Saturday, December 10, 2011

suara.

aku perlukan music,
yang bisa buat aku tenang,
music yang dibawa angin bayu,
menyapa pipi dengan bahasa bahasa hati yang mencucuk,
menjait resah hati menjadi damai,
kasih Ilahi yang mahal,
mencuit hati agar yakin,
bahawa dengan Dia sahaja hati akan tenang.

Turn the music on pls!

Sunday, November 27, 2011

Move on ;)

Lama sangat tak update blog. But seriusly, draft mmg banyak. Hee. bukan apa, takot nak publish. takot ada yang terasa pedas walau tak makan cili. Ohh nooo, harap tak jadi kat sini ;)


speechless :)

Thursday, August 25, 2011

Ya Allah..

Sejak dari semalam, hujan lebat... Sejuk sangat.. walaupon suasana nyaman, tapi hati ni sentiasa rasa tak sedap hati.. entah kenapa.. rasa tak tenang, rasa gelisah.. Allah, perasaan apa tu?

pagi ni, mendung, hujan renyai2, tiba2 dapat call dari ummi, ya Allah.. ujian bulan ramadhan ni, tak putus.. rasa nak menangis, tapi, ku tahan dengan senyuman keseorangan..

senyum, senyum, senyum, tapi akhirnya lepas solat dhuha td, banjir jugak..
kat mana salahnya ya Allah? dimana harus aku perbaiki? kesian ummi, dia penat..

Tekad.
Sudah aku tekad,
tiada yg bisa lawan takdir selain usaha,
tidur yang nyenyak bukan penentu aman,
masa yang lapang bukanlah penyelamat keadaan,
tapi,
ketaatan dan redha, usaha dan tawakal..
doa supaya kekuatan itu kita yakin hanya dari Dia,
jangan main main,
bukan semua benda percuma dlm dunia,
be grateful.

p/s: takkan ada siapa yg faham entry ni. abaikan TT

Friday, August 19, 2011

pijak pada realiti.

Banyak perkara yg terjadi yg sukar diterima akal kerana masalah diri sendiri yg jauh dari tuhan. Sedarlah dan berpijak pada realiti dan bakar fantasi yg mustahil lagi terjadi. mulakan kehidupan dengan menghidupkan diri dlm alam. bukan sukar kalau kita yakin pada tuhan dan percaya pada qada dan qadar. Allah is nice and He always do. Jangan risau dan senyumlah selalu kerana kesyukuran  itu corak kehidupan bukan hanya ucapan tahmid semata. warnakan kehidupan, masa silam jadikan kenangan yg indah yg harus disyukuri. dibuang bukan bermaksud tak berguna, tapi mungkin masalah diri sendiri yang tidak baik pada manusia. sabar dan redha. usaha dan tawakal. tawakal dan doa. kunci mukmin bertaqwa, berdoa. Allah always there for u fatimah ;)

Thursday, July 28, 2011

belajar ;)

kadang2 rasa marah menguasai diri kerana berulang kali cuba mengalah tapi bagai tiada erti. belajar memaafkan dan berusaha untuk meneruskan kehidupan. tersenyum dalam durja walau hati terasa kecewa. dan bahagia bila segalanya kembali berbunga. it just, kena menghargai dan jangan mengharapkan balasan. thats it. belajar ;)

grateful

 be grateful

Wednesday, July 27, 2011

i love my mum

i love my mum and i always do. semua orang sayang mak dia. so do me. saya hanya ada sorang ummi yang menjadi ibu dan ayah sekali gus. hebat kan? thats my mum!
and u my friend, jgn sedih. palingkan wajah yg durja itu dan panjangkan tangan mendail number phone ibu kamu, buangkan ego, ur mum dah bekorban banyak sgt kan? melahirkan dgn payahnya, nak compare pengorbanan beliau dgn kita, hesh. macam beza sangat kot kan?
malulah nak compare. huk huk. (tak layak tak layak)
ingatlah, peluang hanya sekali, saat yg berlalu tu datangnya hanya sekali. memaafkan surely buat kita tenang if kita ikhlaskan lillahitaala rite? its ur mum, bukan manusia lain. darah dia mengalir dalam badan kita. bersyukurlah! always bersyukur dengan nikmat yg kita ada supaya bahagia yg menyapa kita bukan kita mengejar bahagia.
ummi, i love u ;)

p/s; jom p class ETR ^^

Tuesday, July 26, 2011

waiting

Tunggu class minor crop en amizi tht start at 430 pm tp taklarat nak tunggu luar LT5 so lepak kat lab comp bukak FB. hailaa manusia..
waiting really make me sick!
hoi, SABAR!^^

Thursday, July 21, 2011

True

Happiness will never come to those who fail to appreciate what they already have
true right? ^^

Wednesday, July 20, 2011

chances

" Life always gives us a second chance "

ANAK ANAK

being a child was the most wonderful world in life ;)

menjadi manusia yang paling jujur dan tiada helah,
senyum dikala gembira,
menangis diwaktu derita,
KANAK KANAK MEMANG JUJUR!

Tuesday, July 19, 2011

manusia

memberi bahagia menjadi bahagia ^^
menjadi manusia yang guruh jiwanya, ah, siapa mahu
dan hujan yang kian lebat dalam jiwaku ini kadang aku berteduh pada payung yg tua,
kerana tiada sabar dan syukur membuat jiwa jadi derita
sudah aku penat

ah.. bersabarlah..
hai.. bersyukurlah..
tiada henti segala ujian melainkan matahari menjadi malap

dan yakinlah pada Dia yang menciptakan
convert segala hujan derita menjadi pelangi bahagia ;)

Monday, July 18, 2011

yeah mid term!

salam! ;)
ok. sekarang cuti mid sem. nama ja cuti tp banyak benda kena buat. cover minor crop, engine (sketching) , journal QMT dan dan juga account.. haa.. acount account =='
memang tiap kali balik cuti ada azam baru, haha! kali ni betul2 ok. target nak habis cover semua tu jugak. then nak buat simple notes untuk minor crop, rasa macam nak jual kalau menjadi! haha! gila betul. ok nak kumpul duit untuk kawen! ;p Allah, harap2 dapat la kannn buat notes and semua ni. jangan cakap ja lebih. huuu. manusia2..
cuti ni jugak nak p tambah darah yang rendah tu. huh! haritu adah cerita pasal dia and ika kejut saya kat kolej yang tak sedar sedar sampai ika tampar tampar muka. betul ka? ishh. macam menipu ja. ishh. tah.. lemah sangat kot masa tu.. huu. solutions = HTF!

ok last, kalau kak ah baca entry ni tak faham kot akak? hm. on skype nnt, kita sembang. banyak order nak tempah ni untuk this coming ramadhan and raya. nak cari duit sakan skit! huuu

p/s; kakak, pls laa on skype! ;(

Monday, July 4, 2011

durian

Ok, geng kulim, get ready. aku nak serang dusun hempa nak makan durian weekend ni iAllah
( kalau Allah izin)
Ya Allah... mengindamnyaaa..
Pakngah, makngah, fatimah nak p kulim weekend ni!

suram

Mendung menyiakan hujan didada. Guruh kilat sambung menyambung membuatkan jiwa menjadi lara, gundah, sedih, payah. 
Kata kata susah yang tak patut dilontar jiwa jika kita yakin pada Dia. Sudah! Nyahlah dari jiwaku agar pelangiku kembali bewarna, dan mentariku kembali menyinar.

Saturday, July 2, 2011

buatmu sayang..

buatmu yang tersayang, aku selalu merinduimu sepanjang masa, tiap ketika..
HAHA!
sebenarnya entry ni takda kaitan dengan SAYANG tu pun, tak da maknanya. saja ja gatai gatai tuleh macam tu ;)

Alhamdulillah, sekarang saya sudah berada disem yang ke5, senior la katakan. dah nak masuk 5 sem belajar kat UITM arau, huh.. apa yang dah saya sumbangkan daya buat islam disana? Ya Allah..
Kisah itu, hal ini, cerita itu, bab ini... Tak habis2 dengan masalah2 dunia yang takkan pernah sudah. Hei, buat tak tahu ja. Tanam benih banyak2 ja, nnt kat akhirat kita tuai ok?
Nothing to say, cuma...

Suasana yang bahagia itu, akan membuahkan hati yang ceria,
Suasana yang kusam itu akan membuatkan hati jadi suram..
So, bentuklah suasana yang bahagia ;)

(apa yg tertulis di atas dan bawah macam tak ada kaitan kan? hoho.
 Pening2..)

Monday, May 16, 2011

;)

tiada yg bisa menghalang..
Tuhan yang mengatur bumi
Tuhan yang mencipta matahari
Ketetapan hati ini hanya Kau yang bisa pagari
:)

Manusia dan perbatasan
ketakutan dan perasaan
semuanya mainan syaitan yg mengganggu ketenangan jiwa
segalanya pasti indah jiwa keyakinan pada Allah melingkari hati
bila senang bersyukur
bila susah tiada gundah
sentiasa tenang dengan pergantungan padaNya
tak kira apa sahaja ujianNya
apa sahaja ujianNya ^^

Monday, May 9, 2011

..

Sekian lama tak update, sekarang baru nak update.
Allah, terima kasih atas nikmat ini, sehingga sekarang masih terasa keimanan yg bersisa dlm jiwa, biarpun sedikit TT..
Allah, bolehkah berikan aku hati yg baru?
Kerana aku mahu jadi sesuci bayi, kemudian matikan aku. Supaya aku mati dalam keimanan. boleh tak? TT

Friday, February 4, 2011

Hikmah :)

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance.

p/s; Sukaa sgt ayat ni! :)

Tuesday, February 1, 2011

Risau!!!!

Nak call tak boleh, nak skype kirim salam, nak email babai, nak YM lagi lah =,="
Hanya doa boleh dilayangkan..
The only senjata yg boleh guna, hanya doa..
Kakak, bertahan, bertahan, bertahan!
Akan Allah hantar bantuanNya untuk kalian yang berjuang disana..
Tidak sama sekali zalimNya buat mereka yang menuntut ilmu demi Dia.

Kakak, kami semua mendoakan kakak~
:(

Husni Mubarak, sangat menyusahkan!!!

Monday, January 31, 2011

Hargai :)

Bukan semuanya mampu dilontarkan dengan kata kata,
Mungkin saja dengan bahasa rongga mampu merungkai semua,
Wahai manusia,
Aku hargai segala apa yg telah kau korbankan,
Jua telah kau berikan,
Serta apa yg telah kau sampaikan,
Bersama apa yg kau kongsikan,
Sungguh! Tiada bahasa mampu aku sampaikan betapa aku menghargainya.
Dalam jiwa,
Kau sangat aku cinta.
Walau aku ini hanya sampah dunia,
Yang hanya mampu memarut derita,
Yang hanya akan menduka makhluk manusia,
Yang tidak punya bahagia pada rupa,
Apa lagi pada bahasa,
Tapi dalam benakku ini,
Tertanam sudah benih doa,
Yang menunggu pohonnya tiba,
Pada saat ketika,
Aku tidak mampu berkata kata,
Dalam bahasa yg tiada manusia memahaminya,
Dan saat itu,
Harapku cuma,
Kau semaikan doa,
Pada setiap sujudmu,
Agar aku bahagia disana..

Saturday, January 22, 2011

huk huk huiii..

Lamanyaa tak update blog. Bukan tak da masa, cumanya tak da peluang nak mencoret, macam malas malas ja. Huhu.
Sekarang ni ada kat rumah, ni first time balik rumah masa weekend for this sem, macam pelik pulak rasa. Sebab jauh dari sahabat tersayang kat kolej kot? fufufufuuu~
Sem ni banyak gila kejutan, paling mengejutkan, habis sem bulan 5, masuk balik bulan 6 kot? Yang dasyatnya grad bulan 3 next year! huh! Cepat betul masa berlalu.. Serius cepat.. Tak lama dah nak tinggalkan UiTM.. Hum.. Sedih3..

Life must go on.. Walau apa pun jadi, semuanya berhikmah. Tak ada apa yang tak bersebab. Pahit manis, semuanya kena hargai. hargai sebelum Allah ambil balik nikmat2 tu. Hm, rasa sayu bila ingat nak grad bulan 3 nanti, Allah, semoga segalanya memberikan kemanisan untuk masa yang akan datang..

Aku dan kamu,
Adalah aturan Allah dalam bertemu,
Sehingga tertaut menjadi satu,
Kekuatan dalam hidupku..

Harus kau tahu,
Marahnya aku pada kamu,
Bengisnya aku dalam menegurmu,
Kasarnya aku dalam kata2ku,
Bukanlah tanda aku membencimu,
Tapi sayang yang tiada nada mampu berlagu..

.....
Tak da idea, assignment banyak, test belambak, quiz beratur, must go now. Jumpa lagi..
:(