Wednesday, June 30, 2010

Nota Buat da'ie~

Apabila kita sering diuji dengan apa yang kita bawa/dakwahkan,
Itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan,
Dan bersyukurlah Allah masih lagi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan orang lain (:

Thursday, June 24, 2010

:(

I have loss a lot in life already but the greatest loss of life is our faith to HIM,
Saya tak nak hilang itu!!

Wednesday, June 23, 2010

SAHABAT (:

Dia, manusia biasa..
Manusia yg juga dicipta dari tanah ,
Tanah yg hakikatnya berada di bawah, dipijak..
Dipijak sendiri oleh makhluk tanah bernama manusia..

Tapi dia manusia yg aku cinta,
Moga dasar aqidah ukhwah ini dibina,
Sahabat kau umpama kakiku untuk ku berjalan,
Umpama jariku untuk ku menekan,
Umpama tanganku untuk ku memegang,

Tolong jangan tinggal aku tika aku tempang,
Maka jadilah tongkatku,
Tolong jangan tinggal aku tika aku senang,
Tapi ingatkanlah aku supaya bersyukur,
Tolong jangan tinggal aku tika aku lupa,
Malah ingatkanlah aku dengan amanah Allah..

Sungguh aku perlu kamu,
Wahai manusia bernama SAHABAT!


Tuesday, June 22, 2010

I am for You..

I sleep I sleep, I sleep, I dream ,
I dream I’m in a garden green ,
I wish, I wish, I wish I pray ,
I pray to be here everyday ,
And everything I do ..
I dedicate to You ..
Cause You made me..
I am for You~
for You, Allah!
(:

Monday, June 21, 2010

Mutiara kata

Allahuakbar!
 Hati itu kadangkala perlu jua diketuk ia dgn ujian,
Agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada "kesukaan" tp juga selesa dgn "kesakitan"..
Jadi senyumlah wahai manusia,
Walau suka walau duka krn yg suka itu anugerah dan yg duka itu tarbiyyah dr ILAHI buat hambanya yg dikasihi..

Saturday, June 19, 2010

Hati hati...

Akan ku gagahi, hingga akhir nanti~

Hai hati,
Betapa kau lemah dalam ujian,
manusia itu hanya utusan Tuhan untuk beriman,
jangan kau ambil pusing dia,
kerana mereka juga manusia alpa,
berdosa, tak sempurna,.

O Allah, sering hati ini melontar kata,
adakah yg aku gelar sahabat adalah sahabatku?
senang senang dia tinggal aku kerana mungkin aku tersalah kata,
atau terluah fakta?
Apa aku manusia sempurna dari dosa?
mengapa dia diam seribu kata?
atau aku mungkin hanya tersilap duga..

Jangan benci wahai hati,
Jangan mengalah wahai diri,
mereka mad'u untuk diislahi,
ingat janji kau pada Ilahi,
jangan benci jangan keji,
sabar itu harus kau gagahi,
kerana Allah mencintai,
manusia2 yg bersabar demiNya...


p/s: O manusia, doakan saya!!!!!!

Wednesday, June 16, 2010

Senyumlah, senyumlah (:

Bila Allah uji, Kena lah bersyukur Fatimah! (:
Sebab tu maksudnya, Allah tak lupa kita..
Lalui ia, dengan senyuman ((;

Monday, June 14, 2010

Hanya Allah penyejuk jiwa..

Sahabat,Kau ada aku & Allah pastinya~

Terasa bagai tiada bait bait kata yg mampu membuat hatiku kembali girang,
Meski tawaku tak kurang,
Tapi Hatiku ligat memerah daya,
daya untuk senyum dalam suram..
manakah kekuatan yg dijanji?
Tidak aku lihat melainkan deraian hujan air mata dlm sendu,
kesakitan dalam sepi,
luka dalam ceria..
mana kukuatan itu?
mana? mana ?

Sungguh, dia memang kelihatan kuat. Lagaknya yang ala2 macam Tomboi yg luarnya kelihatan kasar, tapi hakikatnya,  dia punya kelembutan yg mampu mencairkan setiap mata hati yg menyelami. Air mata kesal masih membanjiri, tiada apa yg mampu membuat dia bahagia saat ini, selepas berita itu mencium telinganya..

"aku dah check ur resultlah, totally, A and B. tapi satu subject spoil lah. PHYSIC kau! its D. D for Dadu! bukan B for Babun! oh, sygg, U kena kuat tow!"

Tanpa sebarang kata, tanpa ucapan TQ buat sahabatnya yg membantu dia menyemak keputusan peperiksaannya kerana dia berada di ulu tah mana, tanpa apa2 reaksi, tanpa apa2, tanpa apa.. hanya tahmid dalam sepi. Deruan ombak pilu dalam dada membuak2 bagai tsunami menghayun dunia. Sungguh! Dia manusia lemah. hanya dengan result Final exam yg spoil skit ja yg membuatkan dia repeat that PHYSICS again, dia lupa siapa dia. Untuk apa hidupnya, kepada siapa dia bergantung, kerana apa dia diuji. Lemah sungguh makhluk itu, Allah yg diagung2kannya siang dan malam, terasa bagai tiada apa2 makna.Dia Hanya bertahmid, tapi, mana kekuatan itu? Tidak dia merasa apa, sungguh tidakk...

Manusia itu menangis lagi, selepas menamatkan panggilan bersama ibunya, selepas dipujuk lembut dengan kata2 semangat dari sang ratu hati si ibu, dia masih tidak dapat menerima hakikat itu.
Kenapa wahai diri? Kenapa kau begitu lemah dengan dugaan yg hanya sekecil butiran pasir di lautan kalau nak dibandingkan dengan rakyat palestina yg setiap hari diuji, hati, fizikal, rohani, jasmani serta yg paling besar, IMAN..
Dimana imanmu wahai manusia bernama Zahra?

****************************

Talian dimatikan, lansung handphonenya terus dimatikan. In the first day she heard about the news, dia menangis. Dan selepas itu, dia terasa kuat. Dan sekarang, banjir itu datang lagi. Segala bentuk panggilan dari teman2nya, akan dia kata,
"aku redha weh. Allah nak uji aku. Aku redha. Aku redha."

Hakikatnya?
T.T
Dia menangis lagi..
O Allah, kenapa susah sangat nak terima ujianMu kali ini?
Mana kekuatan yg dijanji?
Lelah aku mencari, hanya duka yg melingkari hati.
Apa salahku Allah? Apa dosaku hingga aku diuji sebegini rupa?
Kenapa dugaan yg kelihatan kecil, aku rasakan sebesar gunung yang menghempap diri?
Aku malu pada yg free hair, aku malu pada yg berskirt pendek, aku malu pada mereka yg bertudung sempang. Sungguh aku malu!
Result ini ku rasa bagai pencemar islam, aku gagal membawa islam sebenar2nya.
Allah, ampuni aku..

Dia terus melayan sengsara dunia itu dalam hatinya sambil melayan nasyid Mentari hidup by Haikal. Kata2 semangat teman2, sahabat2, ibu bapa, semuanya terasa pantas sepantas kilat merentas telinga kanan menuju telinga kiri, laju ia keluar.  Pujukan bait2 kata Ilahi yg dialun lembut oleh Saad Said Al-Ghamidi kegemarannya masih tidak dapat melawan kekuatan hantu kegelisahan, kesedihan dalam hatinya. Dia terus mencari, mencari kekuatan yg selalu dikejarnya iaitu Ilahi seperti selalu. Tapi, syaitan dahulu yg merajai hati. Saat dia lemah, saat itulah syaitan berlumba2 menjait jiwa dengan benang lalai dr mengingati Allah, benang ego, benang hati batu!
O Allah, mana kekuatan itu?
Air mata terus menyembah bumi..
Dan hari itu mendung lagi...
**************************************

Pagi itu, dia bangun lagi. Tahajud tidak ditinggalnya sejak hidayah Allah mencium hati, membalut jiwa. Tahajud umpama oxygen buatnya. Kalau tertinggal, terasa sesak dalam dada. Dia mengucup bumi, Dia menangis lagi dalam sujudnya. Kekasihnya itu dipujuk rayu meraung meminta kekuatan. Sungguh dia berasa lemah. Dia benar2 terasa lemah gemalai.

"Allah, Kau yang menciptakan ujian, Kau juga punya jawapan atasnya.
O Allah, can i go far away from here? i wanna meet u! Terasa sukar untuk hidup kerana dosaku mengecewakan harapan bondaku, menghampakan islam, juga Kau Allah. O Allah, do You hear me ? Aku butuh kekuatan atas ujian tanda kasihMu ini. Turunkanlah dari langit bait kata yg mampu membuat aku segagah Azzahra puteri kekasihMu, Muhammad. O Allah, berikan aku kekutan. Berikan aku cahaya harapan, untuk aku menembak jauh resah hatiku. Allah, makbulkanlah.."

**************************************

Sarapan siap disediakan.
"Sarah, Nur, dan Syahirah, jom sarapan. Makanan fresh dari Chef Putri zahra termahsyor ni, mari makan meh sygggg"
Bacaan doa makan ditutur lembut si Sarah. Nasi goreng disuap santun. Hatinya terasa sedikit tenang pagi ini setelah merintih puas pada Sang Pencipta jam 4 pagi td. Zahraa membaris senyum.
*******

Komputer ribanya di hidupkan. Entah kenapa, terasa mahu jalan2 di sesawang blog milik sahabatnya.
"Sign In"
Tetingkap Yahoo! Messenger me"list"kan sahabat2nya yang on9.
Ah, tak ada nafsu nak chat sekarang.
yang ada difikirannya sekarang, hanya mahu diisi hati yang lara ini dengan bacaan ilmiah.

"You have 10 new mail"
Cursor mousenya pantas diklik padan butang inbox.
"Ada email dari,, err, Sahabat?"

Double klik disitu.

"Wahai AzZahra yang aku cinta kerana Allah,
Sungguh aku pilu setelah Kau missing in action tempoh hari.
puas aku call phone kau, tp operator yg jawapkan..
kenapa kau mahu lari dari kenyataan bahawa kau telah Allah pilih untuk diuji dengan ujian yg hakikatnya kau mampu?
Adakah kau lupa kata2 Allah yg indah itu ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286 

Bukankah kau mampu wahai srikandi Umar yg lagaknya kuat dan hakikatnya kuat?
Adakah kau semudah itu lemah dengan ujian sebegini kecil?
Semuanya milik Allah wahai sahabatku, bukankah telah Allah berfirman,
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... -Surah At-Taubah ayat 111 
Syurga? Apakah yg lebih indah dari Syurga dlm redhanya wahai manusia bernama Zahraa?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 4
Hidupkan jiwamu dengan solat sayangku, maka kau akan merasai betapa manisnya ujian ini kerana berperasangka baik terhadap Allah.

Duhai Wanita akhir zaman bernama Zahraa,
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." -
Surah Al-Imran ayat 139 
Manakah iman kamu? adakah sekadar menutup aurat semata2?
tahap apakah imanmu? Check it dear~ muhasabah..

Terasa titisa jernih hangat mengair dipipi..
Dan manusia itu, teruskan pembacaannya lagi..

kau yg aku sayang kerana DIA.
Bukankah telah aku janji mahu memaut tangan bersamamu menuju syurga?
Sedihmu, aku merasa, gundahmu, aku hiba..
Sahabat, tidak kau berseorangan malainkan lebih.
Kau ada aku & Allah yg pastinya..
Ujian ini tanda kasihNya,
berprasangka baiklah terhadap Allah,
kerana sesungguhnya wahai sahabat,
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12 

Adakah kafir akan kau pilih sebagai jalanmu?
Pastinya tidakk..
 Dan Allah berfirman lagi,
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200 

Sahabat,
"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, 
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu sygg,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam apa jua keadaan pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Ingatlah sayangku, kasih sayang Allah itu sentiasa, jgn pernah kau merasa hiba.
Kerana sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama orang2 beriman, orang2 yg sabar~
akhir kataku buatmu permata hati,

kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kita,
kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
puas kita menangis mencari mana matahari kita,
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah....

Back to Allah my dear. Dan Allahlah sumber kekuatan yg nyata. jangan kau cari selain DIA. Kerana, taiad yg lebih beharga selain Redhanya...

Lot of love,
~sahabatmu~
Mata ini sudah habis dibasahi air mata selebat hujan diluar sana.
Terasa bagai Allah memakbulkan doanya, yaini menurunkan bait kata dari langit untuk menguatkan dirinya. Sungguh! terasa Allah sentiasa disamping diri ini sentiasa.
Allah, maafkan aku kerana lalai,
Maafkan aku kerana berprasangka buruk terhadap ujianMU,
 Maafkan aku,
Ampuni aku,
sesungguhnya hambaMu ini memohon ampun,
Atas salah silapku yg melampau..

Terima kasih Allah atas jawapan ini,
terima kasih Allah atas pemberian sahabat ini.
Sungguh aku cinta Kau juga sahabatku,
moga aku sentiasa dlm redhaMu Allah..
Moga aku kuat mengharungi ranjau dunia ini...

p/s: Ini cerita rekaan++banyak tokok tambah..
btw, I love you SAHABAT!
     




Wednesday, June 9, 2010

Report.

Im not a crying baby anymore~

Hari ini hari rabu bersamaan 9 Jun 2010. Tinggal lagi beberapa hari ja lagi saya akan berangkat pulang ke tanah air Kangar, Perlis, Malaysia
( macam la selama ni dok oversea, huhu).
Wawawawaaaa, sangat lah tak sabar2 nak balik rumah, jumpa ummi, adik2, dan kamu maisarah sahabatku! hehe

Fatimah, sabar2, nak countdown dah..
Relex2..
Sebenarnya, bukan x best duduk sini, hakikatnya best sangat2
( sampai Puan Faridah kata muka makin tembam sebab bahagia kat perak, huh?),
cuma tiba2 seorang Fatimah jadi manusia yang homesick! Haha.
Yelaa, sebelum ni study kat area2 Perlis, tak tinggal ummi, sekarang dah p praktikal kat Perak yang bajet macam jauh tu, dah nak buat2 manja ala2 anak bongsu pulak.. haiyahh.. sikit hari ja lagi nak balik.. Sabaq sat na Fatimah
( tatau la nanti dah kawen macam mana cik timah ni, malam2 lari balik rumah ummi sebab homesick, huhu)
Fatimah, Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang bersabar kan? (:
So, be patient (:

Stop pasal anak manja, sekarang ni ngah buntu sama ada nak p Kem BTN ka tak?
( hakikatnya, wajib p kem tu 18 hb ni even sampai rumah setelah tamat praktikal pada 15 hb, wawawa)
Hanya 2 hari dok rumah then fly away p Kem BTN pulak sampai seminggu KOT.
Huh, hidup ni memang memerlukan pengorbanan demi pengorbanan,
barulah ada kemanisan kan ?
=,=
Saya pasrah ja zahir dan batin untuk ke kem tersebut,
........................


UITM, 5 hb Julai ni dah kena masuk balik.
O Allah, bila teringat UITM, mesti teringat member2 kat sana.
O friends, i miss you all banyak2!
( Dont know la korang miss this Fatimah ka tak, huhu)
Tak pa, hidup untuk memberi, bukan menerima (:
Member kat UiTM, sangatlah best. Bila susah senang, dorang ada, make me feel im so not alone. also Allah, always make me strong, n surely laa sentiasa by my side. I totally in love with You Allah, moga Kau mencintai manusia2 yang aku cinta. Amiin..

Fasihah Adnan, saya angau la kat kamu! huhu..
Kakak, bila nak balik msia ni? Nak tunggu aku kawen dulu ke baru nak balik makan nasik minyak ?
Balik la, balik laa.. Rinduu sangat dah ni...
:((

Ok then, malas la pulak nak menaip panjang lebar seluas jalur lebar celcom tu, sebab report industrial training ni menyebok nak suruh habiskan buat till it finish. Banyak lagiiii, huhhh..
Harap2 dapat siapkan secepatnya then leh packing barang nak balik rumah..
Haha, semangatnya nak balik rumah!

p/s: Doa, doa, doakan saya yaa?

Thursday, June 3, 2010

Pemergianmu, tiada ganti..

My good friend, as well as my sahabat,
Nurul Jannah Ahmad Sani, telah dipanggil Allah ptg td. 
Sedihnya hati ini mengenangkan pemergianmu yang terlalu mengejut. Saat berita Jannah telah dipanggil Ilahi menyambar hanset saya, msg itu dari maisarah dan sahabat2 lain, jantung berdegup laju, hati x berenti mengucap innalillah hiwainna ilaihirojiun.. Alfatihah.. Akal ini ligat memplay back semua kisah ukhwah kita bersama. Sungguh mati itu tiada sempadan dunia, tiada apa bisa menghalangnya kala waktunya tiba. Maha suci Allah, Maha Kuasa Allah, hanya Dia yang berhak ke atas segala sesuatu. Segala manusia, harta benda, semuanya hanyalah pinjaman semata2. Bila2 masa Allah boleh ambil bila Dia mahu. 
Ready 4 it wahai manusia..
Sesungguhnya mati itu tak kenal waktu, tak kenal usia..

p/s : Moga Allah menempatkan Jannah bersama org2 beriman. Moga Jannah tempatnya. Moga hidup dan matinya dalam redha Allah~ huhuhu...
Alfatihah~
we'll be going to miss you much jannah! Moga Jannah tempat pertemuan kita seterusnya.. wuuuuuu~