Sunday, May 9, 2010

End.

Sendiri itu, bukanlah yang terbaik..
Dengan NamaNya, dimulakan segalanya~

Alhamdulillah. Sekarang saya berada di rumah. Dah habis Sem 2, part 2.. Sem yang saya kira sangat banyak mengajar saya dari pelbagai sudut. Pada sem ini jugalah saya diangkat sebagai JPK kolej. Hidup saya menampakkan perubahan selepas itu. Masa saya sangat pack, study saya agak celaru, persahabatan saya juga kurang erat. Saya tidak meminta semua itu, tapi, Ujian Allah tanda kasih sayangNya. Saya cuba dan cuba menguatkan semangat. Hampir setiap hari saya menangis, merintih, merayu pada Ilahi, diberikan kekuatan & berdoa agar kawan2 saya, faham keadaan saya yang tidak meminta untuk memBZkan diri ketika itu. Mungkin mereka rasa ditinggal, tidak diendahkan ketika itu kerana banyak masa saya penuh dengan aktiviti lain, bukan bersama mereka lagi seperti ketika part 1.

Saya lemah. Kerana pada saya, kawan2 & sahabat itu kekuatan saya untuk terus berjuang,. Sedang mereka kurang faham kondisi saya ketika itu. Saya seperti disisih. Hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati saya.
namun, lama kelamaan, Allah bukakan hati mereka, mereka seolah2 mengerti keadaan saya yg BZ ketika itu bukan keinginan saya. Saya sangat bersyukur. Sangat2 bersyukur. Sangat2 bersyukur. Dan kekuatan saya seperti diCharge kembali. Alhamdulillah.

Mentari tak selalunya indah, hari tak selalunya terang, Allah jugalah merupakan sebaik2 perancang.
Suatu hari seorang senior ingin berjumpa dengan saya. Saya ceritakan masalah saya yang berbau ala2 nak letak jawatan sebagai JPK kolej ketika itu. Lain yang saya rancang, Allah susunkan yang terbaik buat saya. Saya luahkan rasa sedih saya pada kakak tersebut. Lalu, kata2nya seperti membakar semangat saya. Katanya, kalau kita bawa islam, tak mustahil satu hari nanti kita akan kehilangan keluarga, KAWAN2, sahabat, harta dan sebagainya. Ini kerana, keadaan islam yang kembali dagang, tidak semua orang faham dan terima islam itu sendiri. Saya faham. Saya terima. Saya mula mengerti, hikmah ujian2 yang Allah beri buat saya selama ini. Dan saya bersyukur untuk itu.

Maqosid syariah, dimanakah kepentingan kita terhadap islam hari ini?


1. Hifdh Al din (agama)
2. Hifdh Al nafs (nyawa)
3. Hifdh Al nasl (keturunan)
4. Hifdh Al aql (akal)
5. Hifdh Al maal (harta)


Yang paling penting agama yang kita bawa. Kemudian nyawa kita pertahankan. Selepas itu, keturunan kita jaga, akal yang sihat itu perlu, dan yang terakhir, harta.

Kawan2 itu, yang keberapa? Dimakah kepentingan kawan2 dalam membawa islam ?
huhuhu..

Dengarlah duhai sahabat, teman serta kawan2ku~
Im just a servant of Allah yang tak pernah lari dari apa2 kesilapan mahupun kecik apatah lagi besar. Saya manusia, bukanlah nabi yang tak punya dosa. Pada saya, kalian merupakan nadi saya, tanpa kalian, saya seperti mayat yang hidup seperti zombi. Saya cuma berharap, walau apa pun yang saya lakukan selagi tak melanggar syariat islam, sokonglah saya, papah saya kalau saya jatuh. Tegur saya kalau saya salah. Saya buntu kalian. Kerana manusia macam saya, terlalu banyak silapnya untuk dibiar keseorangan, tanpa teman disisi, yang sedia memberi, memberi tunjuk ajar, saling lengkap melengkapi, agar kita sama2 berpimpin tangan kesyurga, dalam redhaNya.

Doakan saya, sahabat!

No comments: