Sunday, February 21, 2010

Cukuplah mati itu sebagai peringatan..


kematian itu pasti..

Sejak awal pagi, henset saya bergetar dimasuki SMS. Saya bangun agak lewat , sekitar jam 9 kerana tidur pada selewat jam 4 pagi semalam, (lepas subuh tidur balik. huhu). Ketika bangunnya dari tidur, ada 3 msg dan 1 misscall dari ika. Saya nak reply, tapi kredit zero sen. So saya mandi dulu lepastu terus keluar sebab nak ambil adek saya di matri. Sedang saya memandu, tiba2 henset saya bergetar menandakan sms masuk. Butang read terus saya tekan..

" Slm, adik ika/zulaikha, siti fatimah binti annuar 15 thn, disahkan meninggal jam 10.25 pg td. Mohon korg sedekahkan al-fatihah kpd arwah. Semoga dia dtmptkn brsama2 org2 yg soleh dan soleha. Amin.."
Siti Fatimah bt Annuar ?
Gulp! Innalillahiwainnailaihirojiunn~
Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT jugalah kita semua pasti akan kembali buat selama-lamanya…
Speechless. Saya seolah2 mati akal, bisu seketika. 
Hati saya terdetik,
"kalau yang mati itu aku macam mana ? adakah aku dah bersedia untuk menghadapinya?"
 “ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” Surah An-Nahl ayat 61
Baru semalam saya msg dengan ika perihal adiknya. Ya, memang adik dia dah nazak dari semalam. Tapi, siapa duga insan yg disayangi, tiba2 pergi meninnggalkan kita buat selamanya? Sungguh! Allah bisa mengambil apa yg Dia mahu kapan waktu~
Firman Allah,
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Dan seharusnya kita yang masih hidup di bumi Allah ni, beringat, dan bersyukur kerana orang2 yg kita sayang masih ada di sisi kita, zahirkan rasa sayang itu, biar mereka tahu, kita sangat menghargai dan menyayangi mereka. Manalah tahu, Allah ambil mereka tiba2, kerana kematian itu bila2 saja boleh terjadi.
 Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Surah Ali-Imran ayat 185.
Bermain di fikiran saya, tentang keluarga arwah. "Kuatkah mereka untuk harungi ujian ini? Kehilangan insan tersayang setelah 15 tahun hidup sebumbung, makan semeja, tidur sekatil.. Ya Allah, besar sungguh ujian ini, moga keluarga arwah tabah dan sabar.. huhuhuhu" Maka bersedihlah seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepada ALLAH SWT. Tabahkan diri ya ika!
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" surah Al-Baqarah: 286
Ya, keluarga arwah mampu menghadapinya, insyAllah, Allah jugalah yang maha mengetahui sesuatu yg terbaik buat mereka.
“ …. Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu, dan boleh jadi perkara yang kamu sukai itu buruk bagi kamu. Dan ALLAH itu Maha Mengetahui, dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.       
Mati, 
Takut. Memang menakutkan.. 
Teringat saya ketika kematian abah, saat itu, dunia terasa gelap. Saya menangis dan menangis. Tak tertahan rasanya kehilangan abah pada usia seawal 10 tahun. Sakit, memang sakit. Namun, saya amatlah bersyukur kerana masih punya ummi yang amat memahami, tabah, penyabar, penyayang, dia ibu, dia bapa. Saya sangat2 bersyukur. Saya harap, Allah tak ambil orang2 yang saya sayang saat saya masih merangkak ini dan saat ketidak bersedian saya, saya butuh mereka, mereka tulang saya, mereka sayap saya..
Saya sayang Ummi, ahli keluarga saya, teman, kawan, sahabat, dan kamu yg pasti~
Saya tidak mahu cakap panjang.Cuma, saya rasa yang kasih sayang Allah itu terlalu banyak buat saya sampai tak terhitung. Allah tunjukkan saya kematian supaya saya sentiasa beringat akan nikmat hidup dunia yang sementara ini boleh ditarik bila2 masa saja. Moga ladang dunia ini mampu saya semai sebanyak banyaknya untuk dituai di akhirat nanti.
“ Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya” Al-Hadith
Semoga arwah siti fatimah annuar ditempatkan bersama para  a'limin..
Layangkanlah sebanyak2nya doa, moga dia selamat di alam 'sana'..

P/S:
Saya masih terkedu. Siti Fatimah Annuar? Siti Fatimah Adnan ? hum..
        Moga Amanah kesihatan dan kehidupan ini mampu saya pelihara sebaiknya. 
        Jika ajal saya seterusnya, moga saya dapat siapkan bekal sebanyakkan sebagai bekalan di "bumi" sana..

7 comments:

terry bogart said...

terima kasih di atas perkongsian..semoga muhasabah sebentar bila mmbaca entry ini mempunyia manfaat..

thanx

Fatimah Azahra said...

to terry bogart ;

insyAllah, sama2 kita ambil ikhtibar~

sinar_islami said...

Alfatihah...
Moga arwah dicucuri rahmat...

Fatimah Azahra said...

to kak sha;
amin~ huhu

N u r ! said...

sgt tkjut ngan berita nie.huhu
moga keluarga arwah kuat hadapi dugaan nie.
Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya~
moga arwah dtemptkan bersama org yg soleh solehah.
insyaAllah~
amin!

Fatimah Azahra said...

tu N U R !

amiinn~

miss GAZA said...

mati tu datang xkira masa.
xpenting bila.
kat mana.
sapa.
mcm mana.
yg penting kita sedia.





aku syg ummi..
syg hg jugak tmah!
jaga diri!