Tuesday, December 28, 2010

Sahabat terbaik :)

Bukan aku mahu melontar derita jiwa,
Tidak juga laranya rasa,
Hanya melakar kata kata,
Yang membuat aku lega..

Tidak aku punya apa apa,
Sudah aku luah segala rasa yg terpendam dalam jiwa,
Aku hanya manusia biasa,
Yang sesungguhnya bersungguh ingin kau bahagia..

Tapi aku lemah,
Mungkin kerana sandaran aku manusia,
Sahabat sahabat penguat semangat
Sampai aku jadi longlai kerana mereka..

Apa salahku?
Apa silapku?
Sampai aku dibuang dlm tangisku,
Aku tak pernah membenci,
Aku sedaya cuba menjadi yang terbaik,
Aku bukan paranoid,
Setiap katamu ku jadikan tongkat semangatku saat aku jatuh,
Kerana sudah sejuta kali aku bilang,
"bila aku jatuh, Kau semangatku"
Tapi, percayakah kau?

Dan kini,
Aku sedar,
Aku hanya bebanan,
Masalah yg kukongsikan mungkin bebanan,
Dan aku juga manusia buangan,
Yang tak punya apa2 makna dalam hidupan,
Walau apa pun ,
Kau tetap sahabatku,
Walau kau buang aku seribu batu,
Akan aku doakan selalu,
Sampai hujung waktu itu,
Baru kau tahu,
Betapa kau sahabat terbaikku~

1 comment: