Monday, September 28, 2009

kesedihan melampau ?

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~
blogger-emoticon.blogspot.com
alhamdulillah..
aku baru sahaja selesai menyiapkan assgmnt CTU (agama) yang ustzh afizah bagi b4 raya ritu. aku selalu camni, selalu wat keja last minit. bukan apa, awal2 raya, dah raya.. pas raya, bz wat kenduri kak ah nak fly p egypt. pastu bz kemaskan & carikan barang2 tok kak ah bawak p sana. mmg agak bz raya kali ni. tp alhamdulillah sekali lagi, Allah izinkan aku siapkan assgmnt ni dengan jayanya. alhamdulillah!. esok dah kena submit. moga Allah redha usaha aku malam ni. haa.. lg 1 nak gtow, yg bestnya wat assgmnt ni ialah, tajuk assgmnt ni
" perkahwinan, menghalalkan yang haram.."
amacam?
best kan tajuk? hehe..
blogger-emoticon.blogspot.com
p/s; actually, aku masih dalam mode " kesedihan melampau". macam orang becinta ja kan? huhu. doakan lah ya? moga aku kuat macam kakak.. akak ! tmah sayang akak lillahitaala~ insyAllah....

Friday, September 25, 2009

saya cintakan dia ..

bismillahhirrahmanarrahim..
blogger-emoticon.blogspot.com
assalamualaikum..
syukur ku panjatkan ke atas Ilahi atas nikmat Iman & Islam utk hari ini & selamanya InsyAllah..
blogger-emoticon.blogspot.com
Alhamdulillah, Allah izinkan kelapangan masa untuk aku mencoret sesuatu di belog yg sudah agak usang ini.Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya.
blogger-emoticon.blogspot.com
cinta, umum bukan ? cinta pada Allah, manusia atau makhlukNya yg lain. ya, aku juga terasa sangat cinta. akan seorang hamba ini. hamba pada yg Esa. aku tersangat cinta, dari dulu, & insyAllah selamanya & aku sangat cintakan dia, kerana Allah insyAllah. manusia ini sering membuat ku ketawa, menangis, marah, benci, bahagia, rindu & CINTA.
blogger-emoticon.blogspot.com
huhu. jiwang plak kali ini. tapi ingin aku ungkapkan di sini, aku sangat cinta, juga sedih sekarang. sedih seperti kehilangan seseorang buat selamanya meskipun itu tidak berlaku. argh! benci sungguh perasaan ini. namun, itulah kebenaran. yang aku sedihkan ialah, aku kehilangan manusia yg aku cinta, yg selama ini sentiasa d sisiku, beri nasihat, tunjuk ajar, peringatan, & macam2 agi. dialah kakak ku. KAKAK!
blogger-emoticon.blogspot.com
semalam, tepat jam 8.45p.m waktu malaysia, akak bersama sahabat2 seperjuangannya telah pergi berjuang, ke tanah mesir. aku serta ahli keluargaku yg lain, habis, bermandikan air mata, basah membanjiri airport d kepala batas semalam. kak long & familynya serta makngah sekeluarga turut hadir untuk menghantar kak ah. sedihan aku melampaui batas apabila kak ah bersalaman serta memelukku sambil memberikan nasihat untuk kali yg terakhirnya, di situ. sungguh, air mataku tak tertahan lagi. menangis & terus menangis. menangis kerana sedih, jua rasa bangga, kerana punya kakak yg begini hebat.
subhanallah.
blogger-emoticon.blogspot.com
~moga Allah jaga kakak, redha kakak, & sayang kakak, buat selamanya. Ya Allah, permudahkanlah segalanya urusannya, sihatkanlah tubuh badannya, rahmatilah dia, sesungguhnya, aku sangat cintakan dia, hanya keranaMu, Ya Allah!~