Sunday, March 22, 2009

IKHLAS VS SAHABAT

assalamualaikum , Apa khabar semua?

ku berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat keimanan dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

post kali ni , aku cuma nak kongsi seperkara yg sering berlegar di fikiranku. yg sering menjadi punca tercurahnya air mata, yg sering menjadikan aku sering hanyut dgn perasaan sendiri yg tah apa-apa , yg sering membuatkan hatiku bertambah noda. ia berkaitan dengan KEIKHLASAN. IKHLAS ? bagiku, manusia sering menyatakan dia ikhlas dlm melakukan sesuatu perkara. && mereka kadangkala puas dgn IKHLAS yg ditunjukkan. apakah IKHLAS itu boleh dilihat dgn mata kasar ? tidak bukan ? mungkin dengan perkara yg betul2 diniatkan IKHLAS di hati baru dapat dilihat oleh panca indra. IKHLAS bermaksud Niat melakukan sesuatu hanya kerana ALLAH tanpa mengharapkan apa2 balasan melainkan keredhaan ALLAH. namun, manusia kini hanya pandai berkata2 mengenai IKHLAS tp sebenarnya? Umumnya, ada juga manusia yg katakan IKHLAS bersahabat dgn kita, tapi hakikatnya? apabila sahabat yg tersebut melakukan kesilapan, dibiarkan begitu sahaja malah mengatakan yg enggak2 mengenai sahabat tersebut (means memburukkanlah), bukankah kalaulah benar sahabat tersebut IKHLAS bersahabat, pasti dia akan menegur kesilapan sahabatnya bukan ?. akhi & ukhti, sedar x? sahabat sejati begituu sukar di cari ? && layakkah kita mempunyai sahabat sejati jika kita sendiri bukanlah seorang sahabat yg sejati ? tepuklah dada, tanya iman, ronda-ronda di hati, update niat, apakah soal ini sebenarnya perkara yg remeh ? tidak. soal bersahabat adalah perkara yg besar.

Kata Orang,

jika kita berkawan dengan lebah, kita akan dibawa ke tempat yang manis dan bermadu. Jika kita berkawan pula dengan lalat, kita akan dibawa ke tempat yang busuk. Tetapi jika kita berkawan dengan lebah-lalat, kita akan dibawa ke tempat manis dan busuk. Berkawan dengan binatang buas, semacam mana baiknya dia, satu hari kita dibaham juga.

Kata Hadis,

Berkawan dengan penjual minyak wangi, harumnya akan melekat kepada badan kita. Berkawan dengan tukang besi, kalau tak kena percikan api, bahangnya terasa juga.

lihatlah, begitu kuat kuasa SAHABAT dlm hidup kita. && dengan itu, sememangnya sukar mendapat sahabat yg betul2 bersahabat dgn kita IKHLAS kerana ALLAH. kerana, sahabat di masa senang, sejutaa pon boleyh dapat, tapi ? sahabat dikala susah? hanya ALLAH yg tahu berapa nilainya. & seharusnya, kita bersyukur dengan sahabat yg kita miliki sekarang, biarpun mereka IKHLAS betul2 bersahabat dgn kita ataupun tidak , kerana seharusnya kita fikir, layakkah jkita punya SAHABAT YG SEJATI sedangkan kita pun xtahu adakah kita sahabat sejati ? && sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL.

" Dan ingatlah ketika RABB kamu memaklumkan, sekiranya kamu bersyukur maka AKU akan tambahkan untuk kamu(nikmat kamu)...."

IKHLASkanlah diri dlm bersahabat, agar SAHABAT SEJATI menjadi milik kita & membentuk kita menjadi SAHABAT SEJATI. bukan luahan kata2 IKHLAS, tp, niat IKHLAS dihati. biarlah ORANG xdapat merasai keikhlasan yg kita niatkan, kerana sesungguhnya HANYA ALLAH yg bisa menilai keIKHLASan seseorang. BIARLAH apa pon yg ingin orang perdebatkan mengenai kita, mengatakan yg kita ni cakap xserupa bikin atau apa2 asalkan ALLAH tahu niat asal kita yg sebenarnya kerana sesungguhnya REDHA ALLAH yg kita idamkan, bukan dari mereka yg hanya pandai menilai dr sudut luaran atau yg menyatakan mereka tahu && kenal kita ni sebenarnya macam mana, tp sesungguhnya, HANYA ALLAH yg MAHA mengetahui segala sesuatu.. kerana manusia itu boleh berubah biarpun dengan 1 detik & sukarlah bagi mereka menerima kebaikan & keikhlasan hati manusia lain jika hati mereka dipenuhi dengan hasad & dengki. Ingatlah, ALLAH akan membantu kita jika kita benar2 IKHLAS dlm melakukan sesuatu pekerjaan semata-mata kerana ALLAH.

Abu Bakar as-Shiddiq ra pernah berkata:

“Barangsiapa merasakan kenikmatan kejernihan mencintai Allah, nescaya perhatiannya tercurahkan kepadaNya dibanding semua manusia.

p/s: buat fatimah2zahra,ingatlah, Allah befirman,

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” ( Surah Al-Baqarah ayat 155)

maka bersabarlah kamu, nescaya Allah mencintai orang2 yg bersabar

4 comments:

miss GAZA said...

Diriwayatkan dr Huzaifah RadiAllahu 'Anhu:
Aku telah bertanya kpd Rasulullah tntg "IKHLAS",lalu baginda brsabda:
"Aku telah bertanya kpd Jibril tntg apakah sebenarnya yg dimaksudkn dgn "IKHLAS" itu..?
Lalu Jibril berkata:
Aku juga brtanya tntg "IKHLAS" itu kpd Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mnjawab; FirmanNya:
"IKHLAS" itu ialah suatu rahsiaKu yg Aku letakkan dia d dalam hati hamba2Ku yg Kukasihi.."

Love all, with sincere love and concern..n only Allah knows that..:]

Fatimah Azahra said...

to miss GAZA~
yaa sis,
itu yg cuba ku terangkan maksudya,
thax kak,
&& akan ku cuba dan terus mencuba untuk IKHLAS dlm setiap pekerjaan yg ku lakukan, insyAllah..
moga Allah meletakkan IKHLAS d dlm hati kita,
ameenn
[:

FaRaWaY said...

aku sahabat~kmu sahabat..

kerna kta sahabat~juz nk gtaw,

even pa pon probs ko, sahabat dcni

ttap kkal sbagai shabat~~cinta kamu

kerana Allah..

Fatimah Azahra said...

too faraway~
yaa syg ,
kaw sahabatku dunia & akhirat~
& kaw ku akui sbgai SAHABAT && bukannay KAWAN~
(:
lap u lillahitaala farah wahida ,
^^,