Friday, January 30, 2009

Download Info,Video,Fact,Documentary About Islam!

Admin telah dapat kebenaran dari blog www.kalamullah.com untuk mem-promote blognya.InsyaAllah blognya dapat me-download bermacam-macam fakta,video dan lagi pengetahuan tentang Islam. Link - Link blognya. InsyaAllah, jika link diatas rosak atau tidak berfungsi. Sila suarakan pada admin blog ini.
"We are the regular soldiers of Allah,our path is reserved path.InsyaAllah!"

Thursday, January 29, 2009

Kelebihan Umat Rasulullah S.A.W Menurut Pandangan Nabi Adam A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku: 1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T. 2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian. 3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka. 4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
"We are the regular soldiers of Allah,our part is a reserved path.InsyaAllah"

Technical Problemsss!

Admin disini ingin meminta maaf kepada visitor kerana link-link download yang di sediakan menghadapi sedikit mnasalah.
"We are the regular soldiers of Allah,our path is a reserved path.InsyaAllah!"

Tuesday, January 27, 2009

KFC~

Kepada sesetengah pihak yang mendapat kenyataan mengenai KFC yang sering hangat meng-SMS dan berbicara dalam masyarakat sekarang seperti yang berikut: Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat. Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja. akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu : Pizza Hut Kedai Ayamas RasaMas Restaurant Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Region Food Industries (Sos life) bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC) tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes. sekian. Muhamad Ammar Abdullah Halal Audit Executive KFC Holdings (M) Bhd ----------------------------------------- Ini adalah sumber dari apa yang saya dapat dari beberapa blog lain: 1- "Ramai yang beranggapan KFC dari Amerika dan kerana Amerika sokong Israel, jadi kita perlu boikot KFC. Memang tidak dinafikan Kentucky Fried Chicken asalnya dari North Corbin, Kentucky, US dan bermula sejak 1929 lagi. Tapi tahukah anda siapa yang menguruskan KFC di Malaysia? Baca seterusnya.. Kulim (M) Berhad adalah antara anak syarikat Jcorp atau Johor Corporation dalam bidang perladangan kelapa sawit pada asalnya. Tahun demi tahun, Kulim Bhd ini telah melangkah lebih jauh. Begitulah sehingga Jcorp melalui Kulim (M) Bhd berjaya mendapatkan QSR Brands Bhd yang mana pemegang saham terbesar KFC Malaysia. Selain Restoran KFC yang kita selalu gi makan tu, KFC Holdings juga mempunyai beberapa lagi anak syarikat yang kita semua pasti tahu iaitu Pizza Hut, Rasa Ayamas dan Sos Life. Anda boleh layari laman web mereka untuk mendapatkan info lanjut, Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan Ayamas Food Corporation Bhd. Kajian saya ini bagi mengesahkan bahawa penerangan oleh email dari Muhamad Ammar Abdullah, Halal Audit Executive, KFC Holdings (M) Bhd adalah benar." 2- "Jangan lupa Johor Corp. mempunyai rancangan "JIHAD BISNES" yang dilancarkan oleh Tan Sri Ali Hashim. Jihad bisnes ini adalah cakap tak serupa bikin Johor Corp. Nama aje jihad bisnes tapi semua kontraktor dan sub-kontraktor JCorp adalah Cina. Sebelum kita nak boikot KFC....... sebenarnya Johor Corp dah lama boikot kontraktor Melayu Johor." 3- "Yahudi di dunia hanya sedikit... tp bagaimana kewangan mereka mengatasi kewangan org Islam?" - Is it true? See proof here: http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7526 4- Kepada penggemar KFC... ada juga Mat2 Saleh2 yg memboikot Yahudi... bukan kerana Israel... tp cara penyembilhan dan pembesaran ayam tersebut... sila lawati: http://www.kentuckyfriedcruelty.com/KFC_Fried_chicken.asp 5- Aku pernah dengar pemanggil dalam forum kat TV brapa aku tak ingat.. dia kata.. "Anggap bila memakan daging itu kita memakan daging rakyat palestin yang terkorban.. Anggap bila kita minum itu kita menghirup darah rakyat Palestin.." 6- "Seruan kpd semua.. hentilah mkn KFC...Jika nk tlg melayu sgt mkn RFC... Melayu juga dapat nama..." Peringatan: Ini semua adalah suara dari blog2 dan website2 lain.Post ini adalah untuk menunjukkan suara dari segelintir masyarakat. http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=7820 InsyaAllah!

ANJING-ANJING NERAKA!

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : · Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu (muslimin). · Bacalah Al-Qur'an · Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. · Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T." InsyaAllah~

Sunday, January 25, 2009

iman vs nafsu

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu, Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu… Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati.. Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya.. Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi.. Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap laNeraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia.. Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia? Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu.. Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan? Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah.. Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan.. Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32) Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya.. Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu.. Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin.. p/s: thax adek~ (:

Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal Laknatullah!

Urutan waktu peristiwa-peristiwa yang akan berlaku kelak,insyaAllah~ 1-Perang Armageddon > 2-Munculnya Mahdi > 3-Perang Semenanjung Arabia > 4-Perang Melawan Persia > 5-Pengkhianatan Rum dan kedatangan mereka untuk memerangi kaum Muslimin > 6-Al Malhamah Kubra 7-Penaklukan Konstantin > 8-Munculnya Dajjal > 9-Turunnya Isa dan terbunuhnya Dajjal > 10-Perang melawan Yahudi > 11-Penaklukan Roma > 12-Peperangan dengan Turki > 13-Keluarnya Ya'jud dan Ma'juj(YM) > 14-Meninggalnya Imam Mahdi > 15-Meninggalnya Isa > 16-Masa-masa Aman > 17-Terbitnya matahari dari Barat > 18-Keluarnya binatang Bumi > 19-Keluarnya Asap > 20-Pembenaman Bumi di Timur > 21-Pembenaman Bumi di Barat > 22-Pembenaman Bumi di Tanah Arab > 23-Keluarnya api > 24-Berdirinya Kiamat! 1-5 > Masa Pengkianatan Rum selama 9 bulan. 2-14 > Masa Menetap Imam Mahdi. 9-15 > Masa Menetap Nabi Isa. Berakhirnya Umat Islam pada no.19 insyaAllah. Source: Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal Laknatullah! - Amin Muhammad Jamaluddin.

Friday, January 23, 2009

alhamdulillah!

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas) Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar Ya Allah..Alhamdulillah Ya Allah..Alhamdulillah! Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka.. Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali. ”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman) Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan: "Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!" Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai.. Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah.. Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..

Thursday, January 22, 2009

Ya Allah , Bantulah Mereka ~

sekali lg , kian deras air mataku mengalir lepas tgk beberapa gambar anak2 & rakyat palestine yg cedera parah selepas serangan ganas zionis xguna 2 . aku terasa lemah sgt sbb xmampu nak bantu secara fizikal . klau diikutkan hati , nak ja p palestine 2, nak join hammas berperang demi Yg Esa & tmpat suci kta. Ya Allah , hanya doa yg mampu ku panjatkan. Dengarlah rintihan ku Ya Allah . aku xsanggup melihat kanak2 menderita kesakitan . XSANGGUP ! sama2 lah kita muhasabah dri . apa yg telah kita lakukan untuk membantu saudara kita d seberang sana ? dgn makan kfc ? mcd ? bli barang2 yg dah tersenarai boikot !? sedar lah hai umat nabi sekelian alam , Boikot lah apa yg patut . kasihanilah saudara kita nun jauh d gaza . Rajin2 kan la diri bangun merintih dan bertahajud kepada Sang Pencipta . Agar segalanya berakhir secepat yg mungkin . Amiin~ palestine 09 Pictures, Images and Photos cday lahh ! palestine 09 Pictures, Images and Photos bantulah mereka ya Allah , palestine 09 Pictures, Images and Photos lagu ni bertajuk WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza) (Composed by Michael Heart). cday lagu ni. tp ni juz lirik dia . nak dgr lagu ? just open link ni k href="http://www.michaelheart.com/Song_for_Gaza.html"> . ni lirik dia~ WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza) (Composed by Michael Heart) Copyright 2009 A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they’re dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on who’s wrong or right But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight

Jadilah Wanita Solehah - Bidadari Mencemburui Kesolehannya.~

Perhiasan yang sentiasa menjadi dambaan , "Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi. Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini? Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki. Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: " Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah." Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya. Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas. Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi. Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas! Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: "Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)" muhasabah la diri~ jdilah "bunga Sejati" , bunga yg kekal abadi~~ (:

Sunday, January 18, 2009

apa yg dpt kami bantu duhai PALESTINE ?

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin. Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya? Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : "Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian." (Surah al-Maidah : ayat 21) Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud : " Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya. (Surah al-Isra' : ayat 1) Firman-Nya lagi yang bermaksud : " Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Anbia' : ayat 80) Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : " Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud) Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra'kan. Allahu... Allah... Bangunlah Wahai Pahlawan Islam Bumi ini pernah diperintah oleh Kristian selama beberapa ketika dan akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemuda bangsa Kurdi, bukan berbangsa Arab. (Sesiapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya) British telah mengisytiharkan penubuhan negara haram Yahudi menerusi Perjanjian Balfour pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918. Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Mesir, PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam, PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Para pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera. Mereka Saudara Kita Dan kini bumi Palestin telah digemparkan sekali lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sampai ke penghujungnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al-Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis. Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku... 1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al-Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaAllah. 2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini. 3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai Palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, SMS, MMS, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tentang penderitaan rakyat Palestin. 4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin. 5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al-Aqsa dan umat Islam, silalah untuk menulis surat, menulis artikel dan petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berkuasa dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaan dan lebih dari itu, OIC. 6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin web, pereka grafik yang kreatif membuat widget, bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Anda disarankan juga untuk memakai baju "Bebaskan Palestin". 7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga untuk para pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing. Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah. Sumber Rujukan : 1. Professor Madya Dr Mohsen M Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur. 2. Abdullah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin al-Ayyubi, Cetakan Pertama 1999, Darul Nuqman, Kuala Lumpur 3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin. Cetakan Pertama 2003, al-Qassam Library, Pahang.

again (:

alhamdulillah. pg td sekali g allah memberi kesempatan untukku mengikuti halaqat kat ma3. BEST ! kali ni ust Yazid yg bg pengisian. tajuknya berkenaan wanita & pendidikan . wahh, rupa2 nya byk sungguh tangungjawap sbgai sorg wanita ni. even kita2 ni baru abes skolah , tp , start from now da kna tow n blaja camna nak jd sorang ibu seterusnya pendakwah untuk mentarbiayah anak2 kita n org lain pd masa depan.ish, mmg berat tanggungjawap 2, tp, dlm islam. segalanya dipermudah kan. kan? Maha Suci ALLAH ! Dia tau niat kita n Dia akan mempermudahkannya insyallah klo niat kita baik rite ? moga ALLAH sentiasa mempermudahkan segala urusan kita kerana hanya Dia yg MAHA BESAR lg MAHA MEMBERI ~ :DD

Monday, January 12, 2009

alhamdulillah~

alhamdulillah~ sekali lagi ku panjatkan keatas ilahi kerana dgn limpah && kurniaNya, dpt g aku mengUpdate blog ni, uhuu.. know what? td, time aku balik kja, agak kalot gak la sbb da koi 7 lbey time 2, aku kalot2 nak balik sbb nak bukak posa, then Allah izin, atas kelalaian aku yg xdan nak baca doa, ada sowang mak cip telanggar aku kat trafic light. MasyaAllah, terkejutt gla aku, benda yg x dijangka2 jd, Alhamdulillah, even motoku loz control 4 a while, tp dgn izin Allah, aku ley stable kan moto 2 balik n aku xjatuh moto pon! maha suci Allah, walaupon aku yg kna langgar, aku xcedera walau sket pon, syukur sgt2. aku tahu, allah sygkan aku. Alhamdulillah. mak cip yg terlanggar aku 2 terjatuh kat tgh2 jalan n tangan dia luka abeh. cian dia, cday aku tgk. moto dia pon abeh tcabut yg lampu kat depan 2. huhu. then aku pon p kat mak cip 2 n tolak moto dia p tepi jalan. aku pon troz kol my mom mnx dia dtg. pas my mom dtg, bincang punya bincang, kitowg pon decide. moto mak cip 2 tggai kat umah aku lu. sok pagi dia dia my amik n p repair kat kdai moto kat depan umah aku ni. huhu. byk benda yg aku blaja ngn kejadian ari ni.. n yg penting, pasni, aku kna baca doa naik knderaan b4 nek knderaan. td b4 xcdent 2, aku xdan nak baca n niat bawak moto keraana Allah, n tgk, pa yg jadi. hehe. pasni, wajiblah bgku baca d0a b4 btolak. moga aku xlupa. ya Allah, permudahkanlah segala urusanKu~ ameen makin ari mkin aku rasa dkat dgnNya, nak tow napa? sbb, tiap ari pasti ada ujianNya yg mkin mencabar n tiap kali ujian tersebut menimpaKu, aku smkin byk mengingati Allah. syukur Alhamdulillah. moga sinar hidayahNya kekal buatku sampai bila2. ameen~ :)

Sunday, January 11, 2009

halaqoh? (:

alhamdulillah~ sekali lagi Allah izinkanku untuk mengisi kekosongan yg terdapat dlm bloq ku ini~ syukur~ (: alangkah bahagianya, semalam kawanku nazirah dan beberapa org sahabat yg lain ajak p halaqoh kat ma3. berbunga2 hati ni bla aku pon dijemput sekali. di hati ni dah lama inginkan pengisian rohani mcm dulu2 kat ma3. rindu sgt suasana berhalaqoh. Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku yg telah ku panjatkan sekian lama. Maha Suci Allah! sampai ja kat ma3 td, tenang sgt hati ni rasa. tah la napa. mungkin sebab da lama rindukan suasana ma3 yg merupakan bumi barokah bagiku~ (: halaqat td bawah bimbingan ustzh KB. dulu beliau ajar ku masa tingkatan 1 dan 2. bla tengok muka dia, asa bedosa sgt. ye laa, dulu kan aku ni agak nakal kat sekolah. hehe. tapi, kedatangan ku dismabut baik oleh ustzh KB. dia macam tekejut j tengok ku. haha. maklumlah, lama menyorok sebelom ni. lepas salam2, halaqat pon bemula. ustzh terangkan dan ceritakan dgn sepenuh hati ttg betapa Allah sayangkan kita xkira betapa jahatnya kita pdNYA~. khilaf dg hati2 yg mendengarnya kerana Allah. cam nak nages j. tp, seb bek leyh tahan lg. hehe. mggu dpn ada lagi. moga2 xda aral melintang yg mengalangku drpd terus mendapat ilmu akhirat ni. Ya Allah, permudahkan la segala-galanya~ ameen. :)

Thursday, January 8, 2009

:)

Hidup berjalan seperti biasa, tiada yang menarik. Sekarang aku dah kerja. Seronok gak. Keja kat Iqra' Books. Banyak gak yang aku blaja kat cni. Rupanya, ssh nak dpt walau sebutir nasi sebagai rezeki yang halal. Even kja kat cni xberat, tp aku ley rasa sshnya nak mncari rezeki yang halal. Alhamdulillah BIG boss kat cni baik. klo aku wat salah pon dowg cam memahami yg ak msih baru kat cni. hee. Kakak2 yg kja kat sekeliling kedai ni pon byk yg membantu. thax ya! :)) syg korang!