Tuesday, January 27, 2009

KFC~

Kepada sesetengah pihak yang mendapat kenyataan mengenai KFC yang sering hangat meng-SMS dan berbicara dalam masyarakat sekarang seperti yang berikut: Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat. Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja. akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu : Pizza Hut Kedai Ayamas RasaMas Restaurant Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Region Food Industries (Sos life) bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC) tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes. sekian. Muhamad Ammar Abdullah Halal Audit Executive KFC Holdings (M) Bhd ----------------------------------------- Ini adalah sumber dari apa yang saya dapat dari beberapa blog lain: 1- "Ramai yang beranggapan KFC dari Amerika dan kerana Amerika sokong Israel, jadi kita perlu boikot KFC. Memang tidak dinafikan Kentucky Fried Chicken asalnya dari North Corbin, Kentucky, US dan bermula sejak 1929 lagi. Tapi tahukah anda siapa yang menguruskan KFC di Malaysia? Baca seterusnya.. Kulim (M) Berhad adalah antara anak syarikat Jcorp atau Johor Corporation dalam bidang perladangan kelapa sawit pada asalnya. Tahun demi tahun, Kulim Bhd ini telah melangkah lebih jauh. Begitulah sehingga Jcorp melalui Kulim (M) Bhd berjaya mendapatkan QSR Brands Bhd yang mana pemegang saham terbesar KFC Malaysia. Selain Restoran KFC yang kita selalu gi makan tu, KFC Holdings juga mempunyai beberapa lagi anak syarikat yang kita semua pasti tahu iaitu Pizza Hut, Rasa Ayamas dan Sos Life. Anda boleh layari laman web mereka untuk mendapatkan info lanjut, Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan Ayamas Food Corporation Bhd. Kajian saya ini bagi mengesahkan bahawa penerangan oleh email dari Muhamad Ammar Abdullah, Halal Audit Executive, KFC Holdings (M) Bhd adalah benar." 2- "Jangan lupa Johor Corp. mempunyai rancangan "JIHAD BISNES" yang dilancarkan oleh Tan Sri Ali Hashim. Jihad bisnes ini adalah cakap tak serupa bikin Johor Corp. Nama aje jihad bisnes tapi semua kontraktor dan sub-kontraktor JCorp adalah Cina. Sebelum kita nak boikot KFC....... sebenarnya Johor Corp dah lama boikot kontraktor Melayu Johor." 3- "Yahudi di dunia hanya sedikit... tp bagaimana kewangan mereka mengatasi kewangan org Islam?" - Is it true? See proof here: http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7526 4- Kepada penggemar KFC... ada juga Mat2 Saleh2 yg memboikot Yahudi... bukan kerana Israel... tp cara penyembilhan dan pembesaran ayam tersebut... sila lawati: http://www.kentuckyfriedcruelty.com/KFC_Fried_chicken.asp 5- Aku pernah dengar pemanggil dalam forum kat TV brapa aku tak ingat.. dia kata.. "Anggap bila memakan daging itu kita memakan daging rakyat palestin yang terkorban.. Anggap bila kita minum itu kita menghirup darah rakyat Palestin.." 6- "Seruan kpd semua.. hentilah mkn KFC...Jika nk tlg melayu sgt mkn RFC... Melayu juga dapat nama..." Peringatan: Ini semua adalah suara dari blog2 dan website2 lain.Post ini adalah untuk menunjukkan suara dari segelintir masyarakat. http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=7820 InsyaAllah!

5 comments:

Anonymous said...

maaf, saya x paham..
bercelaru isinya..

Fatimah Azahra said...

Semua tulisan dalam post ini hanya diambil (di-copy) dari blog dan forum lain.Admin blog ini tidak menyuarakan satu patah perkataan pun pada bantahan kenyataan Muhamad Ammar Abdullah.Jadi setiap isi dalam post ini semuanya suara dari pihak lain.Maaf kerana ia tidak dikemaskini dan agak bercelaru.

FaRaWaY said...

kfc mmg xley mkn kan??

ho3..dlm post 2, dia ckp

sat bley sat xley~xbpe

jlas da point..

Fatimah Azahra said...

laa ,
xpayah makan laa senang
makan RFC jaa
aku tokeii diaa
ag makan free pon taa paa
kuah3

Safi ArRahman said...

memang benar KFC sudah btukar milik. namun begitu Israel tetap dpt syernya.ini hnyalah taktik mrk supaya x bankrupt.

bhati2lah dgn tipu muslihat musuh Allah! jgn mudah percaye.

waALlahualam.