jauh dari alam nyata..
Hati ini,
Mungkin sudah tiada nama manusia,
Oh, mungkin sementara?
Atau akan menjejak kebiasaan?
Hati, sungguh aku tahu kau raja segala anggota,
Maka hati, tekadlah..
Allah,
Inikah tanda Kau mengambil hati ini untuk dipelihara?
Sungguh aku bersyukur,
Biar Kau teratas dalam tahta hati ini,
Biar tiada siapa apa apa bisa berkongsi,
Agar aku hanya merasa aku punya Kau,
Satu satunya tempat pergantunganku,
Bukan pada manusia perantara,
Bukan pada makhluk dunia,
Aku dengan Kau,
Hanya aku dengan Kau,
Bukan dengan siapa,
Bukan dengan apa..
Dan sungguh,
Aku terasa tenang (:
Subscribe to:
Posts (Atom)
.






