Monday, May 20, 2013

Islam dalam perlembagaan.

Bismillah..

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pd Allah Talla atas segala nikmat yg telah diberikan selama ini, Alhamdulillah!

Apa yg old school tajuk kat atas tu? Hm. Ramai yg beranggapan kerja dakwah, tarbiah ni kerja orang orang lama. Orang orang yg bertudung labuh. Orang orang yg BAIK kononnya. Walhal telah Allah sampaikan bahawa kita semua manusia ni diciptakan utk menjadi khalifah, menyampaikan perkara kebaikan. Meninggalkan kemungkaran.

Saya, to be honest, sangat sedih dengan statement saya yg diatas ni. Kerana ini memperlihatkan betapa kita, masyarakat malaysia masih sakit tenat yg ubatnya kita sendiri taknak makan.

Semua orang tahu, islam itu agama selamat. Tapi kita sendiri yg menolak dengan jayanya. Contoh?
Sistem demokrasi tempang negara kita yg telah dicontrol oleh rejim tertua Malaysia, Umno. (kasarnya!)
Apa perkaiatannya demokrasi dengan islam? Demokrasi sebenarnya berasal dr perkataan yunani. Bukan dr islam tu sendiri khususnya. Tapi sistem ini telah ditanamkan dlm perlembagaan Malaysia sejak zaman ayahanda kita, Tun Abd Rahman. There is no wrong jika demokrasi ini kita seratkan dlm pemerintahan Malaysia. Yg menjadi permasalahannya adalah apabila rakyat yg sepatutnya menjadi raja dalam memilih pemimpin negara kini menjadi pak turut kepada politik kotor kerajaan khususnya.

Dimana islam dalam menyelamatkan situasi ini? Ya, masih ada sebilangan rakyat Malaysia yg berusaha dalam menegakkan Haq dalam rangka memilih islam sebagai corak hidup mereka di Malaysia. tapi, hal ini ditentang oleh pihak kerajaan sendiri (mereka islam ok). Lihatlah betapa parahnya enyakit kita muslim berwarga negara Malaysia khususnya.

Takmau cakap panjang, Tapi kalau balik balik pd sirah zaman Rasululllah SAW memerintah Madinah, Sultan Ahmad AlFatih perintah Constantinople, dan lain lain pemerintahan dahulu, menjadi simbolik betapa islam itu digeruni oleh manusia seluruh perusuk dunia.

Tapi kita Malaysia? Islam hanya dalam perlembagaan. Sistemnya sistem kronism.
Sick.

Cinta.

Bismillah dgn Rahman serta Rahim dr Dia Pencipta Bumi..

Ni sebenarnya nk test ja. Hee. Baru download application blogger dr google play. So saja la nk update guna phone. Try rasa apalah rasanya. Haha :)

Semalam usai konvensyen wanita anggun, km terus balik rumah. Penat. Penat buat apa? Entah.. Nk jimat duit sbnrnya. Sebab semalam km p unimas guna kereta sewa. So bila dah hbs talk akhi Hilal Asyraf, maka bergegaslah km keluar. Hee.
Km xp sesi petang. Sebab kekangan masa dan sebagainya. Esoknya ada test. So kita knalah pandai bahagikan masa kan? :)

Akhi ada buat sedikit perkongsian semalam, bahawa betapa tinggi nya martabat seorang wanita itu yg telah islam angkat. Sbg contoh, even dlm sesebuah peperangan masa zaman nabi dulu tidak ada wanita y menghunus pedang, namun wanitalah yg menjadi ajen penyelamat bilamana ada tentera islam y tercedera tubuhnya akibat dr serangan musuh. Wanitalah y mencuci luka dan sebagainya. Fatimah r.a serta khansa antaranya. How great they are kan? Ada juga hadith yg menyatakan, pabila nabi melihat kanan ternampak khansa. Tgk kiri dia lg. Belakang, depan semua terlihat khansa. Why? Lihatlah betapa aktifnya khansa dlm medan perang. Even sbg seorang ahli PBSM ketika itu tp pahalanya subhanallah, seperti mereka y menghunus pedang menegakkan islam jugak :)

Itu belum lg bukak kisah khadijah ibunda kita y telah 360° membantu nabi dr segenap sudut hidupnya demi islam agama selamat. Beliaulah yg mengiyakan dann menerima agama islam tika mana org lain menidakkan islam. Khadijah juga y ada bersama Nabi saat yg lain cop Nabi sesat. Hebatkan bonda kita Khadijah? Jangan sangkal. Wanita memang Allah ciptakan hebat ^^

Siapakan kita pd saat ini pd masyarakat? Mungkin bukan shiapa shiapa sekarang tp kalau lg 5 tahun? Lg 10 tahun? Ask urself.

Bukanlah glamor dimulut manusia y kita kejar. Tp glamor dlm kalangan malaikat, glamor kat akhirat y kita impikan. Biaq malaikat penat mncatit kebaikan kita. Jgn sampai malaikat kanan bosan xda kerja.
Hidup ini dedicated to Allah. Bukan utk menjadi hamba manusia. Menjadi hamba media dan sebagainya. Tunjuk sana. Bukak aurat sini. Cerita aib sana. Tebukak bekung sendiri. Hey, ini bukan apa y PBUH ajar kita.

Baginda diciptakan bg menyempurnakan ahklak manusia. Bukan saja saja. Tp menyempurnakan y mana hina. Memberi rahmat pd sekalian manusia. Look, how great Allah right? Maha Pengasihnya Dia ingin menyelamatkan kita dr azab neraka. Allah akbar!

Moral of the story, dalami sirah. Jika tidak, sejarah boleh berulang kembali. Kita nakkan wanita yg hebatnya mereka bukan disebabkan beraninya dia dedah aurat sana sini, tp kita nak wanita yg hidupnya diwakafkan pd akhirat sana. Wanita yg mana islam pandang sungguh mulia. Wanita y mana tanpanya membuatkan dunia bagai hilang warnanya.
Ingat.. Life is dedicated to Allah. Siapa kita tanpa islam? We r nothing.
Be proud and grateful as Muslim :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, May 18, 2013

Rezeki dipagi hari ^^

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim ..

"Fatima, pukul 820 tunggu kat bus stop depan tu ye. Ada adik amik kita :) "

Hehe, Alhamdulillah. pagi td ada manusia misteri text. Dan tersenyum simpul saya membacanya.
Actually harini ada konvensyen wanita kat unimas, kuching. Dan kami kami geng semenanjung ni mmg selalunya ada msalah transpot la nak p sana. Haha. Fitrah la mengaji kan..

Tapi Alhamdulillah Allah mudahkan. Around pukul 7 pagi tu saya dan Adawiah dah siap sebenarnya. Tapi lepas baca text tu kami pon on laptop. Then, buat la apa yg patut. Hehe

The point is, nk ceritanya adalah kerana betapa kasihnya Allah pada hambanya yg ingin berbuat kebaikan ^^
Pagi tadi lepas siap siap (Pukul 7am) tu sebenarnya dok terfikir, "Sempat ke tak eh nak dhuha dulu?"
Pastu bila fikir2 balik, dhuha satgi la kat unimas masa tea break. And subhanalla, tu baru terniat tu,
Terus text mysterious person reach my phone :)
"Fatima, pukul 820 tunggu kat bus stop depan tu ye. Ada adik amik kita :) "
Petanda, Allah suruh dhuha dulu :')
Well, Dhuha ni antara sebab kenapa pintu rezeki kita semakin murah. Antara sunat yg Rasulullah tak pernah tinggai ^^
So jom amalkan sunnah nabi demi cinta nabi :)


So then, Allah as we all know, Dia memang Maha Mengetahui segalanya.
Tak payah kalot serabut bila hand phone tak ada creadit. Call Allah free saja.
Mengadu kat Allah. IAllah Allah akan hanta penyelesaian ASAP ^^

Friday, May 17, 2013

Everyday is a new day ^^

Bismillah..

Dah lama tak menaip kat blog ni. Bersawang. Berhabuk. Semua ada.
Hanpir arwah. Mungkin kena bacakan yassin utk buang jin ifrid atau jin jin yg dah bersarang kat sni. Haha!
Joke ^^

Jujurnya memang sengaja tak update. Bukan sebab apa, sebab rasa sentiasa tak cukup masa. Walhal Allah dah bagi 24 jam tu lebih dari cukup kan? ALASAN memanjang fatimah!

Ini satu platform. Medah dakwah. Blog juga satu tanggungjawap yg kita kena laksanakan. Penuhi dengan juadah berfaedah. Bukan sampah bermasalah ^^

IAllah. Trying to istiqamah dalam jalan ni. Doakan saya.
Wa ana, mendoakan moga Allah sentiasa merahmati anda semua.
^^

Assalamualaikum :)