Monday, June 14, 2010

Hanya Allah penyejuk jiwa..

Sahabat,Kau ada aku & Allah pastinya~

Terasa bagai tiada bait bait kata yg mampu membuat hatiku kembali girang,
Meski tawaku tak kurang,
Tapi Hatiku ligat memerah daya,
daya untuk senyum dalam suram..
manakah kekuatan yg dijanji?
Tidak aku lihat melainkan deraian hujan air mata dlm sendu,
kesakitan dalam sepi,
luka dalam ceria..
mana kukuatan itu?
mana? mana ?

Sungguh, dia memang kelihatan kuat. Lagaknya yang ala2 macam Tomboi yg luarnya kelihatan kasar, tapi hakikatnya,  dia punya kelembutan yg mampu mencairkan setiap mata hati yg menyelami. Air mata kesal masih membanjiri, tiada apa yg mampu membuat dia bahagia saat ini, selepas berita itu mencium telinganya..

"aku dah check ur resultlah, totally, A and B. tapi satu subject spoil lah. PHYSIC kau! its D. D for Dadu! bukan B for Babun! oh, sygg, U kena kuat tow!"

Tanpa sebarang kata, tanpa ucapan TQ buat sahabatnya yg membantu dia menyemak keputusan peperiksaannya kerana dia berada di ulu tah mana, tanpa apa2 reaksi, tanpa apa2, tanpa apa.. hanya tahmid dalam sepi. Deruan ombak pilu dalam dada membuak2 bagai tsunami menghayun dunia. Sungguh! Dia manusia lemah. hanya dengan result Final exam yg spoil skit ja yg membuatkan dia repeat that PHYSICS again, dia lupa siapa dia. Untuk apa hidupnya, kepada siapa dia bergantung, kerana apa dia diuji. Lemah sungguh makhluk itu, Allah yg diagung2kannya siang dan malam, terasa bagai tiada apa2 makna.Dia Hanya bertahmid, tapi, mana kekuatan itu? Tidak dia merasa apa, sungguh tidakk...

Manusia itu menangis lagi, selepas menamatkan panggilan bersama ibunya, selepas dipujuk lembut dengan kata2 semangat dari sang ratu hati si ibu, dia masih tidak dapat menerima hakikat itu.
Kenapa wahai diri? Kenapa kau begitu lemah dengan dugaan yg hanya sekecil butiran pasir di lautan kalau nak dibandingkan dengan rakyat palestina yg setiap hari diuji, hati, fizikal, rohani, jasmani serta yg paling besar, IMAN..
Dimana imanmu wahai manusia bernama Zahra?

****************************

Talian dimatikan, lansung handphonenya terus dimatikan. In the first day she heard about the news, dia menangis. Dan selepas itu, dia terasa kuat. Dan sekarang, banjir itu datang lagi. Segala bentuk panggilan dari teman2nya, akan dia kata,
"aku redha weh. Allah nak uji aku. Aku redha. Aku redha."

Hakikatnya?
T.T
Dia menangis lagi..
O Allah, kenapa susah sangat nak terima ujianMu kali ini?
Mana kekuatan yg dijanji?
Lelah aku mencari, hanya duka yg melingkari hati.
Apa salahku Allah? Apa dosaku hingga aku diuji sebegini rupa?
Kenapa dugaan yg kelihatan kecil, aku rasakan sebesar gunung yang menghempap diri?
Aku malu pada yg free hair, aku malu pada yg berskirt pendek, aku malu pada mereka yg bertudung sempang. Sungguh aku malu!
Result ini ku rasa bagai pencemar islam, aku gagal membawa islam sebenar2nya.
Allah, ampuni aku..

Dia terus melayan sengsara dunia itu dalam hatinya sambil melayan nasyid Mentari hidup by Haikal. Kata2 semangat teman2, sahabat2, ibu bapa, semuanya terasa pantas sepantas kilat merentas telinga kanan menuju telinga kiri, laju ia keluar.  Pujukan bait2 kata Ilahi yg dialun lembut oleh Saad Said Al-Ghamidi kegemarannya masih tidak dapat melawan kekuatan hantu kegelisahan, kesedihan dalam hatinya. Dia terus mencari, mencari kekuatan yg selalu dikejarnya iaitu Ilahi seperti selalu. Tapi, syaitan dahulu yg merajai hati. Saat dia lemah, saat itulah syaitan berlumba2 menjait jiwa dengan benang lalai dr mengingati Allah, benang ego, benang hati batu!
O Allah, mana kekuatan itu?
Air mata terus menyembah bumi..
Dan hari itu mendung lagi...
**************************************

Pagi itu, dia bangun lagi. Tahajud tidak ditinggalnya sejak hidayah Allah mencium hati, membalut jiwa. Tahajud umpama oxygen buatnya. Kalau tertinggal, terasa sesak dalam dada. Dia mengucup bumi, Dia menangis lagi dalam sujudnya. Kekasihnya itu dipujuk rayu meraung meminta kekuatan. Sungguh dia berasa lemah. Dia benar2 terasa lemah gemalai.

"Allah, Kau yang menciptakan ujian, Kau juga punya jawapan atasnya.
O Allah, can i go far away from here? i wanna meet u! Terasa sukar untuk hidup kerana dosaku mengecewakan harapan bondaku, menghampakan islam, juga Kau Allah. O Allah, do You hear me ? Aku butuh kekuatan atas ujian tanda kasihMu ini. Turunkanlah dari langit bait kata yg mampu membuat aku segagah Azzahra puteri kekasihMu, Muhammad. O Allah, berikan aku kekutan. Berikan aku cahaya harapan, untuk aku menembak jauh resah hatiku. Allah, makbulkanlah.."

**************************************

Sarapan siap disediakan.
"Sarah, Nur, dan Syahirah, jom sarapan. Makanan fresh dari Chef Putri zahra termahsyor ni, mari makan meh sygggg"
Bacaan doa makan ditutur lembut si Sarah. Nasi goreng disuap santun. Hatinya terasa sedikit tenang pagi ini setelah merintih puas pada Sang Pencipta jam 4 pagi td. Zahraa membaris senyum.
*******

Komputer ribanya di hidupkan. Entah kenapa, terasa mahu jalan2 di sesawang blog milik sahabatnya.
"Sign In"
Tetingkap Yahoo! Messenger me"list"kan sahabat2nya yang on9.
Ah, tak ada nafsu nak chat sekarang.
yang ada difikirannya sekarang, hanya mahu diisi hati yang lara ini dengan bacaan ilmiah.

"You have 10 new mail"
Cursor mousenya pantas diklik padan butang inbox.
"Ada email dari,, err, Sahabat?"

Double klik disitu.

"Wahai AzZahra yang aku cinta kerana Allah,
Sungguh aku pilu setelah Kau missing in action tempoh hari.
puas aku call phone kau, tp operator yg jawapkan..
kenapa kau mahu lari dari kenyataan bahawa kau telah Allah pilih untuk diuji dengan ujian yg hakikatnya kau mampu?
Adakah kau lupa kata2 Allah yg indah itu ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286 

Bukankah kau mampu wahai srikandi Umar yg lagaknya kuat dan hakikatnya kuat?
Adakah kau semudah itu lemah dengan ujian sebegini kecil?
Semuanya milik Allah wahai sahabatku, bukankah telah Allah berfirman,
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... -Surah At-Taubah ayat 111 
Syurga? Apakah yg lebih indah dari Syurga dlm redhanya wahai manusia bernama Zahraa?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 4
Hidupkan jiwamu dengan solat sayangku, maka kau akan merasai betapa manisnya ujian ini kerana berperasangka baik terhadap Allah.

Duhai Wanita akhir zaman bernama Zahraa,
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." -
Surah Al-Imran ayat 139 
Manakah iman kamu? adakah sekadar menutup aurat semata2?
tahap apakah imanmu? Check it dear~ muhasabah..

Terasa titisa jernih hangat mengair dipipi..
Dan manusia itu, teruskan pembacaannya lagi..

kau yg aku sayang kerana DIA.
Bukankah telah aku janji mahu memaut tangan bersamamu menuju syurga?
Sedihmu, aku merasa, gundahmu, aku hiba..
Sahabat, tidak kau berseorangan malainkan lebih.
Kau ada aku & Allah yg pastinya..
Ujian ini tanda kasihNya,
berprasangka baiklah terhadap Allah,
kerana sesungguhnya wahai sahabat,
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12 

Adakah kafir akan kau pilih sebagai jalanmu?
Pastinya tidakk..
 Dan Allah berfirman lagi,
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200 

Sahabat,
"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, 
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu sygg,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam apa jua keadaan pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Ingatlah sayangku, kasih sayang Allah itu sentiasa, jgn pernah kau merasa hiba.
Kerana sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama orang2 beriman, orang2 yg sabar~
akhir kataku buatmu permata hati,

kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kita,
kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
puas kita menangis mencari mana matahari kita,
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah....

Back to Allah my dear. Dan Allahlah sumber kekuatan yg nyata. jangan kau cari selain DIA. Kerana, taiad yg lebih beharga selain Redhanya...

Lot of love,
~sahabatmu~
Mata ini sudah habis dibasahi air mata selebat hujan diluar sana.
Terasa bagai Allah memakbulkan doanya, yaini menurunkan bait kata dari langit untuk menguatkan dirinya. Sungguh! terasa Allah sentiasa disamping diri ini sentiasa.
Allah, maafkan aku kerana lalai,
Maafkan aku kerana berprasangka buruk terhadap ujianMU,
 Maafkan aku,
Ampuni aku,
sesungguhnya hambaMu ini memohon ampun,
Atas salah silapku yg melampau..

Terima kasih Allah atas jawapan ini,
terima kasih Allah atas pemberian sahabat ini.
Sungguh aku cinta Kau juga sahabatku,
moga aku sentiasa dlm redhaMu Allah..
Moga aku kuat mengharungi ranjau dunia ini...

p/s: Ini cerita rekaan++banyak tokok tambah..
btw, I love you SAHABAT!
     




3 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

huhu...sgguh terharu sape yg membaca nye lg2 hati yg keras mcm ak ney...hehe
bahase ko mmg meruntun jiwa ak..hak3

Fatimah Azahra said...

hahaha
pcar pcarr~
aku taram ja apa2 kat hati aku time tulis entry ni,
hati yg tengah lara la katakan..
huhu

btw sayangg,
doakan aku naa?
:)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hehe..taram2 pown mantap..hak3
otey..i will olwez pray 4 u frenz..