Sunday, May 23, 2010

Tak aku sisih, cuma berdoa~

saya ingin hati yang baru,
saya ingin hati yang bersih, 
saya ingin hati yang suci dari bintik2 hitam yg ternoda..
tapi saya bukan maksum dari dosa,
namun akan saya cuba akan itu,
supaya Allah redha hidup saya..


Allah,
Ujian yang Kau berikan saban hari makin berat dirasai,
Seperti tiada esok buat diriku, semuanya terasa bagai mencalar sedikit demi sedikit nyawaku.
Allah,
Manusia diberikan hati dan perasaan untuk apa selain mencintaiMu ?
Aku seakan akan salah menembak cintaku,
PadaMu Allah, aku memohon kemaafan~


Hari demi hari di LKM perak terasa semakin berat untuk dilalui. Banyak sungguh kawan2 baru kat sini. Bila nak tidur ditemani nyamuk yang banyak, lebah, cengkerik, semut merah dan macam2 lagi. Tapi tu semua lah kemanisan kat sini. Kemanisan yang memarut di dalam ingatan. Terima kasih buat kawan kawan kat sini. Banyak perkara yang kami buat bersama yang membuatkan saya tak rasa keseorangan. Syukran kawan2! (:

Buat diri ini yang sentiasa lupa,
Suka untuk saya ingatkan kamu wahai Fatimah,
Kuatkanlah diri dalam menempuh tsunami ujian yang mendatang,
tahajud jangan tinggal, supaya ingatan kpd Allah bisa menguatkan,
kalau terasa hati dirasuk nafsu amarah,
Ingat pesan Rasulullah,
Jangan kamu marah, jangan kamu marah, dan jangan kamu marah~
Sekali lagi dingatkan,
Jangan kamu marah,
sesungguhnya Allah bersama orang2 yang bersabar~

Buat kau yang bernama mad'u,
Kau mungkin akan rasa tersisih,
Seperti aku buang dari hidupku,
tapi sesungguhnya,
Kau takkan pernah aku sisih,
Cuma aku lelah, Lelah!
Penat, Penat!
Letih, Letih!
Dalam usahaku aku seperti sudah letih dalam cubaan,
Penat dalam harapan,
Mati dalam ingatan..
Namun,
Sungguh!
Buatmu doa tak putus aku layangkan,
Supaya kau kuat dalam perubahan,
Supaya kau kuat dalam ujian,
Tanpa aku manusia sampingan,
Yang hanya sebagai barang pinjaman..
Aku sayang kau keranaNya,
Moga kita Ukhwah ini atas keimanan~


p/s: SAHABAT, doakan saya!

Monday, May 17, 2010

Sisih ?

Hold my hand sahabat..

Kau dan Aku,
Kau takkan pernah aku sisih,
Dan aku jangan pernah kau sisih,
Kerna janjiku pada Yang Esa aku pilih,
Kita sama sama berpimpin tangan ke Syurga,
Kalau neraka kau tuju,
Akan aku ke sana memaut tanganmu,
Agar kau sahabatku,
Bersama sama aku mengapai redhaNya hingga ke Syurga..

Moga ukhwah ini berada diatas landasan keimanan..

p/s: Istimewa buat sahabatku tersayang (:

Saturday, May 15, 2010

Syukur

Jangan pernah berhenti berdoa, berdoa dan berdoa padaNya..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah. Sekarang saya sudah berada di Perak. Bersama sama saya 3 orang rakan seperjuang saya di UiTM, Noorma, Hafizah, dan Mashanum. Saya senang bersama mereka.
Sebenarnya, di sini saya ingin kongsikan, betapa Allah itu tidak meninggalkan hamba hambaNya. Dan saya rasa akan itu.

Pada hari selasa, saya bersama 2 rakan saya, Mashanum dan Hafizah, kami bergerak sekali, dalam 1 kereta untuk ke Perak. Abang Mas bersama Ibunya mengiringi. Noorma bergerak sendiri bersama abangnya ke sana kerana rumahnya agak jauh dari kami. Sepanjang perjalanan, saya tidak berhenti berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan ke sana dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Allah mudahkan perjalanan kami meskipun beberapa kali SESAT tapi alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Hilir Perak, Perak.

Setibanya kami di sana, kami dikhabarkan bahawa kami tidak dapat tempat pengidapan. Dengan Maha Kasih Allah, Allah menyalurkan pertolongannya dengan menghantar seorang mak cik disitu. Makcik itu  menawarkan kami untuk tinggal dirumahnya buat sementara waktu. Kami tidak punya pilihan walaupun bagi kami, kami tidak mahu menyusahkan mak cik tersebut, tapi, kami terima tawarannya. Tinggalah kami berempat di rumah mak cik itu selama 3 hari 2 malam.
Makcik itu sangat baik. Masakannya sangat enak. Tiap pagi mak cik akan buat nasik lemak untuk dijual. Moga Allah murahkan rezeki makcik sekeluarga.

Pada hari khamis, kami dikejutkan dengan 1 berita. Kami dapat rumah untuk didiami. Alhamdulillah. Tak henti hati ini bertahmid mengucap syukur. Hanya Allah yang tahu betapa kami mensyukuri nikmat itu. Dan sesungguhnya, sepanjang saya berada di  Perak, tiap doa saya, hampir semuanya, Allah kabulkan. Saya merasa betapa saya tidak ditinggalkan. Allah bersama2 saya.

Rumah ini berada dalam kawasan LKM ( Lembaga Koko Malaysia) juga. Tidak jauh dari tempat kami praktikal. Tiap hari kami bekerja seawal jam 730 pagi sehingga 430 petang. Setiap yang kami kerjakan semuanya membuka minda kami dalam bidang ini. Dan saya terutamanya, sangat teruja dengan semua ini, kerana saya merupakan pengila choclate dan saya sangat excited dalam setiap apa yang dipelajari. Harapnya, suatu hari nanti, saya bisa punya ladang koko sendiri, supaya taklah saya membazir duit beli choclate hari2. Hee.

Orang Perak sangat baik lagi peramah. Bila jumpa ja mesti saling bertegur sapa. Kami lansung tidak rasa tersisih. Pada hari kami pindah rumah, ada seorang pakcik dan keluarganya membantu kami mengangkat barang, dan membawa kami membeli dapur gas memandangkan rumah kami tiada dapur gas untuk memasak. Sungguh, pertolongan Allah itu dekat. Segala urusan kami sangat Allah mudahkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Saya sangat bahagia di sini. Moga Allah merahmati semua yang telah membantu kami secara langsung mahupun tak langsung. Syukran Jiddan!

“Wahai orang yang beriman, Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu urusan kamu, dan mengkuhkan kaki-kaki kamu” Surah Muhammad, ayat 7.  

Wahai sahabat2ku, doakan saya disini. Semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah dijalanNya. Dan Semoga kalian menggunakan masa sebaiknya sepanjang cuti sem ini.

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.

Semoga kita tidak tergolong dalam orang2 yang rugi...

Monday, May 10, 2010

Practical?

Warna warna cinta..

Hari ini, seharian saya berada di rumah. Melepaskan rindu yang sepuas puasnya bersama family tercinta. Esok pagi, saya akan bertolak ke Perak. Practical sem ni, saya buat d Lembaga Koko Malaysia, Perak. Jauh la pulak dari rumah. Tapi makin jauh, makin nikmat saya rasa. Dapat menyemai rindu banyak2 kemudian bila balik rumah, mesti lagi best. Kan? hee..

Rindunya kat kak ah. Dah hampir setahun dia berada di Kaherah, Mesir. Rindu nak gurau senda dengan dia, rindu menatap wajahnya, rindu nak sembang sembang dari hati ke hati dengan kakak, rindu nak menangis dengan kakak. Kakak! i really, really miss you! Harap Allah jaga akak kat sana. Allah hug u with love and much much care! Sayang kakak!

Buat teman2 seperjuangan UiTM, i miss you all. Sama2 lah kita tak payah cuti sem tapi pegii praktikal ok??
Sabaq2. Allah sayang tu.. Sebab tu Allah bagi kita jauh dengan family, supaya kita lebih bersyukur bila kita dapat jumpa family kita balik nanti .. kannn? (:

Buat teman2 yang tengah cuti sem. Manfaatkan cuti anda sebaiknya. jangan layan cita korea ja. Habis tak dak keja, maaii la rumah aku, tolong mak aku basuh pinggan ke, sidai kain ke, xpun jadi mak cik guard tak bergaji. Dapat jugak pahala dari layan cita korea+jepun tu! aeeshh...
Weh, nanti aku nak copy cerita2 tu taw. Stok nak p praktikal. Takot bosan dasyat pulak kat sana. Huuu~

Sunday, May 9, 2010

End.

Sendiri itu, bukanlah yang terbaik..
Dengan NamaNya, dimulakan segalanya~

Alhamdulillah. Sekarang saya berada di rumah. Dah habis Sem 2, part 2.. Sem yang saya kira sangat banyak mengajar saya dari pelbagai sudut. Pada sem ini jugalah saya diangkat sebagai JPK kolej. Hidup saya menampakkan perubahan selepas itu. Masa saya sangat pack, study saya agak celaru, persahabatan saya juga kurang erat. Saya tidak meminta semua itu, tapi, Ujian Allah tanda kasih sayangNya. Saya cuba dan cuba menguatkan semangat. Hampir setiap hari saya menangis, merintih, merayu pada Ilahi, diberikan kekuatan & berdoa agar kawan2 saya, faham keadaan saya yang tidak meminta untuk memBZkan diri ketika itu. Mungkin mereka rasa ditinggal, tidak diendahkan ketika itu kerana banyak masa saya penuh dengan aktiviti lain, bukan bersama mereka lagi seperti ketika part 1.

Saya lemah. Kerana pada saya, kawan2 & sahabat itu kekuatan saya untuk terus berjuang,. Sedang mereka kurang faham kondisi saya ketika itu. Saya seperti disisih. Hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati saya.
namun, lama kelamaan, Allah bukakan hati mereka, mereka seolah2 mengerti keadaan saya yg BZ ketika itu bukan keinginan saya. Saya sangat bersyukur. Sangat2 bersyukur. Sangat2 bersyukur. Dan kekuatan saya seperti diCharge kembali. Alhamdulillah.

Mentari tak selalunya indah, hari tak selalunya terang, Allah jugalah merupakan sebaik2 perancang.
Suatu hari seorang senior ingin berjumpa dengan saya. Saya ceritakan masalah saya yang berbau ala2 nak letak jawatan sebagai JPK kolej ketika itu. Lain yang saya rancang, Allah susunkan yang terbaik buat saya. Saya luahkan rasa sedih saya pada kakak tersebut. Lalu, kata2nya seperti membakar semangat saya. Katanya, kalau kita bawa islam, tak mustahil satu hari nanti kita akan kehilangan keluarga, KAWAN2, sahabat, harta dan sebagainya. Ini kerana, keadaan islam yang kembali dagang, tidak semua orang faham dan terima islam itu sendiri. Saya faham. Saya terima. Saya mula mengerti, hikmah ujian2 yang Allah beri buat saya selama ini. Dan saya bersyukur untuk itu.

Maqosid syariah, dimanakah kepentingan kita terhadap islam hari ini?


1. Hifdh Al din (agama)
2. Hifdh Al nafs (nyawa)
3. Hifdh Al nasl (keturunan)
4. Hifdh Al aql (akal)
5. Hifdh Al maal (harta)


Yang paling penting agama yang kita bawa. Kemudian nyawa kita pertahankan. Selepas itu, keturunan kita jaga, akal yang sihat itu perlu, dan yang terakhir, harta.

Kawan2 itu, yang keberapa? Dimakah kepentingan kawan2 dalam membawa islam ?
huhuhu..

Dengarlah duhai sahabat, teman serta kawan2ku~
Im just a servant of Allah yang tak pernah lari dari apa2 kesilapan mahupun kecik apatah lagi besar. Saya manusia, bukanlah nabi yang tak punya dosa. Pada saya, kalian merupakan nadi saya, tanpa kalian, saya seperti mayat yang hidup seperti zombi. Saya cuma berharap, walau apa pun yang saya lakukan selagi tak melanggar syariat islam, sokonglah saya, papah saya kalau saya jatuh. Tegur saya kalau saya salah. Saya buntu kalian. Kerana manusia macam saya, terlalu banyak silapnya untuk dibiar keseorangan, tanpa teman disisi, yang sedia memberi, memberi tunjuk ajar, saling lengkap melengkapi, agar kita sama2 berpimpin tangan kesyurga, dalam redhaNya.

Doakan saya, sahabat!

Friday, April 30, 2010

Final Mania~

Belajar, dan terus belajar..
Final Exams Paper~

CTU dah habis ,
Bel? bye bye,
Fizik dah black out,
Landscape on the way,
Chemisty coming soon,
Pathology last...

Huh, hidup sebagai student tak lari dari study kan ?
tapi..
Kenapa manusia selalu lari dari menjadi hamba yang sebenar kepada Ilahi ??

Monday, April 19, 2010

Compound?

Aadakah ikatan itu suci ?

Dingin
Sedingin air yang membeku,
Sedingin angin berlarun lembut

Dingin
Antara manusia dengan manusia
Pastinya ada yang ketiga
Yang sentiasa cuba untuk mencuka
Kala ukhwah Islamiyah tercipta

Namun engkau tetap angkuh
Atau aku yang binasa
Antara ukhwah atau ego
Hasutan syaitan jadi jaguh

Persahabatan itu bisa menjadi sekuat ikatan ionic,
Persahabatan itu bisa menjadi selemah ikatan covelent
Antara syurga atau neraka
Kenapa mesti kita pilih neraka ?

Tolong Allah,
Bukakan hati,
Satukan jiwa,
Ikatkan hati,
Lapangkan dada,
Agar aku dan dia,
Kembali bertaut,
Sebagai sahabat,
Dalam redhaNya~


Jalan itu, penuh liku~

Yang lurus itu berliku~
Dengan nama Allah, moga hati2 yang membaca kembali bertaut keranaNya..

Hidup ini, penuh pancaroba, onak duri yang berliku, nakkan jalan yang lurus, pastinya ditabur duri2, kaca yang penuh bisa, yang mungkin sekali dapat mengoyak hati2 yang masih lemah mengikat janji setia pada penciptaNya..
Kalaulah jalan ini dibentang carpet merah, dilayang dengan kesenangan yang tak sudah, pasti ramai yang meneruskan perjalanan dengan istiqomahnya di jalan ini.
Tidak, jalan menuju redhaNya bukan begitu.

Namun, hidup tak seindah apa yang diidamkan jika segalanya hanya berlandaskan kecintaan dunia semata2, hidup akan lebih bahagia jika keredhaan Allah yang kita damba. Segala pahit manis, susah senang, kita redha kerana keredhaan Allah pujaan kita, dambaan kita, bukan redha manusia, bukan perhatian manusia yang kita mahu.
Ujian persahabatan dirasakan semanis kurma, Ujian kewangan dirasakan secantik bunga, ujian pemelajaran dirasakan seindah alam, segalanya indah jika tahap keredhaan kita pada Allah tinggi, melebihi segalanya. Tawakal kita pada Allah sehebat saidina Ali yang mengantikan tempat tidur Rasul Allah ketika mana kaum quraish mengepung rumah baginda. Ketaatan pada Rasulullah, tawakal Saidina Ali pada Allah yang begitu tinggi, yang tak goyah akibat dunia yang tak sehebat mana. MasyAllah, mampukah kita sehebat itu ?
Di zaman yang penuh jahiliah yang sentiasa menipu?
Bersama dunia yang tak pernah sudah mengoda?
Mampukah kita ?

Saya, dengan kata2 saya ini, sebenarnya khas buat diri saya, Saya, sangat mudah lemah akibat ujian dunia yang tah apa2. Ujian dengan manusia seringkali buat saya mengalirkan air mata, Saya sangat2 lemah. Saya seringkali mengadu pada Allah, agar diberi kekuatan sehebat panglima perang di zaman Rasulullah yang sentiasa kuat akibat kuatnya ikatan ukhwah dan ketaatan pada Allah serta RasulNya. Saya mahu sekuat Fatimah anak Rasulullah yang sungguh tabah dan redha setelah kehilangan ayahdanya yang tercinta, insan yang sangat mulia. Sungguh! saya mahu sehebat itu. Hati secekal itu, jiwa segagah itu.

Tolong doakan saya sahabat, moga Allah campak hati itu buat saya, saya akan berusaha kearah itu, moga usaha saya dalam redhaNya..

p/s; Entry ni untuk peringatan bersama :)
huhu

Friday, April 16, 2010

Tak payah baca~

please take me away from here.. 

Allah, tolong buangkan dunia dari hatiku !!
Saya memang manusia lemah~
huhuhu

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini   
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi 

p/s: Lirik Nasyid sahabat sejati by unic. 
wujud ke sahabat sejati ?

Thursday, April 15, 2010

Terbang..

Lari, bukan penyelesai masalah..

Allah, aku tahu ujianMu bisa datang setiap sudut, segenap penjuru. Allah, aku tahu ujianMu tanda aku mampu, tapi mengapakan aku rasakan hatiku kian hancur ? Adakah aku bukan hamba yg bersyukur?..
Allah, aku mahu terbang, sejauh mungkin, sepantas pantasnya, agar aku hanya berharap padaMu, bukan pada manusia, untuk terus hidup di bumi fana..

Puisi ni saya buat lama dah, time kat bilik study awal sem. Tiba2 rasa nak share, sebab saya memang mean it. I wanna fly, away from people.. Boleh x?


Aku mahu terbang,
Tinggal fizik, tinggal chemistry,
Pergi mengucup Abi,
Pergi mengadap Ilahi

Aku mahu terbang,
Bersama sepi membawa diri,
Namun dosa menggunung tinggi,
Bisakah bahagia nanti ?

Aku mahu terbang,
Tanpa dosa, tanpa noda,
Tapi aku manusia biasa,
Bukan Nabi kekasih Ilahi,
Bagaimana jika Jahannam kukunjungi ?

Aku mahu terbang,
Tapi biar mizanku ringan di bahagian kiri,
Berat kanan amalan suci,
Biar hutang tiada lagi,
Biar amanah laksana mungkin,
Mampukah aku terbang tinggi?

p/s: plis pray 4 me, can u? huhu

Friday, April 9, 2010

Sendiri..

Sesungguhnya Allah ada bersama-sama hambaNya..

Kenapa mesti rasa tidak dihargai? Sungguh, manusia hanya dapat mengejar kesempurnaan, tapi takkan pernah sempurna.
Allah, janganlah Engkau jauhkan pandanganMu dariku, cukuplah manusia mengoyak hatiku, asalkan Engkau ada denganku..

Sendiri
biar aku sendiri
biar aku terluka
semakin hari mencalar hati

Sendiri
pergilah kau wahai abdi
kerana aku mahu sendiri
melapangkan dada dengan Ilahi

Sendiri
kau xkan pernah memahami
kerana egomu memakan diri
biar aku sendiri
melayan kerenah dirimu lagi

Sendiri
biar sayangku Allah yg mengetahui
betapa kau aku sayangi
kerana Ilahi jambatan persahabatan ini terjalin

Sendiri
biar aku makan hati
biar kau makan pekerti
asalkan ukhwah ini masih berfungsi
sebagai tarbiyah dari Ilahi..

p/s: Feeling pulak pasal kawan2 & sahabat. huhu
Doakan saya sahabat!

Wednesday, April 7, 2010

syukurlah..

Senyuman itu, penawar duka


Ada orang cakap, dah 3 entry saya dok wat ayat sedih ja. Huhuhu, yelah, hari2 asyik sedih, tp syukur gak, sebab sedih tu la yang merapatkan lagi saya dengan Allah. Rasa nak nangis puas2 ngn Allah, rasa nak merintih sungguh2 ngn Allah. Bestnya.. Alhamdulillah, sekarang dah semakin baik kot kondisi hati saya. Even ada jugak sedih2nya tu, tp rasanya macam hati dah makin cekal, nampak semuanya pasti ada hikmah, nampak semuanya Allah dah susun secantiknya. Allah, terima kasih atas segalanya. Nikmatnya rasa ditarbiyah dengan ujianMu, thanks Allah ferr everything!

I seek refuge in You O Allah!

From a heart that is complacent

and from a mood that is not patient

I seek refuge in You O Allah!

From a soul that is not grateful

and from a thought that is not lawful

I seek refuge in You O Allah!

From a limb that is not humbled

and from conviction that begins to stumble


I seek refuge in You O Allah!

From hoarding every pence

and slowness in obedience


I seek refuge in You O Allah!

From love of material life

and from ignorance of Eternal life


I seek refuge in You O Allah!

From the trials of life and death

and from the punishment of the grave


I seek refuge in You O Allah!

From the trials of Ad-Dajjal

and from the torment of the blaze


Grant me wisdom, O Most High!

And understanding and strength


Grant me fortitude, O Magnificent!

And humility to repent


Grant me light, O Most Merciful!

To penetrate my heart


Grant me your Love O Creator!

For the Greatest Thou art.

p/s; Syukran pd sahabat yg banyak bagi semangat. Syukran kakak atas dorongan. Tmah dah kembali bersemangat, insyAllah (:
THANKS ALLaH!

Saturday, April 3, 2010

Ditinggalkan ?

Makhluk tanah, layak ditinggalkan..

Kita manusia, sering rasa sakit bila ditinggalkan manusia. Sering rasa kecewa dengan ketidak endahan manusia terhadap kita. Kita terlupa bahawa kita ada Dia. Tidak kita sedar bahawa kita masih mampu untuk tabah kerana kekuatan-Nya. Tetapi kita tidak mendekati-Nya. Sedikit pun tidak mengingati-Nya. Bayangkan, Dia meninggalkan kita, berpaling dan tidak lagi mahu menghadap wajah kita.
“Berkata mereka, Wahai Rabb, kenapa kau membangkitkan aku dalam keadaan buta? Sedangkan aku di dunia dahulu dapat melihat?”
“Berkata(Allah), sebagaimana ketika datangnya ayat-ayat Kami dan kau melupakannya(tidak mengendahkannya), maka begitulah pada hari ini(hari kiamat yang dasyat) kau dilupakan(oleh Allah)” Surah Toha, ayat 125-126.
Dengan siapa pula kita mahu bergantung jika Dia berpaling daripada kita? Dengan siapa kita mahu meminta jika Dia tidak mengendahkan kita?

Tanpamu, tanpaMu
ditinggalkanmu,
aku masih punya harap.
untukmu, pasti punya ganti bagiku
walau dunia kecil seketika
tetap nyawa itu masih berharga

ditinggalkanMu,
gelap seluruh dunia putus segala harapanku
untukMu tiada wujud ganti
walau dunia seluas semesta
tetap rasa sempit seakan tiada esoknya

tanpamu, aku tetap meneruskan hidup
bersama luka yang terpahat
aku mampu meneruskan perjalanan
walau pahit berselirat,
hingga tiba waktu sakarat

tanpaMu, aku suka memilih kematian
kerna tiada ertinya kehidupan
tanpa redha kasihMu wahai Pencipta Insan
takkanku mampu meneruskan permusafiran
walau nyawa panjang berlimpah kegemilangan

tidak mengapa ditinggalkanmu,
kerna aku bisa lagi punya harapan walau tanpamu.
Tetapi ditinggalkanMu,
tersepit aku di hujung dunia
kerna segalanya menjadi kelam tanpaMu wahai Yang Esa.

Kau kekuatanku
Kau sumber kasih sayangku
Kau nyalaan harapanku
kepadaMu aku bergayut
melutut melukut merayu
ditinggalkanMu adalah mimpi burukku,
tanpa redhaMu, hilanglah makna kewujudanku.
credit to; ms.langitilahi.com

p/s; mood baca blog manusia : excellent
       mood menulis entry blog : argh!
       maafkan saya, nanti saya update blog ni ya? huhuhu