Wednesday, August 4, 2010

Kakiku tempang..

Mampukah aku terbang tanpa sayap jua berkaki tempang?

Tidak aku impikan sahabat segagah Umar Al-Khatab,
Kerana aku bukan selembut kasih Abu bakar As-Siddiq,
Bukan jua bak Hamzah yang tegar dalam perjuangan,
Yang mampu mengharung ranjau hidup dengan pengangan kalimah Lailahaillah..

Aku hanya manusia berdosa yang mengejar angin terbang,
Tidak ku lihat dengan mata,
Tapi aku punya rasa..

Oh kau manusia,
Berapa kali mahu aku kata,
Kau manusia yg aku cinta,
menjadi Mata buatku yg buta,
Menjadi kaki buatku yg tempang,
Menjadi sayap buatku terbang..

Apa aku bukan hamba bersyukur yg melangar aturan tuhan?
Aku tidak ingin banyak hanya itu,
Itu yg aku pinta,
Cinta dan kasih dari hamba tak sempurna,
Dari hamba bergelar sahabat untuk buatku terjaga,
Dari lena panjang gelapnya dunia,
Yang bisa melambung aku ke neraka,
Aku buntu kau menegurku,
Aku buntu kau baiki silapku,
Aku buntu kau membetulkan kataku,
Sungguh! aku butuh kamu..

Kau manusia berdosa,
Kau jua manusia tak sempurna,
Jua aku manusia alpa,
Bukankah kita sama?

Penuhi kekuranganku dengan kelebihanmu,
Penuhi kegelapan hidupku dengan cahaya dariMu melaluimu,
Kerana Allah ciptakan manusia harus berukhwah,
Bukan seorang menangung susah..

Sahabat,
Ana uhibbukifillah!

2 comments:

admin.hasizu said...

insyaAllah Fatimah...seluas mana anti buka pintu harapan, seluas itu lah rahmat Allah akan menanungi kehidupan kita..

Fatimah Azahra said...

insyAllah..
Ameennn..
(: