Wednesday, November 14, 2012

Bergerak!

Kita bukan lg anak kecil yg terus bergantung pd gula2 utk terus tersenyum.

Telah disampaikan pd kita, akan cabaran dunia yg sukar utk kita perangi, tapi roh kita menjawap dgn keyakinan, yg kita mampu dan cuba utk menjadi khalifah di muka bumi ini suatu ketika dahulu, tika mana kita masih dlm tanggungan seorang ibu yang mengusung kita selama 9 bulan. Janji kita. Semuanya Allah catat, semua dlm tangan Dia.

Dan bilamana dewasanya umur, mencecah puluhan tahun, mengembaranya jiwa jua jasad ke seluruh perusuk dunia, melihat indahnya dunia yg penuh warna warni, suara suara indah yg menjadi melodi jiwa, wajah wajah tampan juga cantik yg menjadi igauan siang dan malam, dengan bangganya kita lupa akan janji, membuatkan kita leka akan amanah, yg telah kita tandatangani saat masih angka angka kecil. Manusia, inilah yg telah Rasulullah serta Allahurobbi peringatkan, suatu zaman dahulu, yg sering kita lupakan.

Hebatkah kita dengan melanggar perjanjian, melanggar hukum Tuhan yg menciptakan daun berwarna hijau, menjadikan ayam itu berkokok, dengan kuasa segala kuasa, dengan tiada segan kita menconteng arang diwajah agama. Ya, agama tidak pernah mengecewakan kita, truly is kita yg mengecewakan agama.
Allahuakbar.. Ampuni aku.

Saya juga manusia yg tagihkan peringatan. Saat sampainya jiwa ke bumi borneo ini, telah saya yakini bahawa Allah itu menghantar aku dengan perutusan yg penting. Kerja yg berat, usaha yg perlu aku tekuni. Ya saya yakin akan semua itu mampu dilakukan kerana Dia hanya mengujiku dgn kemampuanku sahaja.

Dan hari ini saya yakini, peringatan dan perutusan ini sangat penting seperti pentingkan air hujan perlu mengalir membasahi bumi menghilangkan dahaga pandan juga padi, sepenting perlunya seorang ayah mencari nafkah buat keluarga. Ya, ini serius.
Dan kaki ini harus terus bergerak, mata ini harus terus segar dlm mendalami ilmu, jiwa ini perlu tetap cekal dlm mehnah dan tribulasi, dan wajib berhenti bermimpi tanpa mencampak ini menjadi realiti.
Ayuh, bergerak!


Wednesday, August 8, 2012

Peringatan apakah ini?

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"



Keriangan hari ini, rezeki yg Allah bagi, saya berniat hendak iftar bersama sahabat saya yati dan nana (geng diploma dulu) jua bersama kaklong dah adik saya suhaibah :)

Sana sini saya kisarkan pada kawan kawan yg lain bahawa saya hendak iftar bersama nana dan yati. Gaya macam syok habis la. Mana taknya, lama dah xjumpa depa ni ^^

Kami plan nak makan kat steamboat dekat repoh, perlis. Kira dlm 5 minit dr rumah saya, dan dlm 20 minit dr arau (nana dan yati). Sesampainya di sana, kami makan dgn bahagianya. Sungguh saya rasa sangat bahagia :)
Nilai ukhawah itu bukan sekadar masa diploma, tapi sampai akhir dunia. Sampai zaman syurga iAllah. kami makan bersulamkan sembang sembang perihal masing masing.

Sungguh Allah itu sangat pengasih, Maha pemberi ingatan, Maha segalanya.
kami makan sampai dekat pukul 9. Kira dah bye bye la kat terawih surau. Dalam hati niat nak trwh kat rmh ja dgn adk n kak long. Punya ngalik sembang sembang n makan, gelak tawa skit sebanyak, tiba tiba terdengar letupan yg agak kuat momentumnya. Apakah itu? Tergerak hati nak terus memandang ke jalan tar.
Terlihat oleh kami kelibat seekor kucing yg agak femiliar bergolekkan di depan mata. Saya yg telah Allah susun berada dikawasan plg dekat dgn jalan, sangat jelas melihat tregedi itu. Terasa tersirap darah naik ke kepala. Sungguh!
Nyawaku bagai terbang bersama. Saya kira, Innalillah dah kucing tu sbb bunyi badan dia explode! Tapi, dia masih boleh bergerak. Then Allah hantar seorang kanak2 mulia terus ambil kucing itu dr jalan dan dibawa ke tepi jalan. Subhanallah. Allah ja yg tahu betapa degupan jantung saya menggegar menggegar seluruh tubuh ini.

Saya dan adik saya lantas pergi ke arah makhluk indah ini. Dalam hati ini tidak sanggup nak tgk, sbb tak kuat. Takot nages. And thats it, banjir terus perlis. Matanya terkeluar, mulutnya berdarah, dan ada sesuatu organ keluar dari duburnya. Ya Allah!!! saya.... manusia. Saya.. manusia yg sangat mencintai makhluk terindah ini. Memberontak hati ini mahu ditukar nyawa dgn makhluk indah ini andai mampu. Si ibu kucing yg sarat ini hanya berdiam diri bagai tiada apa berlaku. Adikku ibah terus mengusap kepalanya. saya lantas mengucap kalimah syahadah. Biar nampak sampah, tapi saya terasa bagai nyawa dia sedang mengelegak mahu keluar. Dan dia si ibu kucing, berdiam diri menanti waktu. Ibah dan saya, sudah tak mampu untuk melihat, kami lantas beredar.. Allah, peringatan apakah ini?

kala manusia itu lupa,
Sedang dia sebuk asyik dengan keseronokan dunia,
Dia Allah,
Sentiasa memberi peringatan bagi hambaNya,
Sentiasa beri,
tapi hanya disedari oleh mereka yg berfikir.
bagi mereka yg berfikir.

Mungkin tadi saya sudah terleka,
solat isyak dan teraweh yg terlambat,
lalu dia menyedarkan aku dgn tretegi air mata,
yg tidak saya sangka akan terjadi pd hari bahagia ini.

Mati itu,
kapan waktupun.
tiada sesaat lambat,
tidak sesaat awal.
mati itu,
pada waktunya,
tepat saatnya,
pasti harinya.
pada sesiapa sahaja,
binatang, manusia mahupun makhluk dunia,
yg namanya ciptaan Dia,
semua dalam gengamaNya.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

fenomena kematiaannya, masih seperti wayang dihadapan mata sy,
tiada butang off,
mahupun pause.
petanda apakah ini?
T.T

Sayang macam mana kita pada makhlukNya,
kelak didalam perkuburan,
kita ttp keseorangan.

"akak, tgk kucing ni, comel kan?"
"haah, sangat comel ibah ^^"

Allah.. berikan aku ketenangan..... T.T

Friday, August 3, 2012

manusia.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa,
Kadang aku menyemarakkan semangatmu,
Kerana aku sayang kau melebihi diriku.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa,
Selalu aku mendengar ceritamu,
Kerap aku menasihatimu,
kerana aku kasih akan kamu.

Aku manusia, yg punya sifat putus asa.
Aku bukan capai iman malaikat.
yg tiada buruknya.
bukan jua bidadari,
yg sempurna pd zahirnya.
aku bukan siapa siapa.


Jadi jangan pandang aku aneh,
andai aku keluar dgn masa,
pergi jauh sebentar,
untuk menyedut udara segar,
dari masalah2 jiwa,
yg kau sendiri lakarkan.

aku manusia, yg punya sifat putus asa.
jadi kekalkan namaku manusia.
kerana aku tak sempurna,
utk menjadi teman yg sedia mendengar,
segala sampah cinta yg kau sendiri sedar
tiada guna.
tidak berguna.
kerana tiada Illah dalamnya.

maka aku,
hanya manusia,
yg ada sifat putus asa,
beredar.
dr duniamu wahai manusia

aku manusia,
yg ada sifat putus asa dgn manusia
jd yg termampu aku hanya doa.
Doa.

Wednesday, August 1, 2012

Program.

this friday im going to kajang to attend a program. hihi.
bajet je speaking kan. tp kali ni sy risau dan takot. entah kenapa mcm berat ja program kali ini. ialah, smbil conduct manusia ia akan jd proses dlm membentuk diri kita gak kan?
tau.. tp. entah. rasa tak mampu kali ini.
ramai yg berhajat. jd sy kena turun padang juga.
ilmu itu ukurannya bukan pada kata2 shj,
tp kena praktikkan. betul?
try and error la beb.
salah sure ada yg membetulkan.
jom bentuk diri jd muslim. muslim saja bukan pd nama, tp pada kehidupannya :)

doakan saya.

Kehidupan.

Salam alaik :)
Apa khabar kalian dlm version ramadhan? Harapnya sedang bz menperkasakan iman dlm bulan barakah ini :)
Hari ini, bg saya hari penuh rahmat. bukan hari2 lain itu tiada makna, cuma hari ini terasa benar rahmat Dia. Alhamdulillah :)

Dan hari ini sy terasa rindu. rindu pd mereka yg pernah menjadi mereka yg bermakna dlm hidup sy. saya cinta? ya. sangat sangat.
Tapi kerana perkara2 tertentu, cinta itu bagaikan sampah. walaupun sy menganggapnya sahabat.
pelik kan? org kata, sahabat tu till jannah. so apa halnya dgn sahabat sy ni? :)
entah. mungkin sy belum master dlm ilmu ukhwah ini. dan pengalaman itu mematangkan. right?

amat menyedihkan bila kita nak follow up keadaan sahabat kita, tp kita tak mampu. knp? entah. ada jua kekadang km berbalas sms, biasa biasa sja. kadang tak tertahan rindu, sy call n sms katakan rindu :)
saya pernah juga berniat nak usha profile fb dia, tp rupanya dia block kita. sad isnt it? tp hikmahnya mungkin sy tak dpt lihat perkara menyedihkan di profile dia. mungkin sy lbh sdih kalau usha wall dia. gitu? maybee :)

saya manusia.
saya bukan anak yang baik pd keluarga.
masakan sy mampu jd sahabat yg baik.
no way.
but i try..

sy cinta,
tp sy serik
serik what?
serik berkawan.
bukan salah org lain, but slh sy
sbb sy xreti berkawan.
smpai ada manusia boleh block kat fb.
lawak kan? haha. sure la weh.
sedih? haruslah.
standard la sedih kan.
tp utk apa panjangkan? useless.
Allah beri kehidupan ini penuh warna.
knp nak bazirkan?
hargai yg lain.
^^

sy tak lupa. sy selalu igt.
tiap kali sy ingat, sy akan doa
"Allah, pelihara dia kat mana pon dia ada, berikan kehidupan terbaik buatnya, dan jangan tinggal dia."
knp? sbb kalau Kau tinggalkan dia, aku takot dia terjumpa lg manusia macam aku.
im useless ^^

saya selalu doa, semoga sy lupa. sbb sy selalu igt. manusia2 yg menjadi makna dan warna hdup sy. sy syukuri, dan sy teladani. whatever happen with a reason. belajar la beb.
kalau semuanya indah then apa makna hidup kan? :)

Saturday, July 14, 2012

Tali aku.

Nilai ukhwah itu,
Takkan boleh dibeli dgn dunia dan keindahannya,
Tiada bandingan kalau nak dibandingkan dgn lelah penat dan jarak kilometer,
Selagi hati ini terikat kerana Allah,
Maka aku pasti tiada apa mampu meruntuhkannya :)

So right kan? :)

Wednesday, June 6, 2012

Nikah.

assalaualaikum :)
Long time no see kann? Hee. Bz dgn kehidupan seharian. Tak kerja tetap tp still bz. Saya bersyukur kerana itu. Kerana tiada masa lapang yg boleh diselitkan dgn maksiat :)

Haaa.. kalau yg baca title kat atas tu mesti ada gak terfikir yg..
"fatimah ni nak nikah da ke?"
"sahhh... dengaq macam macam dahh sebelum ni..."
"haaa.. kan aku dah agak!"

Haha. Sebenarnya.. saya rasa sangat sangat gembira! Excited! Bersyukur! sebab.. sahibah sahibah saya dah semakin ramai akan menjejak kaki ke alam rumah tangga ;')
Harapnya, bahtera mereka utuh hingga ke alam syurga ;)

Nikah dangan kawen. sama tak? Hee. lain sebenarnya. mungkin ada yg cakap sama. tapi bagi saya tak.
Kawin ni sekadar kawin, kawin yg biasa. yg hanya berkhawin dgn pasangannya. tanpa sedar yg dia akan berkahwin dgn family pasangan dia jugak. berkahwin dgn sifat dan perangai pasangan dan family dia jugak. terasa kawin itu utk menyuap nafsu yg lapar ja. Ya Allah.. nauzubillah. harap sy tidak tergolong dalam golongan ini.

Nikah. Nikah ini memerlukan preparation yg jitu. Kekuatan hati yg kental. Kerana tiap detik hidupnya, dia terasa terdidik dgn ilmu Tuhan. Ujian membuat dia matang. kerana dia sedar, dia akan bernikah dgn pasangannya dan keluarganya. dengan agamanya. dengan semua kehidupan pasangan. perlulah utk dia persiapkan diri dgn kehebatan yg nyata dr Dia. kerana, baitul muslim bukan sekadar menyatukan dua org kerana Allah, tetapi ign melahirkan anak anak yg solah dan solehah yg boleh memakai islam sebagai pakaiannya, makan dan minum islam dgn halalnya, melakukan gerak geri islam dlm kehidupannya. Nikah bukan sekadar kawin. ia lebih.

jadi buat sahabat saya tengku masyitah tengku paris dan pasangan,
serta sarah ali dan pasangan :)
saya doakan, bahtera yg bakal mereka naiki bersama yg terpilih itu, utuh nahkhodanya, kukuh banggunannya, soleh anak2nya dan sentiasa dlm kerdhaan Allah swt :)
barakallah hulakuma ;)

Thursday, May 17, 2012

Taat :)


Tak ada islam tanpa jemaah,
Tak ada jemaah tanpa pemimpin, 
Dann.....
Tak ada pemimpin tanpa ketaatan :)
Jangan salah memilih pemimpin, pemimpin dlm diri, pemimpin keluarga juga pemimpin negara :)

There is an urgent need to change ;)

Baru baru ni ada join program under haluan :)
SEHARI BERSAMA MUROBBI :)
Membuat hati ni kembali segar macam pokok kena siram masa panas terik. Hilang dahaga :)
program sehari ja. drive dari perlis lepas subuh besama kak aisyah, kak arfah , kak majad and kak ekin. then sampai sungai petani around 830 am. start program dlm pkl 9 la lebih kurang. Ingatkan tak ramai, rupanya subhanallah, ramai sgt.. sahabat and sahibah semua dlm 30 40 org. ramai kan untuk memenuhi  surau kecik kat situ. hehe ;)

Pakcik baharom a.k.a murobbi kami share macam macam.
hakikatnya kehidupan kita ni, kita akan diseksa oleh apa yg kita cintai. contoh macam kita main DOTA, kita akan tegang mata siang mlm main game tu sbb kita CINTA benda tu kan? So tentukan yg mana lebih aula untuk dicintai, sebab itu penentu keseksaan atau kebahagian kita dlm bercinta. right? :)
Kerana iman tu sebenarnya ada dua bentuk, dlm bentuk cinta atau benci. Kita beriman kerana cintai Dia, untuk membina kecintaan itu juga mungkin kita bermula dgn benci utk beramal kemudian mendidik hati menjadi cinta yg mengubah kepada iman yg hakiki. Iman, mutiara dlm jiwa kita. kalau jiwa mencintai Allah, pasti seisi dunia tak mampu membelinya.  So that, there is an urgent need to change. Change to be better. sebab sunnah terbesar Rasululah adalah.. DAKWAH!
jadi jangan biarkan kemungkaran berlaku sebab kalau kita biar, kita ni part of it. Kalau kita biar adik kita main game sampai tak ingat nak solat without doing nothing, so kita terlibat sama dgn kemungkaran tu. At least, tegur banyak kali sampai dia baling kerusi pon takpa. asalkan kita jalankan kerja kita dlm menegakkan sunnah Nabi :)

Panjang and banyakkkkkkkkkkkkkkk lagi yg pakcik baharom share tp kesuntukan waktu nk type ni. IAllah nnt free ill continue this chapter, biiznillah :)



Monday, May 7, 2012

Nightmare.

Langit yang menjadi saksi suara hatiku yg tiada manusia fahami.
 
Teringat masa mula mula masuk uitm, part one.Kami satu dorm. me, her and her.
Setiap hari penuh dengan kecerian. Setiap hari penuh dengan cerita cerita. Almost everyday jugak kami suka sembang bab kahwin (mood gatal). kalau sedih share sama sama. Menangis sama sama jarang sbb one of us akan buat yg lain ketawa bla mood sedih dtg :) HAHA! but, mengarot2 pon, Setiap hari jugak diselang selikan dengan sembang tarbawi :)
I really miss all those memory. Memories  yg selalu saya kongsikan bersama yg saya rapat.
Sebab, they are special. Till now :')

Mungkin Allah tarik semuanya kerana sifat kita manusia yang tak reti appreciate dgn apa yg kita ada :) Rasa menyesal? not really :) saya belajar redha. walaupun saya sangat cintakan mereka sampai sekarang. whatever it seem like  we r nothing but shes always in my duaa.  Tak percaya? Its up to you :)

It been just like a sweetdream. It gone when i was in part3 to be. Best words, HARD! Being such a nightmare to me everyday. its killing me day and night. Macam mana rasanya, macam hilang kaki, macam hilang sayap? Rasa macam breathing yg sekat sekat mcm sesak nafas but keep trying to live as usual bcos i know Allah never left me when i have no one :)

Kita manusia tak pernah rancang perpisahan :) tapi itu semua rahsia Allah :) and kita hambanya kena redha, right people? :) Berdosalah kalau kita memarahi takdir, sama ja mcam kita marah pada Allah.. nauzubillah. Taknak tergolong dalam golongan begitu :(

And you, kalau you the one that reading this, are the one that i mentioning without name there, just remember that,  janji saya, kita nak jadi sahabat sampai syurga kan? Sama sama mengingatkan, sama sama mendoakan, saya jatuh, awak bantu, awak jatuh, saya tolong. kan?

mungkinkah kalau nanti kau hampir jatuh ke neraka, dan aku pula menuju kesyurga,
akan aku undurkan langkahku menarikmu bersama aku,
walau sakitnya menerpa neraka itu, aku akan tarik tanganmu,
agar kita sama sama berpimpin tangan kesyurga Dia.

Uhibbukifillah :)

P/s; I never regret of what i have choose :) Walaupon sejak itu kita jadi renggang. For me we still in the right way kalau kita benar2 bumikan niat kita yg sama dalan paksi diri kita, hati :) just pemikiran yg mungkin berbeza membuatkan oleh kerana hal yg demikian kita jadi BEZA :) bukan pada aku :)
Nilaian itu pada Allah bukan pada manusia. Sadness killing me then after i had decide what tanzim im going to be with :) bcoz what? sbb rasa kehilangan sahabat. rasa terbuang. rasa terbiar. rasa kena campak taik dr semua org. tau rasanya macam mana? rasa macam family sendiri pulaukan. sakit? of cos! tapi itu hanya sebisan tak sampai 1% sakit perjuangan Rasulullah dulu. i learned from that. try to be strongest then. :) TQ. Aku tidak membenci kamu, cuma aku mahu Allah cintakan aku.

Friday, May 4, 2012

RINDU


Try not to cry..


SADNESS, SICK :(
Both words that i hate the most.

Aku hanya insan biasa yg punya rasa rindu,
FITRAH~
Walau mcm mana selalu gadoh pon, 
Sakit hati,
Geram, Meluat, Menyampah,
Tak nak tengok muka,
But, she was a part on my life before,
A part.
50% may bee,
Dasyat? Huhuuu..
Dont say any.. Im just wanna express my feeling right here, right now..

Sakitkan?
Bila kita rindu orang tapi takleh nak cakap sebab ego,
im not that ego actually,
cuma rasa menyampah n kadang kadang rasa dipergunakan.
and when im texting her, theres no reply back.
Sakit beb!
But bila ada something she wanna know,
She will ask me then,
Waaaa, gila rasa taknak reply msg tp reply gak atas dasar keperimanusia and jujurnya..
RINDU~


Takleh buang insan ni,
Sahabatku juga.
Dulu masa susah dia penah tolong,
Masa sedih dia ada,
masa happy dia adalah penceria suasana,
i used to knew her deeply..
i used to be the one that she close the most,
n now, i feel lost..

hati ini memberontak rindu,
jiwa sakit menahan sebak di kalbu,
sahabat aku hanya ingin kau tahu sesuatu,
sejauh mana jarak kita,
kau sentiasa dalam doaku,
kau antara manusia yg aku ingin berjumpa disyurga Tuhan.
Bukan  neraka dendam,
Allah.. pelihara ukhwah ini..
Amin..



 

Wednesday, May 2, 2012

:)

Moga aku xmenjadi perosak imanmu,
Jauh sekali menjadi peruntuh hubunganmu dgn Allah,
Tak pernah berfikir nak merampasmu dari sesiapa.
Andai ada jodoh, IAllah ada..:)
let us perform our duty first, ok=)
4get all menda yg xpnting..
moga Dia yg terkini di carta hati.





P/s; farah wahida, those words killing me inside out. And its true ;)

Puncak Alam 2

Some of picture captured there. Puncak Alam, Shah alam. ( Adik beradik la tu kan :) )

Yam, Ibah, n Monyet :)

My baby :)

Me with mine :p


Jiran Anda :DD
.
Shes tired :( and Shes my heart. I heart you MOM <3

Puncak Alam ;)

Assalamualaikum :)
Long time no see :p

Actually baru balik dari Selangor :)
P rumah kat puncak alam, ummi nak sewakan kat student uitm puncak alam. Beli perabot, cuci rumah, cat rumah.. huh.. gilakk penat! tiap malam tido awal sbb penat! Tapi yg bestnyaaa.. rumah kami dekat dengan MCD! haha.. Boikot bhaii.. tp iman memberontak.. p jugak.. senyap2 tanpa pengetahuan ummi. But i know CCTV Allah tak penah off.. Waaa.. Astaufirullah.. :(

Sekarang da ada kat bumi kayangan. Malas plak nak start keja. Rasa nak duduk rumah ja. Kononnya nak keja kat kdai makcik haida, tp... MALAS. Keja dgn ummi ja laa.. Learn to be anak solehah. Cehh. KONON!

Nakk p pondokk.... Bilaa nk p ni.. Huaaaaaa~~~~

Tuesday, April 24, 2012

Child.

 Dear mom, everything is gonna be alright, trust me :) and have faith in Allah.I know u were strong enough to face the problem ;)


p/s : Kalaula dpt anak comel mcm ni, MashAllah..... BAHAGIANYA ;) tapi kena soleh jugak itu asset ;)

Grow please.

Dengan nama Allah yg Maha pemurah lg Maha Penyayang :)

Harini kena buat;
-Kemas rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, bla bla bla keja rumah semuaaaaaa..
-Usha sawi, kacang, tembikai n cili kot kot dah tumbuh ( padahal baru tanam semalam :p )
-Update blog (done kot? :p )
-Masak..
-Study Math utk ajar sahabat :)
-Study math jugak utk ajar adik yg =='
- And lain lain ( Takkan nk cerita detail kot? huhu)

Seperti hari hari lain, semua pekerjaan diatas mmg kna buat utk tambah income pahala sebagai anak ummi yg no2 . Haha, takda kaitan. Just semakin hari rasa bosan duduk rumah tanpa kerja tetap utk dpt fulus @ duit @ dollar america sebagai bekalan masa depan, utk degree nnt mungkin. iAllah laa.. Huhu ;)
Bukan taknak kerja tp ummi berat hati nak lepas sbb dia suruh buat kerja rumah and buat kuih ja letak kat pantry dia. Duit masuk la jugak cuma rasa bosan nak keluar ja rasa. Sometimes rasa nak serbu ja rumah member2 tp semua tgh stdy. Ada geng2 budak laki jaa takkan nak p rumah depa kot? =='

This weekend iAllah nk gerak ke selatan atas urusan tertentu. Cant Wait ;) doakan semua selamat tau people? Moga Allah redha.

Jazakillah/kallah for reading this entry :)
Stay tuned ;p

Monday, April 23, 2012

New Start :')

BismillahArRahmanArRahim :)

Menanam niat, Membaja semangat, menuai Amalan ;)


In the name of Allah, the most gracious The most merciful :)
Hehe, tatau nak start dari mana. Jauh becabang kisah hidup sekarang. But the most important is, syukur Alhamdulillah dah habis diploma kat UiTM :) -kalau tada repeat paper, hopefully no.. Huhu..

Im now 21 years old to be :) Agaklaa dewasa kan dr bilangan numbernya? Haha.. yelah.. tapi menyedari hakikat kehidupan, pengalaman yg mengajar sedikit sebanyak mematangkan physically n mentally. And tengs God for that :')

Hey, but im not yet isteri orang. Masih single but NOT available iAllah. HAHAHA!
Ada cita cita nak kawen muda, ummi tau. HAHA, bukan apa, nak jaga HATI :) Cuma takot rosak dan parah. Mengikut wakiaq skrg, surely hard to take care of our heart rite? Nak kena pasak dlm diri cinta Allah bukan kerja mudah. Nak syurga Allah, kenalah kerja keras. The main is, HATI :) the hardest is, HATI :) Sebab tu ada cita cita nak kawen muda. Hihi. tapi cita cita tu sekarang dijadikan impian kerana cita cita berubah kepada syurga Allah. Pasti? YA SANGAT PASTI IALLAH :) Nak menuju kearah tu, then baru dapat sum1 yg bersama nak menuju ke situ kan? Actually im not that choosy, saya redha dgn apa pon yg Allah bg nnt iAllah. just myself n i, i had promise to myself to be better. Bukan utk spa2 utk diri sendiri. Keraskan diri n disiplinkan diri utk belajar buat semua kerja rumah n Kuatkan ibadah hati, diri.. TRAIN :) Train utk jd yg terbaik. So that ill be the best wife for my future husband so do for my relegion, Islam. IAllah..
Stop talking about married. ( Jauhhhh lg)

AM talking to myself,
Dear self, Hihi,
U know urself better rite?
Rasa tak hati makin jauhh dr Allah?, RASA (SANGAT!)
So, apa yg hg tunggu lg? (Im moving)
Moving from what? (im trying to move on from jahil to be better)
What better? Peanut butter? ( Huhu,as long as rasa sensitiviti dlm hati, rasa bedosa buat salah tu ada lg dlm hati, then u masih selamat fatimah. masih ada cebisan hidayah dr Allah utk hg bergerak kembali)
Im bad..( surely. Badly BAD! tp Allah Maha menerima taubat, sikit sikit iAllah akan jd lebih baik dr tak berubah lansung)
Now i know, i must move on.. n be better..
Smile n change urlife ;)

New start have begin :)

SAHABATs, Do pray for me ok?

Sunday, April 15, 2012

RINDU.

Happiness only real when share, right?


RINDU KAWAN KAWAN KAT UITM!
Angin.. layangkan rindu ini walau melalui suara suara,
Awan..  terbangkan rindu ini dlm cahaya mahupun suram,
Hujan.. simbahi mereka dgn kasih sayang,
Tuhan.. Tolong pelihara mereka siang dan malam...

Moga tanaman ukhwah ini dapat dituai diakhirat kelak. AMEEN <3