Friday, July 9, 2010

Allah, serious aku penat..



Mata itu, bisakah berhenti manangis dan tersenyum biarpun dalam suram?

Wahai Fatimah,
Sedarlah dirimu,
Apa kau hakikatnya seorang plastik?
Atau manusia separa benar?
Atau makhluk nyatanya berpura-pura?
Sedarlah hai Fatimah,
Kau, manusia yang bagaimana?

Dengarlah wahai manusia bernama Fatimah,
Ini hatimu mengoyak kata,
Tidak aku berkata melainkan yang benar pada siapa,
Tiap tuturku aku ingin merealisasikannya,
Tapi aku hanya manusia,
Ya, manusia biasa,
Apa kau sedar wahai diri,
Kau tidak bisa memuaskan hati semua pihak,
Manusia yang kau sayangi mahupun yg tidak,
Semuanya sukar,
Pahit harus ditelan,
Meski telah sedaya upaya diri ini melaksanakannya,

Duhai kata2 yg mencucuk hati,
Aku Fatimah lemah,
Aku manusia susah,
Aku berhati sakit,
Aku berjiwa luka,
Namun siapakah yang Nampak?
Allah, serious aku penat,
Allah, serious aku letih,
Manusia bagaimana lagi harus aku hadapi?
Jiwa bagaimana lagi harus aku tangani?
Tidak mahu aku mengeluh,
Hamba lemah itulah aku,
Jujur itu aku mahu mendidik diri,
Benar mahu aku jadikan lontaran kata2ku,
Tapi bagaimana mungkin terjadi jika prasangka baik tidak diaplikasi?
  
Allah, serious aku penat..

Hai manusia yang aku cinta,
Tidakkah kau percaya kata2ku?
Apa aku ini sahabatmu?
Atau hanya sahabat pada kata2?
Ketahuilah bahawa aku hanya seorang Fatimah,
Hanya seorang,
Sungguh! seorang,
Aku sedaya mahu membantu kalian,
Bahagia bersama,
Cinta ukhwah fillah terasa,
Tapi bagaimana jika hanya aku yang cuba?
Atau sebenarnya aku yang buta?

Allah, serious aku penat..
Aku penat menangis,
Aku penat merengek,
Aku penat memujuk,
Aku penat bersuara,
Apa ini hanya ujian atau kata2 dusta?
Tunjukanlah wahai Allah,
Sesungguhnya,
Serious aku penat..

3 comments:

sHamie said...

dont sad2 ya.....

Fatimah Azahra said...

please pray 4 me friend~
huhu
(:

Fatimah Azahra said...

please pray 4 me friend~
huhu
(: