Saturday, July 25, 2009

sekadar update~

:23:
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~
:30:
syukur ke atas Ilahi atas nikmat iman & islam utk hari ini & selamanya insyAllah..
:24:
Alhamdulillah, sekarang aku berada di rumah. UiTM seluruh malaysia diberi cuti selama seminggu bagi menyelaraskan cuti mid sem yg diawalkan akibat wabak terfamous H1N1.. huhu
:21:
tiba2 teringatkan sahabat tersayang kat kolej. apalah depa wat sekarang. surely rasanya sedang enak dibuai mimpi indah~
:01:
aku pulak kena wat assigment CSC134. malam ni b4 kul 12 kena submit kat student portal uitm. moga Allah permudahkan..
:25:
k lah, nak sambung buat kerja. jumpa lagi. assalamualaikum (:

Thursday, July 23, 2009

lagi & lagi..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Mengasihani~
bersyukur kepa Allah atas nikmat iman & islam untuk hari ini & selamanya insyAllah..
assalamualaikum..
maaf atas kelewatan mengUpdate Blog ini, sudah usang lihatnya..huhu
ketika ini, aku masih berada di Office Ummi, UiTM Arau, sebenarnya, tujuan utama aku berkunjung ke opis Ummi hanyalah nak amik hadiah dari kak ah dan hantar barang yg ummi nak, tp bila tgk jam, masih awal untuk ke kelas, jadi aku curi masa ini untuk menambahkan entry d blog aku pada bulan julai ni.. hehe.. buat masa ni, Alhamdulillah, aku sentiasa merasai manisnya nikmat iman & islam.. Allah tersangatlah menjaga aku. aku mempunyai hadiah sahabat dari Allah yg insyAllah sefikrah dengan ku. sayang amirah, ain, nana, zrah dan yg lain! (:
semalam, sedang aku landing2 kat bilik selepas penat buat batas untuk tanam sawi, bayam & kangkung di ladang, salah seorang roomate aku tanya soalan cepumas. sebenarnya, bukanlah soalan cepumas, cumanya, soalan yg jarang2 orang nak tanya. nak tau dia tanya apa? dia tanya..
"tmah, apa beza sembah kaabah dengan sembah berhala? bukan apa, kaabah jua objek begitu juga berhala.. *** kurang faham laa..."
glub! agak terkejut aku, tp, alhamdulillah.. Allah beri aku ketenangan..
aku pon jawaplah..
"um, bagi pemahaman yg tmah ada, kaabah itu bukanlah semata2 objek. ia merupakan kiblat bagi semua umat islam seluruh dunia untuk menyembah, bermunajat, menghambakan diri pada Pencipta kita, Allah SWT.. ia juga merupakan centre point, titik tengah mengikut geografi di muka bumi Allah ini. dan, kaabah bukanlah seperti berhala dimana berhala itu boleh di letak di mana2 tempat yg penganutnya suka, kaabah terletak d tempat khusus yg Allah tetapkan. kaabah merupakan 1 kiblat yg menunjukkan kita menyembah Allah yg 1, Tuhan yg 1, bukan 2, bukan 200, bukan 2000.. kaabah juga menunjukkan betapa umat islam ini bersatu, unite, dalam melaksanakan ibadah di satu kiblat yg 1 untuk bermunajat pada Allah SWT. "
masih ada kekurangan pada jawap aku ni, tp, Alhamdulillah, rakan sebilik aku lihatnya puas hati dengan jawapan aku. niat aku agar dia betulkan sedikit pemahaman dia mengenai kaabah, tempat suci kita. aku sangatlah bersyukur sebab punya roomate yg mempunyai sifat ingin tahu macam tu. lepas ni, bolehlah aku cuba untuk "basuh" dia sikit2 kan? hehe..
lain pada itu, ada juga yg tanya pelbagai soalan yg aku agak sukar untuk menjawapnya. tp, Allah beri aku kekuatan & jawapan meski diri ini terasa tidaklah layak untuk menjawap soalan2 begitu. tp dengan apa yg aku telah isi, pelajari semasa aku di menelaah di maahad attarbiyah al-islamiyah, mengikuti beberapa program pengisian rohani, asuhan ummi, bantuan kakak tercinta, sahabat seperjuangan terhebat, ini semualah yg banyak membantu aku.. cantik benar perancangan Allah.. subhanAllah!
cukup dulu buat kali ini, terpaksa sudah aku megundurkan diri untuk ke kelas. doakan aku! agar diberi kekuatan bagai kekuatan panglima perang islam ketika berjihad.. insyAllah..
p/s; kalau ada pendapat mengenai kaabah tu, share lah yee? (:

Wednesday, July 8, 2009

huh !

in the name of Allah the most gracious the most merciful, assalamualaikum, syukur ku panjatkan terhadap yg tercinta ya Rabb atas nikmat iman & islam untuk hari ini & selamanya insyAllah.. maaf lama x update , aku sangatlah bz, sekarang dah masuk uitm arau & sangatlah benci uitm arau! huhu. orentasi yg sangatlah xbest tp aku sangatlah Bersyukur sebab orentasi dah habis & aku dah start kuliah. Alhamdulillah.. doakan yg terbaik buatku. moga Allah mudahkan segalanya & harapnya aku dapat bawak islam kepada yg lain insyAllah..