Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga diriku ini
Kau hanya memandang dari jauh
Dan mendengar-dengar kisah dari yang lain
Atau kau melihat senyum tawaku yang menjelekkan hati
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Buruk buruk itu sahaja yang kau ulang sehari-hari
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga deritaku ini
Kupalsukan segala sakit dengan senyuman
Menanam segala sengsara dengan tawa kegembiraan
Kejayaan demi kejayaan
Aku capai dengan pengorbanan
Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak pernah ingin mengenali
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Hanya nilaian kau dari jauh dan cerita-cerita orang lain
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan kehidupanku ini
Kau ungkit semua dosaku yang lalu
Kemudian kau maki aku yang kini
Kau lemparkan kepadaku semua kesilapanku yang dahulu
Lalu kau caci aku yang hari ini
Buruk itu buruk ini kau ungkit berkali-kali
Seakan-akan aku ini langsung tidak berubah dan tidak meningkat seinci
Kau tak akan memahami
Kerna kau tidak bergerak untuk mengenali
Itu ini itu ini kau ungkit atas zahirku kini
Hanya nilaian kau dari emosimu sendiri
Ketahuilah
Kalau kau tahu apa yang aku lalui sehari-hari
Maka kau akan sedikit ketawa
Dan banyak menangis di dalam hati
Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak bergerak mengenali
Sedang aku
Bergerak mendekatimu
Dan berusaha memahamimu
Walaupun aku gagal hingga ke hari ini..
credit to ms.langitilahi.com
p/s; doakan saya Sahabat ....
p/s; doakan saya Sahabat ....
3 comments:
usbur ya ukhti....
kesakitan n kelemahan...mengajar kt erti mengenal tarbiyah dr Allah..(=
usbur ya ukhti....
kelmahn n kkrgn merupkn kkuatn utk kt mengenal tarbiyah dr Allah..(=
sabar ya syg..
" boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." -Al-baqarah :216-
Post a Comment