Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009


2009, apa yang telah kita lakukan ?


Assalamualaikum..
Syukur ku panjatkan ke atas Ilahi atas segala nikmat yg telah Allah berikan terutamanya nikmat iman & islam..
Alhamdulillah!


Saya tidak sambut tahun baru, cuma, saya sedar, umur saya meningkat ke angka 19, dan saya sedar masa berlalu meninggalkan saya..

2009..
 Tahun di mana banyaknya kisah2 paling banyak meningalkan kesan dalam hidup saya,
tahun di mana Allah memberikan sesuatu yang paling bernilai dalam diri saya,
biarlah hanya Allah  yang tahu apa itu.. Dan saya sangat bersyukur atas segala apa yang diberiNya..
Thank You Allah..

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan pula ke arah kesabaran” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Tahun 2009, kenangan kita bersama tak akan ku lupakan..
Di mana saya mula berjinak2 rapat dengan kakak saya, mencintai kakak..
Di mana saya dah habis SPM..
Di mana saya kenal sebenar2nya erti persahabatan yang Allah redha..
Di mana saya kenal apa yang saya nak sebenarnya dalam hidup ini..
Di mana saya sedar Sahabat itu tulang belakang saya..
Di mana saya sedar Allah itu sentiasa dengan saya, Ya, sentiasa..
Di mana guru2 saya di matri ramai meningalkan saya..
Di mana pertama kalinya saya menjejak kaki mengorak langkah berjuang di bumi UiTM arau..
Di mana kakak saya meninggalkan saya berjuang di bumi Kaherah..
Di mana saya berpraktikal buat julung2 kalinya di UiTM arau sebagai seorang pelajar..
Di masa saya sesungguh2nya sedar betapa masyarakat memerlukan doctor hati, jiwa ( da'ii) dalam hidup ini..
Dan saya sedar itu, ini.. dan macam- macam lagi..
Dan kesedaran ini yang perkara yang paling besar yang Allah berikan kepada saya..
Sungguh! Itu yang paling berharga yg Allah beri.. Jangan ambil ia Allah..
kekalkan.. kekalkan..

“Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah(mengabdikan seluruh hidup) kepada aku” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

Semoga tahun 2010 yang mendatang, dapat kita jadikan tahun terbaik dalam hidup kita, terbaik sebagai hamba Allah yang sebenar..


Sedarlah, selama mana kita hidup sehingga tahun 2009,
apakah yang telah kita berikan buat islam?
Apa yang telah kita buat untuk islam ?
apa??


Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka..

Ayuh, islahkan diri, serulah yang lain..


4 comments:

cahaya kelip-kelip said...

tahun baru, org yg sama.

Fatimah Azahra said...

to cahaya kelip-kelip ;

hum ?

miss GAZA said...

tajdid azam tiap2 hari.. moga kita mampu islahkn diri..:):)

Fatimah Azahra said...

insyAllah..
doakan (: