Sunday, November 22, 2009

Ujian itu.. Kemanisan iman..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui.. Lagi Maha Penyayang~


Selamanya, saya panjatkan kesyukuran atas nikmat Allah yang tak terhingga.. Nikmat iman wa islam.. 
Alhamdulillah!!


Alhamdulillah, saya telah selamat sampai kembali ke UiTM terbenci tercinta...
Semalam, beberapa teman seperjuangan saya datang berkunjung ke kamar saya,
Tujuan mereka ke mari yang sebenarnya ialah ingin menempah makanan dekat roomate saya yg nak keluar beli makanan di luar, ini kerana kami di sini kekurangan makanan akibat kedai2 di sekitar dalam UiTM yang tutup kerana semua student UiTM lain yang sedang nyenyak menikmati cuti sem, melainkan kami2 student DPIM yang menjalani praktikal di ladang. Jadi terpaksalah kami keluar dari UiTM untuk mencari makanan sendiri. huhu..


Sesudah mereka menempah makanan pada roomate saya, saya mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan mereka. Saya kurang rapat dengan mereka. Ini kerana si fulan dan si fulan berlainan group dengan saya jadi kami kurang rapat. Saya mula bertanyakan khabar, keadaan mereka, family mereka, dan lain2. 
Mereka mula menceritakan kisah hidup mereka. 


Subhanallah!

Saya saya terkejut dengan kisah mereka. Salah seorang dari mereka telah kehilangan ibunda tercinta ketika berumur 7 tahun. Ya Allah, sungguh tabah dia. Saya tidak dapat membayangkan jika saya berada di tempatnya. Setelah kematian ibu, ayahnya mengikat ikatan perkahwinan dengan seorang wanita lain. Ya, ibu tiri baru. Hatinya berbunga takkala berita akan mendapat ibu baru menerjah di telinga. Namun, setelah beberapa bulan hidup sebumbung, dia tahu yang ibunya agak memilih kasih. Ibunya juga sering cemburu jika si fulan rapat dengan ayahnya, walaupun itu ialah ayah kandungnya sendiri. Aneh kan ? Sahabatku itu juga ada menyatakan, dia kurang bersemangat untuk belajar selepas apa yang berlaku dalam hidupnya. Sungguh, kisah hidupnya amat menyayat hati jika didengari sendiri. 


Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..
Al-Baqarah : 284


Saya,
hanya bisa berdoa. 
Moga Allah memudahkan hidupnya, melembutkan hati ibunya, mendekatkan dia dan keluarganya. 
Moga Allah makbulkan doa saya.


Sudah hal itu, melihat dia, saya sering terfikir akan diri ini. Diri yang sangat lemah, tanpa sahabat yang benar2 memahami diri ini, yang bisa selalu memperingati, membaiki diri ini. 
Sungguh! 
Kadang jiwa saya terasa amat kosong, amat  kaku, beku, sambil dikait benang2 jahiliah yang halus. Saya rasa bagai xpunya siapa di UiTM ketika dalam musim praktikal ini. Tapi, saya amat bersyukur atas pemberian Ilahi, saya punya juga kawan di sini yang agak memahami. 
Ya, saya cintakan mereka.
Sangat2 cinta. 
Tanpa mereka, entah! Saya tak tahu apa yang akan terjadi. Saya amat berharap saya dapat membawa mereka & diri saya sama2 berpimpin tangan ke syurga, meredah onak duri dunia yang menipu, saya mahu mereka ada bersama saya, 
ya , sentiasa ada, 
sentiasa..
Walaupun kami sering berselisih faham, bertikam lidah, terlanjur kata, saya tetap cintakan mereka, dan cinta saya hanya keranaMu ya Allah..

Saya takut, saya takut kehilangan mereka, bagi saya, mereka adalah matahari, 
yang menyinari hari2 saya, 
siang dan malam,
tanpa mereka, mungkin hidup saya gelap, sunyi sepi, tanpa tawa riang mereka, tanpa warna2 cinta kehidupan..

Tapi,
saya tahu, Allah sentiasa ada dengan saya, 
sentiasa ada.. 
Kasih sayangNya, cintaNya, Redhanya, itulah yang saya dambakan siang dan malam...
Itulah yang menguatkan saya, 
Takkala terasa keseorangan, Allah ada,
kesedihan, Allah tahu,
Ujian mendatang, Allah sayang,
itu kekuatan saya..
Janji Allah itu, 
Pengangan saya...


Ya Allah yang membolak balikkan hati ini, tenangkanlah hati2 ini bila bertemu, eratkanlah hubungan kami, permudahkanlah jalan dakwah kami, moga semua yang kami lakukan dalam redhaMu ya Allah..

Ketatkanlah persahabatan kami, 
menuju RedhaMU~





Doakan sahabat, moga Allah redha kita ..

Friday, November 20, 2009

Sahabat itu buah hatiku~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur sekali lagi atas pemberian terbesar dari Allah iaitu nikmat iman wa islam untuk hari ini dan insyAllah selamanya~


Alhamdulillah, saya sekarang di rumah, bebas dari cengkaman UiTM yg menganas biarpun di ladang, kolej mahupun di mana-mana. Syukur Allah berikan kesempatan untuk pulang ke rumah bersama keluarga tercinta! Alhamdulillah..

Loading...



Loading......



Loading.............



Tadi, sampai2 ja kat rumah, tiba2 teringat kolej. SEdang rakyat UiTM lain enak menikmati cuti sem yang agak lama, kami si peladang2 sibuk ber"praktikal". Biarpun baru seminggu bermulanya praktikal & saya menginap di kolej dahlia wa siding, rasa macam dah lama.. saya sebilik dengan nurul , izzati dan ika. Ika merupakan kawan lama baru saya. haha..
kawan baru ? hum.. xla baru, cuma baru kenal in this first sem. Melihat dia, teringat akan diriku suatu ketika dahulu. Mirip sangat!  Tapi, ika jauh lebih baik. Sungguh! saya cintakan dia, cinta sahabat dengan sahabatnya, hanya kerana Allah Taala. Moga Allah eratkan, kekalkan hubungan persahabatan kami, biarpun dia yang kelihatan amat selamberrr & agak rock2 gitu, tetapi dari gayanya seperti ingin mendalami islam secara lebih mendalam, Sungguh! namun agak terbatas mungkin. Kerana suasana UiTM ini yg membunuh, membunuh hati2 yang inginkan perubahan kepada kebaikan. Kejamnya suasana, dan mereka yg mencipta suasana itu. Namun, saya sedar, mengapa saya diciptakan. Saya cuba untuk perbaiki diri dan seterusnya menyeru yang lain insyAllah. Moga saya bisa membantunya, Moga Allah redha cita2 saya.

"Dan tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk berubudiah kepada kepada-Ku" (Surah az-Dzariyat:56)
...........................
..................
......
...
..
.
.



Sungguh!
Bila saya teringat nenek ika & yang lain, saya sedar yang saya bencikan cintakan lillahitaala sahabat2 saya sekarang. Saya tak kisah siapa mereka dahulu, mahupun kini. Saya tak sanggup buat apa sahaja buat mereka. Saya tahu mereka mahukan jalan yang lurus, biarpun beronak lagi berliku. Ramai manusia yang mahukan begitu, namun, halusnya jahiliah mengait sedikit demi sedikan hati mereka. Kerana kurangnya pendedahan pada islam, dan himpitan suasana dunia yang menipu, mereka jadi lalai. Saya juga begitu, kadang2 hati terasa kosong, hati terasa jauh dari Allah, meskipun yang terdekat itu Dia, yang menciptakan segala sesuatu.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. Al-Baqoroh:186.


 Sahabat, tolong bantu saya, kuatkan saya, pimpin saya.
saya lemah,
bila saya bengkok.
tolong luruskan saya.
andai saya jatuh, hulurkanlah tanganmu,
agar bisa saya paut,
mengharung ranjau dunia~



Saturday, November 14, 2009

Berlalu sudah..

Assalamualaikum..
Syukur ku panjatkan ke atas Ilahi atas segala nikmat yg telah Allah berikan terutamanya nikmat iman & islam..
Alhamdulillah!
Kali ini, ingin saya kongsikan bersama anda semua gambar2 sepanjang sem 1 saya berada di UiTM.
Moga Allah redha saya & sahabat2 saya dalam segala usaha kami berada di UiTM seterusnya pada masa akan datang. InsyAllah..
 Jom kita layan gambar2 ni dulu yek!
Minggu Orentasi - Benci Sangat !


Kolej Tercinta ( Dahlia)



Ladang kami pada awalnya ( pokok x besaq lagi.. hehe )



But para peladang berjaya, hehe


  
Para sahabat seperjuangan saya (:


Pokok kacang buncis ;D





Nak beli kacang tak ? ;D

Maaf gambar x cantik, guna camera nset jaa ni.. huhu
.........................
....................
..........
....
.
.
.


p/s : Layan gambar jee la eh ? Nak cita panjang?
Coming soon (:

Friday, November 13, 2009

Alhamdulillah hanya kepadaMU~

assalamualaikom..
syukur atas segala nikmat pinjaman yang telah Allah berikan dari dulu, kini, dan selamanya..
Alhamdulillah!
.....
..
.
.

  Alhamdulillah..

Akhirnya, Final Exam dah habis.
Biarpun xda la boleh sangat jawap, tp sangat bersyukur sebab dah habis. huh ! kalau tak.. xsenang duduk, asyik angau kat buku jaa~ huhu..
sekarang saya masih berada di rumah..
insyAllah esok saya akan kembali semula ke UiTM untuk meneruskan latihan praktikal ladang ..
doakan saya sahabat semua , Moga Allah mudahkan segalanya buat saya~
moga Allah redha(:

Thursday, October 29, 2009

mohon doa~

syukur atas nikmat iman & islam buat hari ini dah selamanya, insyAllah~
minggu ini & minggu2 akan datang sehingga 12/11 saya akan menduduki final exam yang pertama2nya di UiTM..
mohon doa ya?
sebanyak mungkin...

Wednesday, October 21, 2009

hai hati, tenanglah..

salam ,
:28:
syukur atas segala nikmat yg Allah berikan hari ini & selamanya, Alhamdulillah..
:01:
sungguh! , hari ini hari yg meletihkan meskipun saya telah memonteng 2 kuliah ( bukan sengaja) huhu. ceritanya panjang, mulanya semalam saya sudah dilanda sakit kepala dan pening2. loya pon ada. tapi saya buat2 macam tak ada apa yg terjadi. akibatnya hari ini, selepas solat subuh pagi tadi , perut saya terasa sangat pedih, segala apa yang ada di dalam perut saya habis dimuntahkan keluar. kepala saya pening2 yang amat. Allah sahaja yg tahu betapa peritnya. saya tidak mempunyai selera makan, habis hilang. buku plant science saya ditolak tepi, , mood final exam saya tiba2 down. tiada ilmu dapat disedut hari ini akibat kepala saya yg kurang berfungsi. saya meluru ke kamar mandi. sesudah mandi, terus pitam, tp alhamdulillah, adik saya yg ada di rumah banyak membantu. subhanAllah, macam2 jadi harini. ummi nampak risau. ummi kata ummi akan pulang kerja awal untuk membawa saya ke klinik. saya akur. tepat jam 4 p.m ummi menjemputku, kami ke klinik ehsan, doc ismail sedia menanti. beliau memeriksa saya dengan teliti. setelah itu, dia berkata "um, tekanan darah sangat rendah, jantung adek ada masalah, xdapat berdenyut dengan baik, adek juga mengidap gastrik, mesti kurang makan ni.. "
:30:
gulp! macam serius ja.. ummi pon kata " jantung ? macam mana tu ? " doc ismail kata " ceritanya panjang, tp kena p hospital ni, baru tau punca2nya dan cerita mengenai jantung fatimah"
:17:
huh! xpenah pulak rasa macam ada penyakit teruk ni. tp redha ja, ujian itu kan kemanisan iman ? (:
Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu, dan boleh jadi juga perkara yang kamu sukai itu buruk untuk kamu dan ALLAH itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”(Ayat 216, Surah Al-Baqarah)
Allah tidak akan membebani sesorang itu melainkan sesuain dengan kemampuannya ( Ayat 284, Surah Al-Baqarah)
:11:
doakan saya, moga segalanya baik2 saja, harapnya, kalau nak jadi apa2 pon, biarlah lepas habis final exam.. harapnya, xada la menyusahkan ummi, kesian ummi.. huhu
:03:
p/s ; word "aku" telah ditukar kepada "saya" . harap maklum. hehe

Monday, September 28, 2009

kesedihan melampau ?

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~
blogger-emoticon.blogspot.com
alhamdulillah..
aku baru sahaja selesai menyiapkan assgmnt CTU (agama) yang ustzh afizah bagi b4 raya ritu. aku selalu camni, selalu wat keja last minit. bukan apa, awal2 raya, dah raya.. pas raya, bz wat kenduri kak ah nak fly p egypt. pastu bz kemaskan & carikan barang2 tok kak ah bawak p sana. mmg agak bz raya kali ni. tp alhamdulillah sekali lagi, Allah izinkan aku siapkan assgmnt ni dengan jayanya. alhamdulillah!. esok dah kena submit. moga Allah redha usaha aku malam ni. haa.. lg 1 nak gtow, yg bestnya wat assgmnt ni ialah, tajuk assgmnt ni
" perkahwinan, menghalalkan yang haram.."
amacam?
best kan tajuk? hehe..
blogger-emoticon.blogspot.com
p/s; actually, aku masih dalam mode " kesedihan melampau". macam orang becinta ja kan? huhu. doakan lah ya? moga aku kuat macam kakak.. akak ! tmah sayang akak lillahitaala~ insyAllah....

Older Posts