Thursday, October 29, 2009

mohon doa~

syukur atas nikmat iman & islam buat hari ini dah selamanya, insyAllah~
minggu ini & minggu2 akan datang sehingga 12/11 saya akan menduduki final exam yang pertama2nya di UiTM..
mohon doa ya?
sebanyak mungkin...

Wednesday, October 21, 2009

hai hati, tenanglah..

salam ,
:28:
syukur atas segala nikmat yg Allah berikan hari ini & selamanya, Alhamdulillah..
:01:
sungguh! , hari ini hari yg meletihkan meskipun saya telah memonteng 2 kuliah ( bukan sengaja) huhu. ceritanya panjang, mulanya semalam saya sudah dilanda sakit kepala dan pening2. loya pon ada. tapi saya buat2 macam tak ada apa yg terjadi. akibatnya hari ini, selepas solat subuh pagi tadi , perut saya terasa sangat pedih, segala apa yang ada di dalam perut saya habis dimuntahkan keluar. kepala saya pening2 yang amat. Allah sahaja yg tahu betapa peritnya. saya tidak mempunyai selera makan, habis hilang. buku plant science saya ditolak tepi, , mood final exam saya tiba2 down. tiada ilmu dapat disedut hari ini akibat kepala saya yg kurang berfungsi. saya meluru ke kamar mandi. sesudah mandi, terus pitam, tp alhamdulillah, adik saya yg ada di rumah banyak membantu. subhanAllah, macam2 jadi harini. ummi nampak risau. ummi kata ummi akan pulang kerja awal untuk membawa saya ke klinik. saya akur. tepat jam 4 p.m ummi menjemputku, kami ke klinik ehsan, doc ismail sedia menanti. beliau memeriksa saya dengan teliti. setelah itu, dia berkata "um, tekanan darah sangat rendah, jantung adek ada masalah, xdapat berdenyut dengan baik, adek juga mengidap gastrik, mesti kurang makan ni.. "
:30:
gulp! macam serius ja.. ummi pon kata " jantung ? macam mana tu ? " doc ismail kata " ceritanya panjang, tp kena p hospital ni, baru tau punca2nya dan cerita mengenai jantung fatimah"
:17:
huh! xpenah pulak rasa macam ada penyakit teruk ni. tp redha ja, ujian itu kan kemanisan iman ? (:
Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu, dan boleh jadi juga perkara yang kamu sukai itu buruk untuk kamu dan ALLAH itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”(Ayat 216, Surah Al-Baqarah)
Allah tidak akan membebani sesorang itu melainkan sesuain dengan kemampuannya ( Ayat 284, Surah Al-Baqarah)
:11:
doakan saya, moga segalanya baik2 saja, harapnya, kalau nak jadi apa2 pon, biarlah lepas habis final exam.. harapnya, xada la menyusahkan ummi, kesian ummi.. huhu
:03:
p/s ; word "aku" telah ditukar kepada "saya" . harap maklum. hehe