Tuesday, December 28, 2010

Sahabat terbaik :)

Bukan aku mahu melontar derita jiwa,
Tidak juga laranya rasa,
Hanya melakar kata kata,
Yang membuat aku lega..

Tidak aku punya apa apa,
Sudah aku luah segala rasa yg terpendam dalam jiwa,
Aku hanya manusia biasa,
Yang sesungguhnya bersungguh ingin kau bahagia..

Tapi aku lemah,
Mungkin kerana sandaran aku manusia,
Sahabat sahabat penguat semangat
Sampai aku jadi longlai kerana mereka..

Apa salahku?
Apa silapku?
Sampai aku dibuang dlm tangisku,
Aku tak pernah membenci,
Aku sedaya cuba menjadi yang terbaik,
Aku bukan paranoid,
Setiap katamu ku jadikan tongkat semangatku saat aku jatuh,
Kerana sudah sejuta kali aku bilang,
"bila aku jatuh, Kau semangatku"
Tapi, percayakah kau?

Dan kini,
Aku sedar,
Aku hanya bebanan,
Masalah yg kukongsikan mungkin bebanan,
Dan aku juga manusia buangan,
Yang tak punya apa2 makna dalam hidupan,
Walau apa pun ,
Kau tetap sahabatku,
Walau kau buang aku seribu batu,
Akan aku doakan selalu,
Sampai hujung waktu itu,
Baru kau tahu,
Betapa kau sahabat terbaikku~

KebasaranMu Tuhan~

Sunday, December 26, 2010

Jalanku Pulang~

.

Bestkan nasyid ni? Sangat la mendalam maknanya bagi yg ingin memahami.
Bukanlah saya disini nak buat kesimpulan untuk lagu ni. Saja nak share ja kot? :)

Entah kenapa semenjak dua ni, banyak memikirkan perihal kehidupan. Bagaimana nak bagi hidup ni lebih bermakna, macam mana nak buang perangai2 kurang soleh dalam diri..
Yang paling ingin saya pupuk, Sabar~
Nak bagi diri ni jadi seorang yg penyabar, ada tips tak ?

 Sungguh masa yang berlalu itu hakikatnya satu ujian. Sedar tak sedar, bila kita fikirkan masa masa yang dah berlalu, ia menjadikan getaran hebat dalam diri untuk mengubah yg buruk jadi baik. atau yg baik di istiqomahkan.
Bukan senang? Kadang kadang hal lama menjadikan kita hilang semangat hidup kerana terasa berdosa atau jauh dari tuhan, tapi, apa yg kita lakukan untuk mengubahnya?
Semuanya terletak pada diri, 
Jangan salahkan orang sekeliling atas kesilapan diri kita. Kita tidak punya hak untuk membenci orang lain, kerana kita masing masing tak sempurna, dan setiap diri yg berdiri perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, sweet kan?
Allah jadikan manusia yg tak sempurna supaya semua manusia saling melengkapi yg lain, 
bukan menghukum yg lain kerana ketidak sempurnaan yg takkan pernah sempurna.
Haii fatimah, 
kena sedar ni..

Walau apa pun yang terjadi, kena lah hadapi dengan tabah. Masakan Allah zalim nak bagi kita berduka sepanjang masa? Mesti ada hikmah yg tak terlihat dengan mata kasar, yg perlu dilihat dengan mata hati..
Jadi, hati itu perlulah dibuka untuk menerima apa pun yang terjadi dengan rela hati. Kerana sungguh, Allah tahu diri kita lebih dari kita kenal diri kita kan? 
Moga hati yg cekal jadi milik kita. amin :)

Friday, December 24, 2010

Trust

And Allah loves those who are patient (A’le-Imraan 3/146)


Allah reminds us that all people will be tested in life..
O muslim, bear these trials with,
"Patience, Perseverance and Prayer!"

Happy Moments, praise Allah..
Difficult Moments, Seek Allah..
Quite Moments, Workship Allah..
painful Moments, Trust Allah..
Moment by Moment, Thank Allah !!

Remember Me and I shall remember you (Al-Baqarah 2/152)

Wednesday, December 22, 2010

A Smile can change a life let’s start believing ;)




It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it’s ok
لكن اعتقادي

Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني

There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that’s calling
ينادي

It’s calling you and I
يناديني ويناديك

It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It’s Nature’s order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi

Saturday, December 18, 2010

Syukur syukurlahhh :)

You give me so much
You wait all day for a nod
A prayer or a thought
A thankful part of my heart

Looking back on my life
Life that's gladly been given to me
Open my eyes and embrace the smile
Given to me
Looking back on my life
No regret only the sweet journey
Lessons from the simple steps
Taking by me

If I worship You in fear of hell, burn me in it
And if I worship You in hope of paradise, exclude me from it
But if I worship You for Your own being
Don't withhold from me Your everlasting beauty

Appreciating is something I be forgetting
Every second, 24/7, I'm a forgetful servant, I gotta be praying though
Appreciating, when suffering, calamities call,
My soul be hospitalized and all gonna be alright :)

Friday, December 17, 2010

Smile.

Keluar dari penjara SENDIRI~

Bahagianya rasa bila cuba membahagiakan orang lain,
Diri sendiri pon kena tempias gembira jugak..

"buat apa layan emo, sedih, sampai bila nak hidup bawah tempurung?" by sum1.

Betul la tu, kalau sedih, nak layan sekali sekala takpa la kan, tapi kalau layan 24 jam sehari, 60 minit sejam, 60 saat seminit, bukan naya diri ka tu??

Sepanjang diri diuji, ditegur, diduga, banyak sungguh manusia yang ditolak tepi. Hum, geng yg tak besalah pun kena hangin jugak. Rembat jauh2, macam tak penah kenal. Msg, call tak layan. Datang rumah, aci kunci pintu. Haha! Haru la tmah, tak penah dibuat sejarah. Macam mati laki ja, macam takda iman punya kerja, tak redha dengan ujian pemberian Ilahi.
Haishhh, sungguh la haruuu timah..

Dan sampai lah 1, 2, 3 hari tu, kena basuh sampai tediam tak boleh cakap apa, macam kena clorox kuasa 2, macam kena shock culture, diri ni tediam seketika. Bila kita muhasabah, minta petunjuk kat Allah betul2, Ya, dia Maha Maha MAHA mendengar before kita luah pun, Allah salurkan kekuatan tanpa diduga. Mimpi 2 3 kali benda yang sama, dan bila difikirkan, dimuhasabahkan hal itu, barulah nampak jalan.. Alhamdulillah..

Thanks for those yang mendoakan. Zaman perkabungan inshallah dah tamat. Terima kasih kerana sudi mendengar, membaca dan melihat. Minta maaf pada yang dihentam, disepak dan dibunuh. Hal-hal begitu sangatlah tak disengajakan. Actually, i failed laa emotional lessons. Yet, inshallah try guna lecturer garang punya, kasi A! :DD

Conclusions , walau apa pun jadi, berbaliklah pada Allah, dan yakinlah Allah ada even semua manusia dirasakan tak berguna (back to me!), thats the only solutions for any questions that need answer ok?
Hargailah semua orang disekeliling kita kerana untuk menjadi manusia berguna perlulah untuk menjaga hubungan dengan Dia, Alam, jua Manusia. Bila kita menghargai orang lain, kita juga akan dihargai inshallah, bila kita mendoakan orang lain, it will back to you, saham akhirat jugak tu :))

Take care people, stay tuned and i love you.
May Allah bless :)

Wednesday, December 15, 2010

Alhamdulillah..

1 dah settle ,
Tinggal 2 lagi..

Counting days~

Tuesday, December 14, 2010

Thax sahabat~

In the name of the most beneficent the most high
He who holds my soul before and after I die
See I'm lost in confusion so please help me lord
I wanna act right but can't play my cards right
Don't let me go astray show me the right path
So I can be amongst the righteous and not those who catch your wrath

Ain't gonna be the one who's lost
One who's gone
One who's wrong, no
Don't wanna be the falling one
Crawling one
Drowning one, no

Somebody keeps crying in the morning
And it never dries


Sure, life is hard
Sure, time is now
Just keep on believing
And u gonna be winning them all
In due time..

Forgive me my Lord
For all my sins
Here I am crying
Kneeled before my bed
My Lord I've sinned
My Lord I've hurted
A dear one
Someone I love
And always have respected
I pray you to take care of her
And that her sorrow you'll take away
Illuminate her steps
And the cold of her years
I supplicate you to bless her
Give peace to every single one of her days
Kiss her way
Cos I couldn't make her happy
This is the only thing I pray to you for
I beg you
Allah..

P/s; May Allah glow ur day sahabat, maaf kerana tidak menjadi sahabat yg baik. Thax 4 being there every second i need ya. Moga Allah selalu letakkan kamu dalam kebaikan..

Sunday, December 12, 2010

Not a sin, right?

Changing for good is not a sin, right?
But why people tengok and anggap macam penjenayah 1st class enter class taranum?
Oh God, serious, im sooooo tired..

Fatimah,
Trough it'll cost your blood and tears for a start, just keep it on..
Allah is always by your side, remember?


Aku ingin menangis..

Hati, penatkah dikau?
Mata, letihkah dikau?
Iman, lemahkah kau?
Fatimah, mana kau?

Sungguh, aku ingin menangis,
Murah sungguh air mata ini kini,
Bukanlah untuk meraih simpati.
Apalagi menarik untuk dikasihi,
Tapi tidak punya kudrat aku menahan,
Tika Ujian datang tanpa diundang,
Tika tiada siapa dirasakan faham..

Sungguh aku menangis,
Tanpa dikira pekatnya malam, terangnya siang,
Mata ini seakan buta dengan manusia,
Tidak kira masa dan ketika,
Mengalir tanpa hentinya,
Walau sedar Allah sentiasa ada..

Sungguh aku penat menangis,
Entah bila akan henti sakitnya hati,
Basahnya jiwa,
Peritnya rasa,
Tiada siapa mungkin mengerti,
Kerana semua puncanya diri..

Sesungguhnya aku menangis,
Dengan itu datangnya kekuatan,
Bahawa aku punya Allah sbgai pencipta,
Aku punya mata yg mengalir sbgai pendamping,
Tika semua manusia terasa tiada,
Tika aku penat memandang dunia..

I want to make a fresh start,
People, pls pray 4 me..
Sahabat, pls dont leave me..
T.T

Thursday, December 9, 2010

Fatimah..

Fatimah..
Ingat, ingat, INGAT!

“Biarkan waktu berlalu dengan segala suka dukanya, lapangkan jiwa dalam menghadapi keputusan Tuhan. Janganlah bersedih disebabkan kejadian yang menyakitkan, kerna segala peristiwa di dunia tidak ada yang kekal. Dan jadilah dirimu manusia yang kebal terhadap cubaan dan ancaman, namun sikap perilakumu tetap pemaaf dan setia"
(Imam Syafi’I (w: 204 H)


Solat isyraq?

Sujudlah, selagi diizinkan Tuhan..

Salam to all Soil organism out there! :D

Hari ni saja nak share tentang solat isyraq. Dulu, saya tatau pun kewujudan solat sunat ni, tapi alhamdulillah ada sahabat saya yang shared about this suatu ketika dahulu.
Selalunya, manusia2 berlumba2 berkejar2 buat solat sunat dhuha, solat isyraq ni abang kepada solat dhuha, dia awal sikit dari dhuha. Area pukul 7.00-7.30 pg. Tapi banyak mazhab la.. ada yg cakap pukul 8 till 8.30 pg, hum, tp kebanyakkannya, 7.00-7.30 pg laa..

Fadhilat solat ni?

Amatlah besar macam apa yg disabdakan Rasulullah s.a.w (PBUH) yg bermaksudd ,
"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna"

So, sama2lah kita cuba untuk improve our observance to achieve the strongest bonding with Allah Taala , inshallah ;)

Sahabat, nonstoping praying for you and pls do so 4 me..
;(

Monday, December 6, 2010

Bisiklah, kerna kau bukan sendiri..

Berdiri bukan bermaksud sendiri..

Hari ini aku melangkah lagi,
Walau penat, lelah dan pekat dengan sengsara,
Awan dan langit itu menjadi saksi,
Curahan kata penuh duka, suka,
Dan hati ini hanya menahan sebu lara.

Bukan aku seorang juara,
Apa lagi hantu kuasa,
Yang bisa merialisasikan impian manusia,
Realiti hidup akan pergi juga,
Menanti masa yg kian tiba,

Lagu itu aku dendangkan,
Melontar rasa yg takkan kemana,
Melalui bahasa yg tak pernah difahami manusia,
Hanya Dia yg mengerti semua,
Kerana hanya Dia yg mengetahui,,
Tanpa sempat aku melakar emosi


Dan biar aku terbang,
Walau sayap ini hanya dia yg nampak,
Penuh calar juga luka,
Mencari mengaut menuai isi dunia,
Supaya akhiratku damai kelak,

Payahku, susahku hanya Dia tahu,
Lalu dia menyampak sahabat buatku,
Yang memberi jutaan rasa dlm kehidupan,
Yang membuat aku kenal rasa cinta,
Cinta manusia juga Dia yg Esa,

Juga mata yg menjadi sahabat,
Apabila semua yg ada tidak memahami,
Biar sejuta bahasa aku lontari,
Hampa cuma tapi Dia tetap disisi menemanani,

Aku tinggal disini,
Menghitung hari mengejar Ilahi,
Walau kau buang aku pergi,
Aku tetap disini,
Menanti kau dipintu abadi..

Sunday, December 5, 2010

im not alone at all..

Self, Anything, everything, things, just back to Allah..
Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.
You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.
Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.
You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.
You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (Allah is there)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
You are never alone (you are never never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
counting days..
Sahabat, doakan saya!
Self, be strong!

Friday, December 3, 2010

Practical I


Practical ?
Macam lawak ja bila teringat pasal practical for ths sem. Lawak lawak lawak!
Practical kat nursery, tapi,  dok tanam bahulu dalam sarang, tabur kacang kat tempeyek, pruning pisang dalam kuali untuk buat kerepek!
Hahahaha! Serious lawak!
Mungkin habis study nnt Allah izin saya boleh jadi usahawanii berjaya kot? Ngee~
Lawakknyaaaaaaaaa..
Dan sangat lah bersyukur ditemani mas dan hafizah kat merimbun sebagai tempat berkongsi duka dan suka, haha!
Btw, I love u la merimbun landscape, or segar merimbun ( kilang kuih tradisional) !
Allah, pengalaman yg memang tak boleh lupa sampai bila bila ;)

Saturday, November 27, 2010

Long time..

Makna penuh dalam jiwa~
( pic by miss zain bikha )



Salam to all people out there!
Rindunya nak update blog. Baru sekarang diizinkan Ilahi untuk mengisi kekosongan ruang pada blog ini. Alhamdulillah, thanx , Allah~

Terlalu banyak lakaran hati yg nak dicoret, tapi nanti berkajang pulak entry kali ni, kang tak larat kak ah nak baca! Hua hua hua (macam la kak ah follow sgt!)

And here, just wanna say that, I love u all, yeah, all out thare! That mean sumting, everything  to me.
I just really hope, rantaian ukhwah yg terjalin dengan kasih sayang ini, Allah sampaikan ke hati kalian betapa aku menyayangi semuanya! And sorry, ferr everything, in and out.

This sem, banyak sangat benda2 yg jadi, hum, sangat mematangkan, really!
Tak tipu. 
Sungguh! 

Allah uji, Allah tegur, dan semua tu, menjadi sebuah lukisan hidup untuk my part 3 life.
I already miss it!

Dan sangat mengharap, soon, part 4 will be better, much better from the past. Better up to 180 degree, kalau boleh, 360 degree! Tak nak sedih2, tak nak menangis2, just happy, here and hereafter..
Amiin..

And for my bestfriend, sahabat, please, jangan berhenti mendoakan saya, doa itu, penguat ukhwah kita, 
tak kira tika hidup atau tiada nanti.  Maaf atas segala kekurangan diri, yg sentiasa membuat kamu susah, kecewa. Terima kasih untuk kasih sayang yang membuat saya bahagia, sehingga semangat hidup kian membara.
I just love you, and yes, I do, because of Allah, inshAllah~


Saturday, October 16, 2010

Heal

Healing, a simple act of kindness brings such meaning,
A smile can change a life
let’s start believing!
And feeling, let’s start healing!

 Heal and you will be healed (:




 

Monday, October 11, 2010

Iman

“Ajaibnya orang beriman, sesungguhnya setiap urusannya untuk mereka adalah baik, sekiranya mereka diuji mereka bersabar, dan sekiranya mereka diberikan anugerah mereka bersyukur.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Just you..

You are my only, my only one..

Walau apa pun,
Bestfriend tetap Bestfriend,
Sahabat tetap Sahabat,
Mereka adalah satu,
Dan satu itu hanya Kamu!

Tak banyak aku minta,
Aku minta hanya satu,
Harap kau tak tinggal aku,
Walau sampai hujung waktu!

Sunday, October 10, 2010

O Allah..

My Lord I've hurted
A dear one
Someone I love
And always have respected
I pray you to take care of her
And that her sorrow you'll take away
Illuminate her steps
And the cold of her years
I supplicate you to bless her
Give peace to every single one of her days
Kiss her way
Coz I couldn't make her happy
This is the only thing I pray to you for
I beg you..

I love you my bff..
Sorry 4 everything i have done
pecayalahh kat aku!
huhuhu
May Allah bless our friendship..
Amin..

Saturday, October 9, 2010

..

If only I could
Travel back in time
If only I could
Go back for a moment
And sit down with you 

Oh my friend
Can't take it anymore
The pain, the rain, the good times missing
Help me sing
If only we could be down
If only we'd work it out now
If only we'll be strong, we got's to keep on holding on

I know it seems? Like just a dream?
I try to reach but someone's got to believe
Sometimes it seems? So hard to see?
I know, I know someday we'll all be free

Friday, October 8, 2010

Hopeless

 
Mengharap...

Mahu saja aku lontar,.
Biar kau tahu rasa terbuang..
Mahu juga aku peluk,
Biar rasa betapa aku sayang..

Biar Allah kira,
Dan biar aku rasa,
Maka kau, pergilah..
Bukan aku pinta,
Tapi kau yang mula...

Thursday, October 7, 2010

Tiada duka yg abadi

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini..


Monday, October 4, 2010

Cinta berpaksikan wahyu

Cinta, Halal ke Haram?

Cinta yang Halal itu HALAL,
Cinta yang Haram itu Haramlah! (:

“ Islam adalah agama CINTA. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta.”


Monday, September 27, 2010

Basah

Oh mata
Kau basah lagi
Sudahlah
Diri ini sudah penat menahan lelah..

Oh mata
Jangan kau tangisi lagi
Tekad itu telah kau pasang
Ah yg lain semuanya usang
Tolong beri aku peluang
Aku mahu ruang!

Allah..
I wanna know, I wanna show
Wanna go places I've never gone before
Not talking physically but mentally
I'm just hypothetically speaking 
Please,
I wanna go far away from here

I wanna to live, I wanna to give
I been a minor for a heart of gold
It's these expressions I never ever give
I've been around the world searching for that peace!
O Allah,
Please..

P/s ; Sahabat! i need you! doakan saya! Jangan tinggal saya! Serious, saya terlalu lemah..

Sunday, September 26, 2010

Just..

............................................................................................................
......................................................................................
...................................................................

Allah ada Fatimah..
Allah ada...

Even when I'm not alone
You are closer than the veins in my neck
Even when I'm all alone

Even when I'm in sleep
You are closer than the veins in my neck
Even when I'm in it so deep

Even when I'm all gone
You are closer than the veins in my neck
Even as I'm singing this song

Even when I'm on a high
You are closer than the veins in my neck
Even when I try to touch the sky

Sabar, sabarrr..
Tabah, tabahh...
Kuat, Kuatttt...............
Nak habis dah sem ni..
Nak balik rumahh!!!!!
Allah, please, kuatkan aku~~~~~~~
T,T

Saturday, September 25, 2010

arghh

i don't need nobody else no
Take your business somewhere else fool
Tell your peeps not to bother me no more
You keep your friend close but ya keep ya enemy closer
Take the bitter with the sweet, and the sweet with the bitter
Mix it with a little bit of brains and some cheddar,
Keep them out of my show
Keep them out of my goal
Don't give me that sweet talk you
Keep them out of my flow
I'm tired of you all, nobody get's the job done around here
Really, im tired!

loom

Life is a loom
Threads are the days
God decides when to cut them
Even though the work ain't done


Friday, September 24, 2010

Hati yang laparrr!

Hati+cinta=Bahagia

Tanah yang kering ini bagai disiram air bunga
Sungguh!
Bait kata cinta Rasul yang memikat!
Sunnah Nabi yang penuh nikmat,
Aaaah, lama tak dengar Kuliah jumaat!

Hai hati,
Moga kau sedikit terisi hari ini dengan hidangan tadi (:

Thursday, September 23, 2010

-,-

Kau kata aku selfish
Sudah
Kata apa kau mahu
Bukan kau jamin amalan aku

Ah aku diam dulu
Nanti yang buta jadi celik
Nanti yang hitam jadi putih
Nanti yang bengang jadi pulih
Tunggu aku lontar
Dan kamu akan faham
Apa hati aku bilang

Ibah


Pasaraya Hafifah lama..
“ibah.. ayamas…”
“nak ka kak? Takpa.. bukan selalu..”
“ibah..  ayamas..”
“aku amik ni kak..”
“ibah, boikot laa”
“alaa, bukan selalu kak.. dah.. jom bayaq!”
“…….”
Ya Allah, ampunilah dosa hamba2mu ini.. kami dah beli ayamas!
huhu

p/s: teringat masa ramadhan teringin nak makan sausage ayamas, last2 beli jugak walaupun boikot. 
Hailaa dunia.. Huhuhu..

Wednesday, September 22, 2010

Terkena

Bila ada, sombong,
Bila tak ada tercari cari,
Haiiihhh,
Manusia memang tak bersyukur..

Saya under pressureee sangat sekarang.
Entah apa kena semua benda tak kena. Entah apa benda semua benda kira nak sembur ja.
*istifarrr99

Final exam around the conner! huh~

Serious, saya rasa saya perlukan rehat..
Huhuhu..

Tuesday, September 21, 2010

Jangan baca

Aku sakit, kau tahu? 

Faham boleh?
Aku juga punya hidupku,
Jangan tunjuk jari agar aku turuti
kerana aku penat

Faham boleh?
Aku juga mahu bahagia
Bukan kau berkuasa atas aku
Jangan belagak 
Aku juga punya hati untuk dijaga

Faham boleh?
Cerita ini lakaran aku
Bukan kau jemari seni melukis tari
Bukan kau dakwat biru penambah ceria
Kau hanya dakwat merah memangkah langkah
Buat aku hidup tak berarah
Dah
Aku penat

Faham boleh?
kau aku hormati
Jadi aku tolong kau amati
Aku yakin Allah tegur aku
Tak perlu kau bermain kata menambah lagu
Bukan aku buntu
Tapi aku takut aku jadi hantu
Sebab penat dengar lagu hindu

Faham boleh?
Aku penat
Biar aku bukak buku baru
Jangan kacau hidup aku

Faham boleh?
Aku penat


p/s: jangan terasa. Ini hanya jiwa lara berbicara T,T

Jauhh?

Aku mahu bersama kamu, JAUHH menuju syurgaNYA (:

Rasa ini jiwa aku kata
Hanya aku yang merasa
Bila bahagia mekar dalam jiwa
Maka Dia istimewa aku kira

Biar doa menjadi jambatan
Agar kasih sayang ini berpanjangan
Biar ukhwah jadi tautan
Agar diri dalam jagaan Tuhan

Allah,
Sahabat itu bungaku,
Tanpa Dia bagai tiada seri
Dia juga duriku,
Yang mencucuk jiwa menjadi berani

Allah,
Aku mahu kesyurga bersama Dia
Tidak mahu berdosa dalam bercinta
Kerana aku mahu cinta ini membawa kesyurga
Bukan ke neraka durjana
Cinta ini biar dalam redha
Yang menjadi nadi pembawa bahagia
Bahagia dunia, akhirat jua,
Tolong Allah,
Moga kasih ini terpelihara..
Uhibbukifillah SAHABAT! (:

Tuesday, August 31, 2010

Jangan pergi, ramadhan..

Ramadhan kian berlalu,
Namun saya kurang pasti apa yg telah saya kaut pada ramadhan kali ini,
Sungguh, diri terasa sangat rugi. Bila terfikir, saya menangis sendiri. Entah apa yang merasuk diri. Busy apa sampai lupa diri. Saya terasa teramat sedih. Allah, kalau ini ramadhan terakhirku, sungguh, rasa rugi menggunung tinggi, menjadi hamba Ilahi yang tidak mensyukuri ramadhan yang datang sekali kali.

Hati ini, terisikah dengan rahmat kasih sayang Allah?
Hati ini, disucikan kah dengan air nur kasih Ilahi?
Hati ini, penuh lagi dengan hasat dengki?
Hati ini, dipunya isepenuhnya cinta Ilahi ?
Hati ini, masih kotor?
Hati ini, punya hijab?
Hati ini, hati ini, hati ini...
Argh! saya malu pada Allah... Terasa hamba berdosa yang angkuh berjalan diatas tanah rata. Saya terasa seperti mahu madrasah ramadhan ini diulang lagi.. Ingin saya mengutip kembali mutiara ramadhan sebagai bekalan nanti..

Allah,
Ampunilah hambaMu ini,
Aku hanya manusia lemah lagi berdosa,
Sampaikanlah aku pada ramadhan berikutnya,
Agar aku bisa hargai ia sepenuhnya..

Allah,
ampuni aku atas kejahilanku,
Ampuni aku atas segala dosa2ku,
Ampuni aku atas segala khilafku,
Sungguh aku hanya manusia lupa,
Sering lupa, sering lalai,
Tolong peluk aku dengan HidayahMu Ya Rahim,
Tolong jaga aku dengan KasihMu Ya Rahman,
Tolong tolong tolong...

Allah,
Ampuni ibubapa serta keluargaku,
Ampuni dosa2 mereka yg terdahulu serta yang akan datang,
Aku mahu mereka melangkah ke syurgaMu,
Bersama2 aku,
Dalam redhaMu Ya Rabb..


Allah,
Tolong, ampuni dosa sahabat2 ku,
Dosa manusia yg aku cinta,
Dosa mereka yang bersama aku dilandasanMu,
Ampunilah Allah..
Aku mohon..
Moga dosa lalu menjadi pelonjak semangat baru untuk transformasi yg diredhai,
Moga khilaf lalu mematangkan kami,
Moga salah dulu menjadikan kami peka dengan ujianMu,
Menghargai dan mensyukuri hidayahMu,
Allah,
Eratkan ukhwah ini hanya keranaMu,
Aku ingin mereka bersama aku dalam syurgaMu..
Allah,
Moga Ukhwah ini berlandaskan keimanan...
Moga ukhwah ini bertahtakan cintaMu.....

Tuesday, August 24, 2010

Kebahagiaan..

Cinta, hanya dirasai, bagi yang mencari, bagi yang memberi, bagi yang menjiwai..

Semenjak dua ni, macam-macam perkara terjadi pada saya. Saya bz sana sini, Aktiviti kolej teratur menunggu masa untuk dijalankan. Ah, kadang terasa penat, letih, bosan dan malas dengan tanggungjawap. Memang hakikatnya saya letih dengan semua ini. Benar, saya memang manusia lemah. tanggungjawap terasa beban pulak. Oh diri, sucikan hati, update  niat. Moga segalanya dipermudahkan Ilahi.

Namun dalam kesempitan waktu ini, saya juga terasa bahagia. Kerana dengan semua ini saya belajar banyak perkara. Sahabat sentiasa juga disisi memberi kekuatan. Test dan kuiz Alhamdulillah terasa ringan. Bantuan dari Allah saya kira. Asalkan niat ikhlas dihati saya pasang. Moga saya istiqomah. Amiin..

Mencari Bahagia

Bahagia,
Aku mencari bahagia
Hampir tiap hari langit aku pandang
Mengharap yang Teratas melontar bahagia
Biar hati yg lara kembali berbunga

Bahagia,
Aku mengejar bahagia
Tapi hanya duka yang menyapa
Aku hanya pencinta
Salahkah aku ingin cinta?

Bahagia,
Aku mahu bahagia,
Hanya bahagia yg Allah redha,
Cinta & bahagia itu kembar
Lalu salahkan aku ingin cinta?

Bahagia,
Aku hanya bahagia,
Bila Allah dihati,
Bila dunia mampu aku benci,
Bila sahabat sentiasa menemani,
Bila jiwa sunyi kembali berseri,
Dengan Nur kasih Ilahi..

Monday, August 16, 2010

Tanah?

Tanah merah itu aku pijak lagi,
Tanah yg mana berbau tanah,
Busuk dan hina..
Tanah yg mencantum kulit melilit tubuh manusia..
Sungguh..
Aku terasa hina..

Tanah itu aku pijak lagi mencari arah dibumi ini,
Tanpa aku sedar betapa hina aku manusia tanah yg menghentam tanah setiap hari,
Aku umpama menindas diriku sendiri,
 Tanah dan manusia,
Sangat sinonim,
Tiada pisah manusia dan tanah,

Namun manusia masih angkuh berjalan di atas bumi,
Tanpa sedar ada yg Teratas memandang dia,
24 jam sehari tanpa tinggal,
dan manusia itu tegar melangkah menuju jalan tak berarah,
yang tanah itu menjadi bukti telapak kaki bergerak ke mana,
halal atau haram,
Suci atau hina,
Destinasi itu,
Dia diatas melihat segala..

Dan berjalan lagi manusia,
Angkuh tanpa mengingatiNya,
Lidah lincah menari mengatur tari rentak music tah apa-apa,
Ya dia manusia lupa,
Manusia tanah tak sedar diri,
manusia tanah busuk dan kotor..

Hai kau manusia,
Sedarlah diri,
Kelak kau akan dipanggil Ilahi,
Berada di dalam tanah seorang diri,
Sepi, gelap, sunyi,
Ditemani malaikat menyoal diri,
Apa kau bersedia membela diri?

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kareem (:

Ramadhan, madrasah menyucikan diri..


Ramadhan datang lagi..
Moga Allah sampaikan aku pada penghujung Ramadhan agar hati ini bisa dicuci dari noda hitam ukiran dunia..
Allah, 
Maafkanlah bila hati tak sempurna MencintaiMU,
Dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertahta..
Akan aku tahtakan Kau dalam hati lemahku ini inshAllah..
Moga Ramadhan kali ini menjadi lonjakan amalan yang bisa aku istiqomah hingga ke akhirnya..
Bersama aku kau sahabat yg bisa menguatkan kakiku menuju redha Ilahi..
Allah, kuatkan aku, kuatkan aku!

Monday, August 9, 2010

Senyum..

Saya sayang sahabat saya (:

Saturday, August 7, 2010

Tak ada apa pon..

Tiada nilaikah hatiku padamu sahabat? 
 

Wednesday, August 4, 2010

Kakiku tempang..

Mampukah aku terbang tanpa sayap jua berkaki tempang?

Tidak aku impikan sahabat segagah Umar Al-Khatab,
Kerana aku bukan selembut kasih Abu bakar As-Siddiq,
Bukan jua bak Hamzah yang tegar dalam perjuangan,
Yang mampu mengharung ranjau hidup dengan pengangan kalimah Lailahaillah..

Aku hanya manusia berdosa yang mengejar angin terbang,
Tidak ku lihat dengan mata,
Tapi aku punya rasa..

Oh kau manusia,
Berapa kali mahu aku kata,
Kau manusia yg aku cinta,
menjadi Mata buatku yg buta,
Menjadi kaki buatku yg tempang,
Menjadi sayap buatku terbang..

Apa aku bukan hamba bersyukur yg melangar aturan tuhan?
Aku tidak ingin banyak hanya itu,
Itu yg aku pinta,
Cinta dan kasih dari hamba tak sempurna,
Dari hamba bergelar sahabat untuk buatku terjaga,
Dari lena panjang gelapnya dunia,
Yang bisa melambung aku ke neraka,
Aku buntu kau menegurku,
Aku buntu kau baiki silapku,
Aku buntu kau membetulkan kataku,
Sungguh! aku butuh kamu..

Kau manusia berdosa,
Kau jua manusia tak sempurna,
Jua aku manusia alpa,
Bukankah kita sama?

Penuhi kekuranganku dengan kelebihanmu,
Penuhi kegelapan hidupku dengan cahaya dariMu melaluimu,
Kerana Allah ciptakan manusia harus berukhwah,
Bukan seorang menangung susah..

Sahabat,
Ana uhibbukifillah!

Jangan takut jangan sedih, Allah bersama kita..

Mengintai kau suka, aku turut bahagia..

Hati jangan luluh,
Jiwa jangan sakit,
Jasad jangan lemah..

Setiap persahabatan ada ujiannya,
Setiap milik kita akan diambil kerana semuanya hanya pinjaman semata,
Maka bersedialah dan redhailah,
Kasih sayang Allah itulah yg kekal selamanya,

Dan pengorbanan itu asam,
Kesakitan itu garam,
Yang hanya akan sembuh setelah dilapah,
Setelah ditambah sedikit gula kehidupan,
Yang hanya bisa dirasai bagi menusia yg bersyukur,
Bagi mereka yang berfikir,
Bagi mereka yang berakal..

Oh jangan bersedih,
Mereka tak faham jua tak cuba memahami,
Mereka tidak salah lagi tak berdosa,
Yang harus dimuhasabah itu diri,
Jangan mengharap pada yg lain untuk mengisi,
Kerana sahabat itu bukan untuk mengisi kekosongan hati,
Tapi mengisi kekurangan diri..

Hai diri,
Laa takhaf wa laa tahzan inna  Allahu ma`ana..

Faham.

Oh, Aku sudah faham.
Banyak rupanya salah faham dalam hati.
Ya, betul kata kakak, juga sahabat,
Pergantungan hanya pada Allah bukan pada manusia,
Manusia hanya makhluk perantara yg leka lagi tak sempurna,
Semua kesempurnaan hanya pada Dia,
Ya, Aku sudah faham.

Oh,
Rupanya air oren selama ini dibancuh orang lain,
Rupanya lipat baju salama ini juga bukan dia,
Oh, aku silap.
Oh, aku salah.
Hati, maaflah, tersilap duga, tersalah sangka..

Oh, aku dah faham.
Aku rupanya tidak punya siapa,
Aku rupanya hanya dipandang sebelah mata,
Aku rupanya hanya pandai2 perasaan saja.
Oh, aku sudah faham.

Allah,
Hanya kau yg aku punya,
Yang kekal sampai bila bila.
Allah,
Jaga aku, lindungi aku, pelihara aku,
Hanya Kau tempat pergantunganku~

Tuesday, August 3, 2010

Sabar sabar sabar..

"Sesiapa yg mencintai Allah, pasti semakin sunyi dengan manusia, 
Ditengah keramaian dia merasa keseorangan, saat kesukaan dia berduka, 
jika orang tertawa dia menangis, jasadnya dengan manusia, hatinya kepada Allah. 
Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman. Mereka tetap berhati teguh di kala insan lain mengalami kegoncangan"
Sayyid Qutb-

p/s : Buat kau sahabat yg sedang berhati cuka, berjiwa luka, sabarlah..
Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang2 yg bersabar..

Monday, August 2, 2010

;)

"Eh, kenapa monyok ni? Putus cinta ke?"
Senyuman mengaris..

"Tak ada apa pon, hati ja kurang tenang,
enti ada resepi nak bahagiakan hati yang gundah tak ?"
Garu garu kepala..

"Enti ada masalah hati ke? Hum, masalah hati ni,boleh dirawat oleh Si Pencipta hati ja.. Enti tau tak siapa?"

"0h, Allah ya?"

"Ya, Hanya dengan connect dengan DIA, hati kita akan dirawat.."

"Ana sebenarnya, rindukan biah solehah macam dulu, barulah rasa tenang sikit, sekarang ni, kat sini, jahilliah sana sini, sikit-sikit hati ana kena jait, ana takot hati ana lama lama jadi hitam"

"Jagalah Allah sahabatku, InsyAllah, Allah akan menjagamu, menjaga hatimu.. Hati itu, tahta di hatimu itu, tidak boleh dikongsi siapa, hanya Allah, dikalbumu itu sahabat.."


"Ana cuba.. Enti, doakan ana kuat ya? Ana takut, ana tersungkur.. Ana butuh sahabat untuk menjadi tongkat buat ana yg tempang ni.."
Mata macam nak betakung..

Peluk..
"Ana ada, sentiasa buat enti.. tapi ingatlah, Allah, sentiasa, every second, tiap detik, tak pernah lepas pandang pada enti.. Yakinlah dengan Allah yg sentiasa bersama hambanya.."

"insyAllah, ana uhibbukifillah ya sohabati.."

"Wa ana aidhan.. Uhibbukifillah! "

-Allah, peliharalah ukhuwah ini, rantaian ini, agar aku dan dia, menjadi penegak SyahadahMu, sampai akhir nanti..-

Thursday, July 29, 2010

Pelangi..

Kesenangan itu, selepas pahitnya kesusahan..

Jika kesusahan adalah hujan,
Dan kebahagiaan adalah mentari,
Kita tetap membutuhkan keduanya,
Untuk Melihat indahnya pelangi..

Allah..

Sinar pasti ada buat yang yakin denganNya..

“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.



Wednesday, July 28, 2010

Sahabat itu, bagaimana ?

Tiada batas waktu..

Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Credit tooo ;
Khalil Gibran  by Qalam Khairunnisa (:

Tuesday, July 27, 2010

Hati beku ?

Tenang, sungguh tenang..

Hati ini,
Mungkin sudah beku dengan ujian dunia,
Sudah lali dengan gaya manusia,
Atau sudah pergi jauh dari alam nyata..
 
Hati ini,
Mungkin sudah tiada nama manusia,
Oh, mungkin sementara?
Atau akan menjejak kebiasaan?
Hati, sungguh aku tahu kau raja segala anggota,
Maka hati, tekadlah..
 
Allah,
Inikah tanda Kau mengambil hati ini untuk dipelihara?
Sungguh aku bersyukur,
Biar Kau teratas dalam tahta hati ini,
Biar tiada siapa apa apa bisa berkongsi,
Agar aku hanya merasa aku punya Kau,
Satu satunya tempat pergantunganku,
Bukan pada manusia perantara,
Bukan pada makhluk dunia,

Aku dengan Kau,
Hanya aku dengan Kau,
Bukan dengan siapa,
Bukan dengan apa..

Dan sungguh,
Aku terasa tenang (: